4 Feb 2020

Cara CEPAT dan MUDAH tuntut wang yang tidak dituntut (WTD)

Dikatakan masih ramai lagi tak tahu tentang WTD ni., termasuk aku sendiri yang baru sahaja tahu pasal ni. Itu pun selepas suami beritahu. Suami pulak tahu dari kawan baiknya. Ha.. Begitulah cerita versi pendek, macam mana aku tahu pasal WTD ni..

Okay.. 1st sekali untuk memudahkan kerja korang. Klik sini https://egumis.anm.gov.my/

Pakai phone pun boleh. Aku semua buat dari phone je. Lepas tu, dekat belah kanan atas, ada tulis pendaftaran. IKUTKAN saja SEMUA STEP ya. Lepas dah settle, boleh dah klik dekat log masuk.


Key in je nama pengguna dan kata laluan. Dia tak perlu nak sahkan dekat email pun. Dah daftar tadi, kiranya dah settlelah tu.. Dah boleh jenguk dah kot-kot ada rezeki WTD korang.

Bila dah tekan LOG MASUK, dia akan keluar macam kat bawah ni..

 
Okay ikut je apa dia suruh.. KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT. 

Masukkan no. Pengenalan, bermakna no IC korang lah ya.. Lepas tu klik cari.. 

Okay kalau ada, dia akan keluar macam kat atas tu. Ha.. Kat sini dah start bab MUDAHkan kerja korang untuk WTD ni. Nampak tak, bawah kanan sekali.. Ada butang CETAK. Klik CETAK tu.. Kalau ada printer lagi bagus. Macam aku memang dah sesiap linkkan dengan printer phone aku ni. So klik cetak tu, keluarlah statement yang korang perlukan masa nak tuntut duit yang korang dah lupa kewujudannya tu. 

Okay settle satu bab. SEKARANG, photostat sekali 2 keping IC KORANG. 2 keping sebab incase apa-apa kot sekeping lagi TERBANG kat tengah JALAN ke.. Hilang tanpa sebab ke kan.. Jadi baik sediakan payung sebelum hujan. 

Sekarang STEP 3 pulak.. Dah alang-alang depan printer. Korang print sekali borang ni. Jangan terkejut nama je borang, tapi sekeping je pun. Macam aku siap tengok ulang kali, sebab selalunya kurang-kurang borang nak kena isi ada 2 keping. Tapi yang ni bebetul memang ada sekeping je. 

https://semakanonline.com/wp-content/uploads/2017/11/3Borang-Permohonan-UMA-7-Pin.-1-2015.pdf

Ni borangnya ya.. Klik ja kat situ. Dan isi sesiap. 

STEP 4.. Pergi bank untuk dapatkan statement bank korang. Bank statement yang aktif. Cakap kat diaorang nak guna untuk WTD. Dan biasanya pihak bank tahu, tunjuj sekali bukti WTD yang korang nak tuntut tu. Macam aku, terus buka akaun baru untuk BSN, sebab memang sebelum ni dah ada niat nak buka akaun kat situ sebelum tahu ada duit yang tak dituntut kat bank tu lagi dah. 

Dapat bank statement, dapat jugak surat akuan macam kat bawah ni.. 


Alhamdulillah settle dah untuk WTD ni. Macam aku kat PERAK.. Buat tuntutan WTD ni kat alamat bawah ni (BANGUNAN MAJU PERAK) 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak
Tingkat 5-9, Wisma Maju UMNO,
Jalan Sultan Idris Shah, 30990 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-2462100

Faks : 05-2411343

Dah sediakan semua apa yang perlu.. Terus je bawa ke alamat atas tu. Kalau negeri lain, boleh tengok kat website egumis ya. 

Sampai dekat Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak, terus jumpa makcik atau pak guard kat situ. Untuk yang nak hantar borang, beritahu je korang nak hantar borang. Tak perlu tulis nama dalam buku log. Masuk lif, tekan tingkat 6. Dekat situ ada kaunter untuk cek WTD ni, tapi selalunya punyalah ramai. Jadi lebih baik buat semuanya online. Mudah dan cepat. Sampai kaunter terus beritahu nak hantar borang. Dorang akan tunjuk belah kiri kita ada bilik, dekat situ ada dua orang lelaki yang setia menanti sambil nonton TV. Hehe. Bagi dia cek semua apa yang kita dah sediakan tadi. Bila semua dah okay, dah complete.. Dia akan bagi satu kertas warna kuning menunjukkan yang borang kita dah lengkap dan pengesahan penerimaan borang WTD kita tu. 


SELESAI

Nak tanya apa-apa boleh tinggalkan komen. Boleh jawab aku jawab. Tak boleh jawab, aku minta maap. Heheh

untuk negeri-negeri lain boleh pergi dekat link kat sini untuk cek kat mana korang boleh pergi selepas dah lengkap semua keperluan WTD ni.

http://www.anm.gov.my/index.php/hubungi-kami-perak/peta-lokasi






 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com