31 Mac 2009

adakah KITA tergolong ORANG yang BANYAK sangat KETAWA?

10 hukuman bg org yg byk ketawa:-Rasulullah S.A.W.
-mati hatinya
-hilang air mukanya
-syaitan gembira kerananya
-Allah marah padanya
-dia disoal kerananya pada hari kiamat
-Nabi s.a.w. bpaling darinya dihari kiamat
-para malaikat mengutuknya
-ia dibenci oleh penghuni langit dan bumi
-ia mjadi lupa kpd segalanya
-tbuka aibnya pada hari kiamat


26 Mac 2009

Agak Ajaib



Kumbang ni jumpa dalam bilik,apa pendapat pembaca semua ttg kumbang ni?xtau lah mcm mana dia boleh naik ke rumah ana yg agk tggi ni...pastu pulak corak ats die mcm pakai topeng..ade sesiapa pernah jumpa serangga yg begini x?ini adlh pngalaman pertama ana,jumpa serangga yg pelik sebegini... renung2kan dan selamat beramal






25 Mac 2009

Pakaian

Pakaian hati ialah keikhlasan
Pakaian lidah ialah kebenaran
Pakaian fikir ialah kebijaksanaan
Pakaian rasa ialah keinsafan
Pakaian hamba ialah pengabdian
Pakaian batin ialah kesucian
Pakaian hidup ialah
ketakwaan

apakah pakaian2 kita?



Rasa gementar :)

Rasa nerbes sgt ni..bukan apa esk ada interview kat hospital gleneagles..hope dapatlah keje esok..-amin-...sblm ni ana keje kat celcm tapi xtahanlah kena maki huhuhu...maklumlah cust serv...skrg ni sementara cari keje lain ana berniaga kecil2 lan je...sesiapa yg baca blog ana ni diharap...doa2kan lah ya..ana succes intv esok...


Sahabat

Semua orang memiliki sahabatkan?tapi adakah sahabat kita itu benar2 sahabat?menemani kita dikala susah dan senang?ada ciri2 sahabat yg kita perlu hindari...
Jaafar As Sidek bkata,jangan lah kamu bkawan dengan 5 pkara seperti ini:
1-pembohong kerana kamu akan dibohongi
2-orang yang bodoh kerana engkau tidak mungkin dapat apa2 manfaat darinya.
3-orang yang bakhil kerana ia akan hampakan engkau
4-orang yang pengecut kerana ia akan melarikan dirinya dari kamu ketika tjumpa yang menakutkan
5-orang fasik (x berilmu agama,sanggup mjual kawannya)

semoga kita dihindari dari mendapat ciri2 sahabat seperti ini..-amin-


Larangan Rasulullah S.A.W Mengenai Merokok

Telah menagal Allamah Abdullah pd Aswad didlm kitab Fidul Asrol dan didlm Kitab Syarah Khutbah dan tlh disebut drpad karangan tentang haramnya merokok(tembakau).spt Qaiyubi dan Ibnu Alan tlh mdatangkan hadis.Bkata Hasawi drpd Qutub Hadad dlm tafsir Rasulullah S.A.W bsabda maksudnya "Ya Abu Hurairah,akn dtg satu kaum pd akhir zaman,bkekalan mereka dlm merokok dan bkata,kami dri umat Nabi S.A.W.,ttp mereka bukan dri umatku,ttp mereka adalah drpada haiwan peliharaan.Kemudian Abu Hurairah btanya kpd Nabi S.A.W.Drpada apakah tlh tumbuh pohon tembakau?Nabi S.A.W. mjawab ia tumbuh dari air kencing iblis.(Rujukan:kitab Baghiatul Multasydir)Salah satu hujah yg mesti kita teliti & fahami ialah firman Allah S.W.T. menerusi surah Al-A'raaf ayat 157.....Jika ada kesilapan pada apa yang ana cakapkan diharap kalian boleh menegur....


Apa sudah jadi?

