9 Dis 2014

BR1M 4.0 2015

Assalammualaikum entri kali ini mungkin agak menarik kepada yang masih tidak tahu dekat mana nak update rekod/maklumat anda.Contoh nya tahun lepas anda kena ambil sendiri di tempat yang telah ditetapkan.Tetapi tahun ini anda terasa malas nak keluar rumah,anda mahu duit BR1M terus masuk dalam akaun anda.Jadi anda perlu update.Untuk permohonan baru bagi saya lah amat saya sarankan anda isi manual.Online isi juga,tetapi nanti anda perlu juga sertakan sekali pelbagai dokumen yang telah difotokopi contohnya surat beranak anak anda.

Saya kongsikan disini serba sedikit maklumat mengenai BR1M,





Tarikh Pembayaran BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015
Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
  • Ansuran pertama: RM300 pada 28 Januari 2015
  • Ansuran kedua: RM300 pada 28 Mei 2015
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015
  • Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2015
  • Ansuran kedua: RM200 pada 28 Mei 2015
  • Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015
  • Pembayaran sekaligus: RM350 pada 28 Januari 2015
Pendapatan Isi rumah bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000: RM750
Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan: RM350

Untuk kemas kini maklumat anda klik sini Kemas Kini Permohonan
Untuk permohonan baru klik sini Permohonan Baru


BR1M, Mohon BR1M 2014




Dato Fuad Hassan Meninggal Dunia

Fuad Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Allahyarham Dato' Haji Fuad Bin Tan Sri Haji Hassan merupakan Ketua Pengarah JASA Malaysia dan bekas ahli politik Malaysia berbangsa Melayu . Beliau juga merupakan bekas ADUN Ulu Klang di bawah tiket UMNO (Barisan Nasional).
Beliau telah meninggal dunia pada 8 Disember 2014 pada pukul 12.20 pagi di Hospital Kuantan, Pahang akibat serangan jantung ketika hadir di satu program Kementerian Komunikasi & Multimedia yang diadakan di Kijal Kemaman.
Dato' Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian Al-Qur'an iaitu Tan Sri Haji Hassan Azhari. Beliau adalah anak kedua, abangnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan adiknya ialah pelakon Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau kini menetap di Ampang Jaya, berhadapan dengan rumah adiknya, Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.
Beliau mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau menjadi ADUN Hulu Kelang selama dua penggal Pada pilihanraya tahun 1999, beliau telah tewas kepada calon PKR ketika itu ialah Y.B Mohamed Azmin Ali.

Sejak dari kekalahan itu, beliau telah bersara dari arena politik dan kini menumpukan kepada bidang perniagaan. Yang terbaru ialah beliau sedang berusaha untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Asmara Air Services Sdn. Bhd. Kini beliau menjadi Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan. Pengalaman, kebolehan dan kelulusan yang beliau miliki dikira amat sesuai untuknya menjawat jawatan yang 'besar' dan 'berat' ini dalam membantu memperkukuhkan harapan dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sekarang.




 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com