8 Apr 2009

Luahan Sekeping Hati

Hampir jam 12.30 tgh mlm.Mata masih begitu seperti siangnya.Teman serumahku sudah pun lena diulit mimpi.Entah cerita apa agaknya yg berlangsung di mimpi mereka.Hatiku gelisah,mundar-mandir ditengah rumah.Aku sdiri tidak tahu apa yg aku rasakan sekarang.Lalu aku membuat keputusan utk menunaikan solat sunat spt kebiasaannya.Ku kerling jam didinding sudah pun pukul 2 pg.Hatiku masih berasa tidak tenang.Sesekali rasa sakit dikepala,migrain agknya aku ni,cetus hati kecilku.Aku tidak mahu membiarkan sakit ini berlarutan,lalu aku menyelongkar peti ubatku,mcari2 ubat bg sakit kepala ku ini.Setelah hampir setengah jam,barulah rasa sedikit lega dikepala.Aku cuba duduk sambil berbaring beralaskan bantal dibelakang.Aku mbuka laptopku utk mcari sesuatu.Sesuatu yg aku xpasti.Sejak akhir2 ini kesihatan ku sedekit tganggu.Ptg tadi aku sudah pn ke klinik yg bdekatan dgn rumah,doktor Zainab mcadangkan aku mbuat medical check up.Malas rasanya.Masih aku ingat ketika umurku 18thun-19thn,aku tidak hbis2 berulang-alik ke hospital.Aku tidak mahu ini lg blaku sperti sblumnya.Aku sudah tidak tahan lg.Tapi sekarang pkara lama itu seolah2 mberi hint,akn muncul kmbali...Ya Allah jauhikanlah..aku masih tidak mampu melelapkan mata wlupn jam sudah menunjukkan 5 pg.Insomniaku semakin teruk.Sampai bilakah aku mahu bgantung pada bekalan ubat tidur?Teman diluar jika anda mbaca,berikanlah sedikit cadangan supaya masalah ku yg 1 ini,blh bkurangan.Bukan aku xpernah mcari atau mnminta nasihat yg arif,ttp segalanya sama shj.Ya Allah aku bharap Kau mberi petunjuk padaku utk setiap masalahku,aku tidak mampu menanggungnya.Terima kasih juga ya Allah kerana masih lg aku punya waktu utk mlakukan semua ini....melihat senyuman keluargaku,temanku....semoga ia bpanjagn utkku..-amin-

INSAN KERDIL
Noorhidayu Balqishah


5 Apr 2009

Berjaga-jagalah Dalam Menyampaikan Ilmu..

"Dan janganlah kamu mengatakakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, 'INI HALAL DAN INI HARAM', untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah.Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung"(An-Nahl :116)



Dari 'Abdulloh bin 'Amru bin 'Ash r.a diriwayatkan bahawa ia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu dari para hamba-Nya sekali cabut. Namun Dia akan mencabut ilmu tersebut dengan cara mewafatkan para ulama. Sehingga jika orang yang berilmu sudah tidak ada lagi, maka manusia akan mengambil ilmu dari orang-orang yang bodoh. Jika mereka akan ditanya, maka mereka BERFATWA tanpa berdasarkan ilmu. Akhirnya mereka pun tersesat dan menyesatkan orang lain." (SHAHIH MUSLIM (IV/1634)(2637)



Dari Ibnu Mas'ud r.a diriwayatkan bahawa ia berkata: Rasullulah s.a.w bersabda :"Manusia yang paling pedih adzabnya pada hari kiamat nanti adalah seseorang yang membunuh seorang nabi ataupun yang dibunuh oleh seorang nabi, SEORANG YANG MENYESATKAN MANUSIA TANPA BERLANDASKAN ILMU, atau seorang pelukis yang melukis patung-patung" (dikeluarkan oleh Ahmad dalam Al-Musnad dan Thobroni dalam Al-Kabir.Lihat As-Silsilatu 'sh-Shahihah (I/507)(281)

semoga tidak tergolong dari apa yg telah disebut ini..-amin-


31 Mac 2009

adakah KITA tergolong ORANG yang BANYAK sangat KETAWA?

10 hukuman bg org yg byk ketawa:-Rasulullah S.A.W.
-mati hatinya
-hilang air mukanya
-syaitan gembira kerananya
-Allah marah padanya
-dia disoal kerananya pada hari kiamat
-Nabi s.a.w. bpaling darinya dihari kiamat
-para malaikat mengutuknya
-ia dibenci oleh penghuni langit dan bumi
-ia mjadi lupa kpd segalanya
-tbuka aibnya pada hari kiamat


26 Mac 2009

Agak Ajaib



Kumbang ni jumpa dalam bilik,apa pendapat pembaca semua ttg kumbang ni?xtau lah mcm mana dia boleh naik ke rumah ana yg agk tggi ni...pastu pulak corak ats die mcm pakai topeng..ade sesiapa pernah jumpa serangga yg begini x?ini adlh pngalaman pertama ana,jumpa serangga yg pelik sebegini... renung2kan dan selamat beramal






25 Mac 2009

Pakaian

Pakaian hati ialah keikhlasan
Pakaian lidah ialah kebenaran
Pakaian fikir ialah kebijaksanaan
Pakaian rasa ialah keinsafan
Pakaian hamba ialah pengabdian
Pakaian batin ialah kesucian
Pakaian hidup ialah
ketakwaan

apakah pakaian2 kita?



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com