4 Jul 2021

Buat BAIK hanya di hujung jari

BELI BARANG DAPUR IBU AYAH,ADIK BERADIK, SAUDARA MARA, JIRAN TANGGA, ORANG SUSAH HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA

“Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu,” demikian terjemahan dari firman Allah swt dalam surat al-Baqarah ayat 271.

Di musim pandemik ini, ada yang boleh survive, berpusu-pusulah membuat kebaikan


Bagus sungguh inisiatif daya usaha pihak MYDIN. Sekiranya kita sendiri tak dapat keluar membantu, kita boleh terus saja order secara online melalui shopee.

Sesiapa yang nak beli untuk mak ayah di kampung, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga, kawan-kawan, insan-insan yang memerlukan.. Boleh terus beli je kat sini shopee

Tinggal ambil nama, alamat penuh dan no tel penerima sahaja. Dan Korang buat payment, dah boleh bantu serba sedikit pada yang memerlukan.

Macam mak ayah di kampung, kita lebih suka diaorang duduk sahaja di rumah. Jadi kita sebagai anak-anak boleh minta diaorang standby sahaja untuk terima barangan yang kita kirimkan. 

 https://invol.co/cl4qxrn (MYDIN)

Diaorang ada sediakan barangan dalam setiap box serendah RM30 sehinggalah ke tanda harga RM100.

Untuk box paling rendah RM 30, boleh terus pergi ke link shopee mereka kat sini.. Klik je KOTAK RM30 ( ada 9 items)

BOX RM30


Untuk box yang RM50 diaorang letakkan 12 items semuanya. Boleh terus klik sini. BOX DUDUK RUMAH (RM50)

memberi diam-diam



Boleh juga ambil pakej RM80, semuanya ada dalam 14 item. Terus klik sini dah boleh terus ke link dia.. 

BOX LINDUNGI DIRI



Atau pakej ni lagi best ada 17 item kesemuanya, box ni cuma RM100 sahaja. 

memberi diam-diam


Jelas dimana-mana sahaja kita boleh hulurkan bantuan dan berbuat amal. Tak perlu pun keluar rumah. Alhamdulillah moga kita semua dapat sebarkan kebaikan dan mendapat kebaikannya pula.

Sebarkan moga kawan-kawan yang lain pun boleh mendapat pengetahuan ❤️



28 Jun 2021

Resepi BIBIMBAP mudah yak mat

Bibimbap makanan KOREA yang amat mudah disediakan


Bibimbap Makanan Korea


Tak payah tunggu pergi Korea, dah boleh makan BIBIMBAP.

Bahan Utama

Minyak Bijan
Bijan

Nasi
 - boleh guna beras cap Sumo tak silap atau bolej beli saje di shoppi banyak jual. 
Atau beli je kat link sini.. Kita beli kat sini je https://invol.co/cl4oqwd

Boleh guna beras biasa. Tapi tanak nasi bagi lembut. 

Bahan-bahan lauk

Daging dalam 300g hiris nipis dan panjang. Nak buat lebih pun tak apa. Ni sebab makan 2 orang. 
Perap sesiap dengan minyak bijan + kicap lemak manis + bawang putih tumbuk letak dalam 3 biji.
Letak dalam peti ais dalam setengah jam ke 1 jam.

Sayuran

Timun
- perap dengan sedikit garam sehingga agak layu dan keluarkan air dia.

Bayam, taugeh
- celur dan toskan. Letak sedikit minyak bijan dan sedikit garam. Gaul. Buat asing ya bayam dan taugeh ni. Caranya sahaja sama. Last tabur bijan.

Lobak Merah dan Cendawan Shitake
- cendawan shitake hiris nipis. Lobak merah potong batang mancis. Panaskan sedikit minyak, tumis dan tambahkan sedikit garam. Renjiskan minyak bijan dan angkat! Tumis asing-asing ye... bukan tumis sekali arung.

Daging perap
- bubuh sedikit minyak sahaja dalam kuali, letak daging perap. Nampak dah masak, tutup api. Angkat dan taburkan bijan.

Last sekali telur.
- goreng telur mata, paling ngam kuning telur tu sedikit cair.

Dah siap. Letak nasi dulu, dan susun atur lauk atas nasi. 

Hidangkan dengan gochujang pelengkap bibimbap. Nak buat sendiri boleh, atau taip je kat shopii gochujang halal. 
https://invol.co/cl4oqxc

Buat sendiri gochujang

tauchu jenis pedas
Serbuk cili
Gula
Minyak bijan

Kacau sebati siap. 

Kita makan bersama kimchi. Resepi kimchi yang sedap bangat boleh tengok kat sini Kimchi Mudah dan Sedap







 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com