7 Sep 2009

Zakat Fitrah

Kini kita sudahpun berpuasa melebihi 2 minggu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar untuk kita semua. Ibadah pun makin bertambah. Perubahan demi perubahan dibuat setiap hari. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang sentiasa berubah ke arah yang lebih positif.

Di samping itu jangan kita lupa membayar zakat fitrah. Ini adalah perkara WAJIB untuk semua umat Islam. Pada yang tidak mempunyai bapa/ayah lagi, jangan lupa bayar zakat fitrah untuk ibu/mak tuan-tuan. Bayarlah Zakat Fitrah anda hari ini. Jangan tunggu sampai sebelum sembahyang Hari Raya nanti, takut tak sempat.

Juga, pada sesiapa yang belum membayar zakat perniagaan, zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat wang EPF, zakat emas, dan zakat yang lain-lain, saya sarankan agar anda membayarnya pada bulan Ramadhan yang penuh dengan kelebihannya ini. Zakat adalah perkara WAJIB untuk kita, sedangkan sedekah adalah sunat.

Insyaallah, pendapatan kita akan diberkati dan sentiasa bertambah dari hari ke hari. Kita tak tahu, ketika kita sibuk berniaga, mungkin kita ada terambil hak orang lain, tersimpan di akaun bank yang membayar riba, dll. Dengan cara membayar zakat, insyaallah, kita boleh 'bersih'kan pendapatan kita.Hidup kita juga, insyaallah akan lebih tenang lagi.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi.


Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com