3 Feb 2022

ELAK BABY PERUT KEMBUNG DAN CARA MENGATASINYA

 BUAT IBU YANG NAK TIDUR LENA BERSAMA ANAK TANPA MERAGAM


Kali ni just nak share DUA benda awesome untuk #baby  korang. 
Yang sangat-sangat berguna tatkala baby selsema & kembung perut ( dua perkara ni memang sangat senang terjadi) bila dah jadi percayalah, korang takkan dapat tidur. Sebab bila baby kembung, dia orang akan menangis. Paling sedih bila menangis seakan tak nak berhenti. Bila baby susah nak berhenti menangis, kembung diaorang akan menjadi-jadi pula.

Bila baby kembung, ikut pengalaman anak 1 sampailah anak no 3..rata-rata selalu nya mesti tersilap makan. Tak tahulah pasal apa. Kalau tanya doc, dia orang kata tiada kena mengena dengan pemakanan.. Tapi bila termakan kobis, termakan taugeh contohnya ha siap malam karang. Fuh!



masa ni packanging kedua diaorang, yang pertama dalam bekas bulat. Dan sekarang makin cantik design pada packaging baby herbal cream ni. Comel je tau.

Okay tak nak cerita panjang. Cuma nak bagitau benda ni pakai dah lama.. Sejak anak sulong, kira-kira dah 9 tahun jadi pengguna setia. Pernah tukar ambil brand lain, tapi tak setanding yang ni. Bercakap atas dasar pengalaman sahaja ni tau, kalau korang ada brand lain yang korang dah percayai maka teruskan okay?

Yang nak dapatkan "Herbal cream tropikal / Baby Herbal Cream" ni, korang boleh klik sini
Baby Herbal Cream Tropika




Jadi dah ada ni, tak perlu beli dan minyak telon dan vicks. Guna ni je pun dah okay. InsyaAllah.
Sebelum ni kebaikan herbal cream ni 3 in 1 sahaja. Sekarang Tropika dah upgrade menjadi 8 in 1.

Dan paling best, produk tropika ni tak mendatangkan iritasi pada kulit sebab ianya bebas paraben, tidak mengandungi SLS & SLES dan sebagainya. 

Sabun tropika ni pun tersagatlah rekemen untuk anak yang ada masalah ekzema. Anak saya yang sulung ada ekzema sejak umur nak masuk 3 bulan. Kulit jadi agak kasar, dan bawah leher sampai berdarah disebabkan dia garu tanpa saya sedar. Selain bawak ke klinik dan dicadangkan beberapa brnd sabun yang ada, akhirnya saya memilih tropika juga untuk dia. Sangat mengujakan dengan hasil yang diberikan. Sekarang anak saya dah pun masuk umur 9 tahun. Alhamdulillah kulit pun cantik, ekzema pun tak ada dah. Tinggal cuma dia kerap bersin waktu pagi, sebiji macam ayahnya. hehehe

Korang yan masih tercari-cari produk apa sesuai untuk baby korang atau bakal ibu nak dapatkan produk terbaik untuk baby yang bakal lahir, jangan fikir banyak, grab je produk tropika ni. Saya tak jual ya, saya hanya beritahu berdasarkan pengalaman. Moga perkongsian ni bermanfaat.

Tak tahu nak cari mana ? Nah akaun kedai shopee Tropika, Tropika Official Store


Tips pakai herbal cream  : Pakai lepas mandi baby. Sapu kat perut, dada, belakang badan, dan tapak kaki. Ini untuk elak kembung. 
Andai anak kembung, tips dia sapu diperut, bawah ari-ari, betis dan tapak kaki. Lagi satu, lepas bagi anak menyusu pastikan sendawakan dia ya, tak kisah berapa lama nak tunggu dia burp.. Asalkan korang tak lupa sendawakan dia.



15 Jul 2021

Checklist ibu berpantang

Sebelum bersalin, para ibu dinasihatkan standby dulu keperluan berpantang ibu. Keadaan yang tegang sekarang ni, adalah lebih baik kita membuat pembelian semuanya secara online.




Jika taknak kalut, bolehlah standby keperluan 2 - 3 bulan lebih awal. Untuk yang pertama kali jadi ibu, rasanya korang sangat perlukan list ni. Hasil dari pengalaman 4 kali berpantang, memudahkan lagi nak buat perkongsian.

Perkongsian kali ni, didedikasikan khas buat adik sendiri yang bakal menimang cahaya mata pertama pada oktober nanti. InsyaAllah. Ianya juga buat rujukan ibu-ibu lain di luar sana yang mungkin juga memerlukan.

Dah siap-siap bagi link. Klik dan terjah je terus ya. 
Tak yah pening nak cari kat mana. 

1 - Set berpantang


Tropical Herbs - Tropical Herbs Amway

Nona Roguy - Beli Sini je


Set bersalin afiat - https://invol.co/cl4xi3x

2 - Tungku ibu & tuam baby


3 - Breast pump & tempat penyimpanan susu

Breast pump manual silikon, insyaAllah ni paling terbaik pernah dicuba.


Brand lain boleh tengok sini

Philips Avent Manual Breast Pump - https://invol.co/cl4xi7f

Malish Aria Double Electric - https://invol.co/cl4xi83

Halford Duo Rechargeable Double - https://invol.co/cl4xi8m

Pigeon Electric Portable - https://invol.co/cl4xi9k

Autumn Swift  Single Electric - https://invol.co/cl4xi9w

Bumble Bee Mini Ultra Double - https://invol.co/cl4xiad


4 - Bepanthen Cream

Elok guna untuk nipple crack, ni antara cream yang elok untuk masalah nipple crack dan bagus untuk nappy rash baby.


5 - Set tanam uri bayi

Mudah bila ada benda ni, lebih lagi untuk yang baru bergelar ibu ayah. https://invol.co/cl4xicw

6 - Nursing Cover, Nursing Bra, Nursing Pad

Nursing cover boleh jahit sendiri. Tapi kalau nak mudah pi shoppi jelah hehe - https://invol.co/cl4xidm



7 - Stokin tebal

 https://invol.co/cl4xig4 atau boleh jugak tengok sini https://invol.co/cl4xijn

8. Maternity pad


9. Kain batik

Senang terus sarung je. Seluar mau terkangkang-kangkang nak pakai. Tapi kalau okay pakai seluar, boleh je. Pilih jenis palazo. 


10. Disposable Panties

Seandainya czer, biasa nurse akan minta panties jenis ini. Dan lebih senang pakai yang macam ni waktu berpantang.


11. Kudapan / Makanan tambahan

Kelebihan bawang putih ni banyak, mengurangkan angin, menambahkan tenaga fizikal, mengawal berat badan, mengatasi masalah rambut gugur dan mengurangkan stress atau tekanan. 

Garlic chips - https://invol.co/cl4xiqb

Atau boleh buat sendiri. Dan juga boleh buat serunding halia, ikan bilis sangai (goreng tanpa minyak) dan blender halus. Sedap makan dengan bubur nasi, atau tabur atas nasi panas-panas. 

Untuk senarai checklist baby, nanti kita sambung next entry ya. Dan checklist untuk bawa ke labour room dan juga ke wad. 

Semoga bermanfaat. List ni amat sesuai untuk ibu yang akan berpantang sendiri. Keperluan dah lengkap, insyaAllah lagi mudah. Yang membantu nanti pun turut senang. 

Moga dipermudahkan bersalinnya nanti ya ❤️




 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com