6 Apr 2014

Cara Ayubalqishah menulis



Assalammualaikum... Haip! Buat apa tu? 
Sebenarnya Ayu tengah dok fefeling sebagai novelis yang sangat bermurah hati kekeke...

#kalau rasa nak termuntah atau menyampah dengan entri Ayu kali ni, mohon tekan butang X di belah kiri atau kanan anda ya# Sebenarnya ni bukanlah tips, atau bajet cikgu nak mengajar menulis dengan betul. Ayu cuma nak share macam mana caranya ayu menulis, #dengan pengalaman yang teramatlah sedikit,sangat sikit, cuma baru keluar antologi cerpen dan puisi di  majalah sekolah#
Lagi pun tak salahkan nak share ilmu. Tapi 1st sekali terima kasih banyak-banyak buat penulis Uu Syaurah, sebab Nurul lah ayu naikkan semangat balik untuk meneruskan cita-cita sebagai seorang penulis sejak dari sekolah rendah lagi. Terbaca status di FB Nurul nak cari penulis cerpen. Dan juga cikgu pertama saya dalam mengenalkan selok-belok dunia penulisan iaitu penulis berbakat besar Nur Mayani. Thank you so much untuk semua tunjuk ajar yang diberi. Dan juga Idora Darwina, penulis berbakat besar juga ni, dan paling best dan rare pengkritik hebat, lantang bersuara, berani dan sangat bersemangat orangnya. Terima kasih sebab bagi semangat ketika pernah rasa sangat down saat mss ditolak ngeee. Dan terima kasih buat SO? Pub yang sudi bagi ruang dan peluang untuk duduk satu bumbung, walaupun hanya cerpen tapi Tuan Shah sudah memberikan kembali harapan yg disangka terkubur buat selamanya itu. Alhamdulillah.#anda jangan jadi macam saya ya, baru sekali mss ditolak dah macam kucing hilang anak. hehehe, tapi masih boleh fikir waras lagi okay?hehe#

Okay, jom tengok apa yang saya lakukan sebelum menulis...

1- Time Ayu dah nampak jalan atau dah terbayang 1st view, ayu akan cepat2 salin masuk dalam phone.#kecuali kalau dalam toilet memang xleh nak buat apa lah kan?#

2- Bila dah taip dalam phone, ayu akan buat draf atas kertas A4 untuk watak2 yang nak digandingkan.

3- Barulah ayu draf pendek setiap bab. Biasanya ayu draf kan jalan cerita dari Bab 1 - Bab 10, sebabnya bagi ayu ianya memudahkan untuk ayu nampak bagaimana jalan cerita tu berkembang.

Okaylah, rasanya cukuplah setakat ini sahaja dulu. Nanti bila Novel Isteri Aku Nanny dah terbit, ayu beritahu. Dan share pula cara ayu menyiapkan IAN ni dalam masa 6 bulan. Dan dilamar lalu ditolak. Dan diterima semula oleh publisher lain. Alhamdulillah. Moga semuanya berjalan lancar. Doakan ya...

Salam sayang,
Ayubalqishah





Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com