24 Jun 2013

Tak semua kau rancang akan berlaku


19 Jun 2013 - 01.20 pagi , Hospital Tengku Ampuan Rahimah

2 hari sebelum tu aku dah diserang demam yang agak kuat , mungkin akibat memakan beberapa ulas durian sebelum bertolak ke Ampang . Esoknya di Ampang adikku Tamar membelikan nasi lemak pagi tu . Dengan sedaya upaya aku menghabiskan hingga ke butir nasi yang terakhir . Malam tu bertolak ke Shah Alam , perut terasa begitu senak dan terasa seperti hampir putus nyawa :( .. Dan diriku telah mengambil keputusan untuk menelefon ambulance saja , tapi anak saudara mempelawa dirinya untuk bawa ke hospital .

Malam itu juga doc masukkan air dan mengatakan terpaksa menahan ku untuk dimasukkan ke wad . Sangat menakutkan tapi waktu tu tiada kudrat untuk bersuara . Doc mengatakan aku dehidrasi , gastrik pain ( pelik rasanya tak de gastrik dalam kamus hidupku ) .. dan air kencing dijangkitan kuman :( .. Dan tangan ku telah dicucuk untuk dimasukkan air :(



selama 4 hari di wad hampir 28 botol air telah dimasukkan :( , dan juga 1 pint darah .. belum lagi kesakitan time nak amik darah , tangan kanan ada 5 tempat darah yang diambil .. dan kiri ada 1 iaitu tempat masukkan air dan darah.. paling menyakitkan adalah sewaktu ubat dimasukkan..dan terasa agak siksa bila nak ke tandas :( .. 




Nasiblah nurse2 dan doc kat situ baik2 belaka. Kawan sebelah katil pun tak sombong..Tentang makanan , kawan2 semua makan nasi termasuk orang sebelah katil aku , tapi aku hanya bubur tawar dan lauk ikan gulai  , cuma kadang2 ada diaorang bagi sup ayam.

dan akhirnya 22 Jun 2013 darah terakhir diambil dan alhamdulillah result semua ok dan aku dibenarkan keluar wad hari tu jam 8 mlm.

p/s : Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dh kuar spital  , terima kasih kepada yg tlh mdoakan , esk leh dh balik Lumut , siapkan kerja yg tgendala , terima kasih kpd cust yg sabar mnanti , esk shah alam - lumut , skrg mood rehatkan diri sambil pikir pe yg ptt  ...
Terima kasih juga kepada kepada incik suami yg sudi melawat 3 kali sehari di spital .. mak ayah yg jauh dri ampang ke klang nek moto je dtg mlawat hihi .. snng katanya xsest barat , n utk mak abah , nyah dan lain2 juga , coz sudi lyan karenah nk mkn itu ini pas kuar wad huhu ..


Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com