4 Jun 2009

hatiku pilu

hidup ku sering dilambung ombak
kadangkala terasa gelombangnya menghempas pantai
hati ini berkecamuk

sudah menjadi kebiasaan hidupku sepi
walaupun esok ada mentari
apa kah secerah hari yang sudah pergi?

hati ini bagai dicarik lalu rabak
fitnah yang dilemparkan sahabat sendiri
membuat aku ingin menjadi pekak dan tuli

namun mendung diawan tidak selamanya
mungkin sebentar lagi cerah kan menjelma
namun luka pasti meninggalkan parut nya

semoga Tuhan mengkabulkan doa
menggantikan yang lebih bermakna
semoga dia juga kan diberi petunjuk
aku akan sudi menerimanya sekali lagi
sebagai teman sejati kerana engkau aku kenali.

buat insan yang terasa hati
fikirkanlah sebelum melimpahi
kerna ia akan memakan diri
habis sudah bahasa ku
menuntut keadilan semoga Tuhan perkenankan
p/s:buat teman2 diluar sana,sayangilah sahabat anda,usah dengar kata orang,sebaliknya selidikilah sebelum bertindak,namun bertindaklah mgunakan akal,bukan nafsu amarah yg membawa kesan permusuhan..


Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com