6 Apr 2014

Cara Ayubalqishah menulis



Assalammualaikum... Haip! Buat apa tu? 
Sebenarnya Ayu tengah dok fefeling sebagai novelis yang sangat bermurah hati kekeke...

#kalau rasa nak termuntah atau menyampah dengan entri Ayu kali ni, mohon tekan butang X di belah kiri atau kanan anda ya# Sebenarnya ni bukanlah tips, atau bajet cikgu nak mengajar menulis dengan betul. Ayu cuma nak share macam mana caranya ayu menulis, #dengan pengalaman yang teramatlah sedikit,sangat sikit, cuma baru keluar antologi cerpen dan puisi di  majalah sekolah#
Lagi pun tak salahkan nak share ilmu. Tapi 1st sekali terima kasih banyak-banyak buat penulis Uu Syaurah, sebab Nurul lah ayu naikkan semangat balik untuk meneruskan cita-cita sebagai seorang penulis sejak dari sekolah rendah lagi. Terbaca status di FB Nurul nak cari penulis cerpen. Dan juga cikgu pertama saya dalam mengenalkan selok-belok dunia penulisan iaitu penulis berbakat besar Nur Mayani. Thank you so much untuk semua tunjuk ajar yang diberi. Dan juga Idora Darwina, penulis berbakat besar juga ni, dan paling best dan rare pengkritik hebat, lantang bersuara, berani dan sangat bersemangat orangnya. Terima kasih sebab bagi semangat ketika pernah rasa sangat down saat mss ditolak ngeee. Dan terima kasih buat SO? Pub yang sudi bagi ruang dan peluang untuk duduk satu bumbung, walaupun hanya cerpen tapi Tuan Shah sudah memberikan kembali harapan yg disangka terkubur buat selamanya itu. Alhamdulillah.#anda jangan jadi macam saya ya, baru sekali mss ditolak dah macam kucing hilang anak. hehehe, tapi masih boleh fikir waras lagi okay?hehe#

Okay, jom tengok apa yang saya lakukan sebelum menulis...

1- Time Ayu dah nampak jalan atau dah terbayang 1st view, ayu akan cepat2 salin masuk dalam phone.#kecuali kalau dalam toilet memang xleh nak buat apa lah kan?#

2- Bila dah taip dalam phone, ayu akan buat draf atas kertas A4 untuk watak2 yang nak digandingkan.

3- Barulah ayu draf pendek setiap bab. Biasanya ayu draf kan jalan cerita dari Bab 1 - Bab 10, sebabnya bagi ayu ianya memudahkan untuk ayu nampak bagaimana jalan cerita tu berkembang.

Okaylah, rasanya cukuplah setakat ini sahaja dulu. Nanti bila Novel Isteri Aku Nanny dah terbit, ayu beritahu. Dan share pula cara ayu menyiapkan IAN ni dalam masa 6 bulan. Dan dilamar lalu ditolak. Dan diterima semula oleh publisher lain. Alhamdulillah. Moga semuanya berjalan lancar. Doakan ya...

Salam sayang,
Ayubalqishah





27 Mac 2014

Petua Tambah Susu Ibu

assalammualaikum ibu-ibu sekalian atau pun bakal-bakal ibu sekalian :)

ok kat sini saya nak kongsi kan beberapa tips untuk tambah susu badan aka susu ibu.
Saya sedar bahawasanya diri saya ini tidak lah seberapa layak untuk membincangkan atau pun memberitahu tentang tatacara menambah susu ni coz memandangkan saya baru lah mempunyai anak sorang :) .. tapi rasanya tak bersalah punkan kalau nak ngengada bgtau 1 dunia bahawa sampai sekarang iaitu hampir 6 bulan saya hanya susukan Fishah menggunakan susu sendiri..pasti diluar sana pun nak tahukan apakah rahsianya susu banyak .. alhamdulillah ..

ok jom tengok apa kebendanya yang perlu kita buat/sediakan/bersiap siagakan/ataupun seangkatan dengannya..

sebelum tu tengok dulu pic susu ni..ehsan dari google

okies dah tgk dah kan ?

ok 1st sekali masa pregnant tu..awal2 lagi sebelum pregnant pun xpe..niat penting..niat kita nak susu kan anak kita .. xnk susu formula .. bukan susu formula tak bagus .. tapi kan ke lagi bagus kalau kita bagi susu kat anak kita sdiri guna susu kita..xpayah bancuh2 dah..  kalau bekerja tak pelah lagi..ni dok umah je pun hihihi.. sambil2 mengon9 kan? ye x?

dah tu bila time preggy mengikut pengalaman saya,saya memang byk minum air zam2 dan kurma ajwa.. ( saya cuma leh makan kurma ajwa,kurma lain xleh masuk xtau knp ) .. kalau nak tahu,saya baru je belajar makan kurma sewaktu tahu saya dh preggy, try gak paksa .. last sekali try kurma ajwa .. alhamdulillah saya boleh makan n x rs loya ..

lepas tu bila dh nak dekat due date tu, selalu lah cuci n bersihkan elok2 ujung2 nya tu ya .. ( harap fahamlah ya ) coz bak kata org tua,nnt senang nak nyusukan baby,kalau x cuci takut nnt puting buta,baby susah nak hisap nnt,kesian dia lapar.

Mengiku pengalaman saya lepas lahirkan baby melalui czer,doktor terus bagi baby kat kita,minta kita susukan,alhamdulillah Fishah pandai menyusu,dan susu saya sgt byk :) ..

ok lepas tu banyakkn makan lobak putih n sayur sawi n habatussauda .. air zam2 dan kurma jgn tinggalkan ya, tu bekalan tenaga jugak utk kita.

sehingga sekarang saya amalkan makan ni je,n xlupa jugak berdoa agar dipermudahkan.alhamdulillah susu cukup buat masa ni,malahan kadang sampai tlebih2 pun ada.sampai bengkak dan terpaksa cari solution cam ne nak hilangkan bengkak susu tu.Macam saya,mak suruh letak kobis dan paksa Fishah nyusu huhu..cian dia kena paksa..bengkak susu memang sgt sakit bagi saya,sampai tarik urat belakang..

hingga ke saat saya sedang menaip ni pun,saya baru je sat2 ni terpaksa pam coz susu byk..takut bengkak lagi sakit.. Fishah memang kuat nyusu badan pun bam2 je heheh.. cuma bila dah nk masuk 6 bulan dia susut sikit n badan memanjang sikit :)..alhamdulillah sihat..

moga Nailah Al Farafishah membesar dengan sihat,jadi anak yang solehah untuk ibu dan ayah.taat perintah Allah dan Rasul.dan menjadikan Al Quran sebagai pegangan.ameen.

apa pun terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya ni :)

Nailah Al Farafishah - hari ini 5bulan 13 hari




 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com