23 Mac 2009

Model Muslimah Sejati

Pertamanya,wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.Keduanya,wanita juga ujian bagi lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahgiaan dan kesejahteraan hidup.Ketiganya,wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahgiaan hidup.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,
"Ada 4 wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia,mereka itu ialah Asiah binti Muzahim,isteri Firaun,Maryam binti Imran,ibunda Isa,Khadijah binti Khuwailid,isteri Rasulullah s.a.w. dan Fatimah binti Muhammad,puteri kesayangan Baginda".-(Riwayat Bukhari)

ASIAH
-adalah simbol teladan bg wanita beriman yg tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah S.W.T.,meskipun hidup sebumbung bersama suaminya,Firaun yang tidak beriman kepada Allah S.W.T.

MARYAM
-adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah S.W.T.,serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah S.W.T.

KHADIJAH
-adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji2 kebenaran Islam,berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah S.A.W.

FATIMAH
-adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah,anak yang solehah dan taat dihadapan ayahandanya,isteri yang setia dan taat dihadapan suaminya serta ibu yang bijaksana dihadapan putera dan puterinya.Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali dalam setiap detik kehidupan yang dilaluinya,sewajarnya dijadikan ikutan MUSLIMAH.


Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com