27 Jul 2009

Kepadamu Kekasih...


Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil,agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan

Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;



“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”



Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.


Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?


Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.


Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?


Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.



Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.


Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,

-Noorhidayu Balqishah-




19 Jul 2009

Temuduga Terbuka





JAWATAN PELBAGAI
SEKTOR



Temuduga
TIPS,,
PASTI BERJAYA,,




Temuduga Sebagai : Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA
:
Bila-bila masa bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA
:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN
:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA
:
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR
:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON
:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI
:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat..

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.




Terima Kasih

Assalammualaikum

dh lama sgt x update blog nie..bz ngn assigment...byk lak tu..:P..yelah sejak dpt title student ni sush ckit nak rehat..lepastu pulak ade wat bisnes sikit (printing)..sesiapa yg nak print baju,name card so on..boleh lah g kat www.farraashahstudio.wordpress.com..skang pun kurang sihat..asik demam kebah,demam kebah..haish...kepada pbaca semua terima kasih coz sudi mbaca mbaca dan terus mbaca..sy akn cuba update blog ni...dgn cerita n pkongsian menarik insyaAllah..doakan sy cepat sembuh ya!


9 Jul 2009

Ketibaan Rejab,Syaaban dan Ramadhan

01Rejab 1430H yang mulia falls on 24 June 2009(Rabu); 27 Rejab bersamaan 20 July 2009(Isnin) dan 01 Sya'ban 1430H = 23 July 2009(Khamis). Sya'ban adalah bulan perantaraan antara bulan Rejab dan Ramadhan. Marilah sama-sama mempertingkatkan ibadah agar sampai kita ketemu dengan Bulan Ramadhan yang penuh dengan nikmat & barakah.

Semoga segala amalan kita mendapat keredhaanNya, InsyaAllah, Amin. Kelebihan Bulan Sya'ban.


Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W bahawa baginda S.A.W telah bersabda maksudnya:
Sya'ban adalah bulanku, Rejab adalah bulan Allah, Ramadan adalah bulan umatku Sya'ban adalah bulan ditukar kejahatan dengan kebaikkan dan Ramadan adalah pembersih segala dosa.
Hari-hari terbahagi kepada tiga iaitu hari semalam,hari ini dan esok. Hari ini adalah amal, esok adalah angan-angan dan harapan ,maka tidaklah di ketahui samada ia akan hidup pada esok atau tidak.

Semalam sebagai nasihat dan iktibar. Maka hari ini adalah ibaratkan qhonimah (rampasan perang,perjuangan) dan
esok adalah kebimbangan. Begitu juga bulan terbahagi kepada tiga iaitu: Rejab, Sya'ban dan Ramadan. Maka Rejab telah berlalu dan tidak akan kembali lagi pada tahun ini, Ramadan
sedang menunggu tetapi tidak di ketahui samada ia akan hidup sehingga bulan itu atau tidak dan Sya'ban adalah perantaraan antara bulan Rejab dan Ramadan maka hendaklah merebut peluang untuk berlaku taat di dalam bulan ini.
Rasulullah pernah menasihati Abdullah Bin Umar Bin Khatab r.a maksudnya: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu

1)masa mudamu sebelum tuamu
2)masa sihatmu sebelum sakitmu
3)masa kayamu sebelum fakirmu
4)masa lapangmu sebelum kesibukanmu dan
5)masa kehidupanmu sebelum kematianmu
.

Sya'ban adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekelian alam . Allah s.w.t menerima segala perkataan-perkataan yang baik-baik.


Perkataan yang baik-baik tersebut adalah kalimah:
La illaha illallah, tasbih; Subhanallahi walhamdulillah wala ila ha illallahu wallahu akhbar


Kelebihan malam pertengahan Sya'ban (Nisfu Sya'ban) iaitu malam Lailatul Baraáh [MALAM 05/08/09 ~ Wednesday night]
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jika tiba malam pertengahan Sya'ban maka hendaklah menghidupkan malam itu dengan amal ibadat,berpuasa di siangnya kerana sesungguhnya Allah s.w.t turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman:Siapakah yang memohon keampunan maka aku ampunkannya ,siapakah yang meminta rezki maka aku akan kurniakan kepadanya rezki,siapakah yang di timpa bala aku akan melepaskannya adakah kamu...adakah kamu...(berturutan pertanyaan dari Allah s.w.t) sehinggalah terbitnya fajar suboh.

Allah membuka rahmatNya dengan seluas-luasnya pada malam pertama di bulan Rejab,malam pertengahan Sya'ban,malam aidil fitri dan malam aidul adha.Doa pada malam ini tidak di tolak sama sekali.


Pada malam pertengahan Sya'ban hendaklah dibacakan surah yaasin sebanyak tiga kali,
bacaan pertama: dengan niat untuk umur yang panjang
bacaan kedua: dengan niat untuk mengangkat bala..jauhkan dari bala
bacaan ketiga: dengan niat untuk merasa cukup...kemurahan rezki(tidak meminta- minta dari manusia ataupun makhluk
)

Bulan Sya'ban adalah bulan selawat ke atas nabi s.a.w yang terpilih
.
Maka banyakkanlah berselawat ke atas Rasulullah s.a.w di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini di sisi Allah s.w.t

Istighfar

Banyakkan bertaubat di malam tersebut lantaran ianya dipenuhi oleh keampunan dan rahmat Allah s.w.t.
Beristighfarlah dengan siqhah-siqhah istighfar yang diwarisi dari Rasulullah s.a.w. Antara istighfar yang dianjurkan membacanya adalah seperti berikut:

Astaghfirullah azima Waatubu illaih.
Maksudnya: Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Besar dan aku bertaubat kepadaNya. begitu juga memohonlah istighfar(keampunan) kedua ibubapa:
Rabbiq Firli Waliwalidaiyah Warhamhuma Kama Rabbayani Syori rah
Maksudnya: Tuhanku ,ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka telah memeliharaku dan mendidik aku sejak dari kecil lagi.

Begitu juga pohonlah keampunan untuk kedua ibubapa,diri sendiri,orang-orang Islam lelaki dan wanita dan orang-orang yang beriman lelaki dan wanita samada untuk mereka yang masih hidup ataupun yang telah mati.

Barangsiapa yang membaca wirid di bawah akan memperolehi pahala seolah-olah telah berada selama seribu tahun
;
La ilaha illallahu wala naqbudhu illa iyahu muhlisyina lahuddina walau karihalkafiruun
.

Maksudnya Tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan akan Dia dengan keikhlasan kepadaNya demi untuk agama yang teguh walaupun orang-orang kafir itu benci. (di petik dari buku Kelebihan Bulan Dan Hari )
Semuga kita sama -sama beriman dan bertaqwah kepada Allah s.w.t .di bulan yang penuh Keberkatan dan Barakah ini.Sentiasa mendapat keampunan dan rahmat serta taufiq ,hidayah dariNya, InsyaAllah


Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:


"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan
bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada
malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."




 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com