23 Mac 2009

Kuasa Pujukan Wanita

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi.Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini.Kaum lelaki boleh dipujuk rayu dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita:-
1-Napoleon Bonarparte dan Josephine
2-Anthony dan Cleopatra
3-Samson dan Delila
4-Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama:-
1-Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah serta isteri baginda yang lain2
2-Nabi Ayub dan Siti Rahmah
3-Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar
4-dab banyak lagi contoh orang2 muslim yang lain


Diri Seorang Muslimah

Wanita Tanah
wanita tanah dilahirkan dibwh zodiak Taurus (21 April-20Mei),Virgo (24 Ogos-23 September),dan Capricon (22 Disember-20 Januari)
-seorang yg blh dijangka,berwibawa & praktikal
-penyabar & btolak-ansur,mpunyai kehendak dlaman dri segi emosi & material
-semangat prokduktif & gigih yg disertai dgn sikap bhati2 mjadikan wanita tanah bkemampuan mcapai kejayaan
-jujur & mahu hbgn peribadi bjalan dgn lancar.wanita tanah harus diberikan ruang yg cukup luas utk mjadikan phubungan itu terus bkesan.
-x keberatan utk beralih arah jika berasa tertekan.

Wanita AnginMereka ini lahir dibawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober), dan Aquarius (21 Januari-19 Februari)
-Berterus terang, bermindah aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
-Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka semuanya boleh dicapai
-Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh
-Sanggup mengorbankan kehendak dan idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik
-Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yg terunggul untuk berkonfrantasi
-Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
-Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


Wanita Air
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir dari zodiak Cancer ( 22 Jun-22 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac)
-mempunyai sifat semula jadi untuk berkembang maju
-mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,bdaya imaginatif,sentimental,mpunyai perasaan yang berubah2 dan bhati2.
-tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang2 yang berada di sekeliling dan cepat mengeluarkan airmata dalam sebarang situasi yang menyedihkan
-mudah mengikut rentak emosi orang lain dan diri sendiri




Model Muslimah Sejati

Pertamanya,wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.Keduanya,wanita juga ujian bagi lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahgiaan dan kesejahteraan hidup.Ketiganya,wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahgiaan hidup.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,
"Ada 4 wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia,mereka itu ialah Asiah binti Muzahim,isteri Firaun,Maryam binti Imran,ibunda Isa,Khadijah binti Khuwailid,isteri Rasulullah s.a.w. dan Fatimah binti Muhammad,puteri kesayangan Baginda".-(Riwayat Bukhari)

ASIAH
-adalah simbol teladan bg wanita beriman yg tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah S.W.T.,meskipun hidup sebumbung bersama suaminya,Firaun yang tidak beriman kepada Allah S.W.T.

MARYAM
-adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah S.W.T.,serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah S.W.T.

KHADIJAH
-adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji2 kebenaran Islam,berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah S.A.W.

FATIMAH
-adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah,anak yang solehah dan taat dihadapan ayahandanya,isteri yang setia dan taat dihadapan suaminya serta ibu yang bijaksana dihadapan putera dan puterinya.Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali dalam setiap detik kehidupan yang dilaluinya,sewajarnya dijadikan ikutan MUSLIMAH.


22 Mac 2009

SaLaM uKhUwAh FiLLaH



"Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu,
BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu,
BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu,
kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri,
Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna,
nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."



- Imam Hassan Al Banna -


Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk meluaskan lagi bidang penulisan saya dan juga untuk berkongsi sesuatu yang mungkin bermanfaat untuk semua para pembaca.Diharap jika terdapat sebarang kesilapan yang dituliskan diblog ini diharap para pembaca dapat memberikan teguran dengan menghubungi saya melalui email mahupun ym.Semoga apa yang saya cuba sampaikan disini tidak disalah ertikan dan mampu memberi manfaat kepada kita semua..InsyaAllah...








 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com