Sebiji kobis panjang (tak tahu boleh google macam mana rupa dia)
1 biji lobak putih
1 biji lobak putih
Daun bawang
1 cawan garam
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang holland (bawang kaler kuning)
1 1/2 cawan Kochugharu / Gochugaru (had ni boleh beli online kat shopee atau lazada atau beli dekat website Ommason, boleh juga guna chili flakes (kepingan cili)
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
3 cawan air
1 cawan sos ikan
Okay, sekarang jom tengok step macam mana nak tukar bahan kat atas tu, jadi KIMCHI
1. Potong kobis panjang, rendamkan dalam air sekejap, kocak-kocak, basuh bersih kobis. Lepas tu tapis air dia.
2. Kemudian, gaulkan kobis dengan garam.
3. Setiap 30 minit, tukar atau balik-balikkan kobis, bagi sama rata kena semuanya.
4. Ambil tepung beras, masukkan air kacau bagi tak nampak tepung dah. Kemudian masak atas api sehingga kental macam nak buat lapisan atas kuih pelita atau limas. Kacau sehinga dia mendidih meletup-letup, macam kita buat sambal tumis tu, kan meletup-letup, memercik sampai cedera parah dinding dibuatnya. Tapi bubur ni tak perlu sampai gitu, setakat meletup kecil dah cukup. Tutup api.
5. Kemudian masukkan gula, dan masak semula atas api hingga mendidih. Dan didih? Tiup sampai sejuk. Hehe.
6. Lepas tu potong nipis lobak putih, lobak merah dan daun bawang. Nak sagat pun okay, lagi senang, cuma pastikan jadi bentuk batang mancis.
7. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang holland dan sos ikan dalam blender. Lepas tu kisar halus.
8. Okay sekarang sudah tiba masa untuk kita hasilkan pes KIMCHI kita. Ambil bubur yang dah sejuk tadi, chili flakes dan bahan kisar halus kita tadi. Masukkan dalam 1 bekas. Macam dalam gambar, ayu guna Kochugharu dari ommason. Boleh didapati di kedai shopee sini https://invol.co/cl4ox45
9. Tambahkan garam, gula atau serbuk perasa. Dan gaul.
10. Setelah kobis selesai diperap selama 2 jam. Boleh angkat dan basuh sekurangnya 3 kali. Bilas dengan air bersih. Ini untuk menghingkan rasa masin.
11. Setelah pastikan semua bahan campuran sudah tersedia. Masukkan lobak putih, lobak merah dan daun bawang ke dalam pes.
12. Kemudian masukkan pula kobis panjang tadi dan gaul rata. Setelah rata, gulungkan kobis panjang hingga ketat, boleh perah sedikit kobis. Ianya untuk mengurangkan rongga udara.
Setelah itu simpankan dalam bekas. Susun kobis rapat dan mampat.
13. Simpan kimchi di luar selama lebih kurang 1 1/2 hari untuk proses penapaian.
14. Setelah ditapaikan simpan dalam peti sejuk. Apabila hendak makan, gunakan sudu yang bersih dan letak dalam mangkuk lain, dan tutup semula bekas dengan baik. Kimchi boleh bertahan berbulan-bulan.
SIAP!
boleh makan sambil tengok drama korea, lebih-lebih lagi The World of married Couple.. Jangan sampai tersedak sudah.
Kimchi boleh dibuat lempeng atau cucur dengan hanya tambah tepung gandum. Boleh dibuat nasi goreng. Boleh dimakan dengan bimbimbap dan mengikut kreativiti memasing.
#KitaJagaKita #StayAtHome