Sekarang ini jika kita lihat dunia,seperti sudah amat hampir akhirnya.Apakah kita sudah bersedia?dan sejak akhir2 ini,setiap hari di Malaysia pasti ada bayi yang tidak berdosa dilahirkan tanpa ikatan yang sah.Sudahlah begitu lalu dibuang tanpa ada belas kasihan...kemanakah perginya sifat perikemanusiaan?disini bukanlah ana mahu mengata sesiapa,ana juga punya adik perempuan,saudara perempuan dan ana juga perempuan...semoga perkara2 seperti ini tidak akan terjadi pada keluarga ana mahupn sesiapa sahaja didunia ini,tidak kira bangsa mahupun agama.Apa yang ana mahu tekankan disini,adalah jika dilihat,dikaji,didengar & dibaca,kebanyakkannya adalah dari golongan yang berbangsa melayu....dan sudah pasti agamanya Islam bukan?Sedih sangat....:(...Dan berlakunya juga di negara milik kita,negara Islam bukan?Kita dikenali diseluruh dunia dengan sifat perikemanusiaan yang tinggi,tapi sekarang apa sudah jadi?Budaya timur kononnya?Apakah semua ini?Siapakah yang perlu disalahkan?Budaya barat?Rasanya tidak sama sekali,kita punya otak untuk berfikir,kita ada agama yang perlu dipegang,jadi kemanakah pergi semua itu?paling menyayat hati adalah seorang bayi yang dijumpai oleh seorang berbangsa india.Tahukah apa yang sedang berlaku terhadap bayi itu?dia sedang dikerumun oleh sekumpulan gagak.....apakah sebenarnya yang ingin ditunjukkan oleh syaitan bertopeng manusia ini?Bercinta itu fitrah pada setiap manusia,tetapi melahirkan anak tanpa nikah itu apa?sebab inilah cinta itu ada yang mengatakan haram hukumnya...
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.
Biarlah apa hukumnya haram ataupun harus,kerana dua hukum ini sahaja yang pernah ana dengar tentang cinta.Kenapa adik,kaka,abang,pakcik,makcik yang sedang bercinta,ingat2lah bahawa bukan kita sahaja didunia ini,dan bukan didunia ini berakhirnya hidup kita,kerna kita akan dihitung suatu hari kelak,jauhilah perkara yang tidak sepatutnya...bg mereka yang belum lg mengalami cinta sesama manusia yang bukan mahram,usahlah cuba mendekatinya,biarlah cinta itu dialami selepas kahwin..pasti itu lagi indah bukan?Semoga kita semua terhindar dari perkara2 yang mungkar..-amin-


24 Mac 2009

25 Perkara Tentang Wanita


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anakyang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan biladia hiburkan hati anaknya Allah memberikan 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahalaseperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akanmengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Kita sebagai dilahirkan sebagai wanita adalah amat bertuah.Jalan sudah diberikan kita tinggal hanya memilihnya sahaja....



23 Mac 2009

Tanda-tanda Hari Kiamat

Tanda-tanda Hari Kiamat
Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, “Bersegeralah melakukan kebaikan sebelum datang enam 6 perkara; matahari terbit dari barat, keluarnya asap, munculnya Dajjal, Dabbatul ardhi (binatang bumi), (kematian) di antara kamu atau huru-hara yang menyeluruh.”” [ Riwayat Muslim, Kitab al-Fitan 8/207; Musnad Ahmad, 2/337, 372].
Jangan Suka Menyalahkan Orang Lain;- Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika ada seseorang berkata : “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak” ,maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka.”;- ( Riwayat Muslim).
Bilakah Akan Terjadi Kehancuran?;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Pada suatu masa ketika Nabi s.a.w sedang berada suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “Bilakah akan terjadi Qiamat?”. Maka Nabi s.a.w. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya.” Sementara yang lain pula berkata, “Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu.” Sehingga apabila Nabi s.a.w selesai dari percakapnnya beliau bersabda, “Di mana orang yang yang bertanya tentang Hari Qiamatt tadi?” Lalu Arab Badwi menyahut, “Ya! Saya hai Rasulullah.” Maka Nabi s.a.w. bersabda:Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah Hari Qiamat.” Arab Badwi itu bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan Hari Qiamat.”;- (Riwayat Bukhari).

1) Banyaknya bukit dan gunung yang telah lenyap dari tempatnya kerana pemusnahan dan pembinaan.
2) Banyak terjadi gempa bumi di mana-mana.
3) Orang-orang congkak & bongkak sama menjadi Kepala Pimpinan.
4) Orang yang kukuh dan kuat agamanya dalam mengamalkan agamanya ibarat orang yang menggenggam bara api, kerana sudah tidak adanya orang lain yang mahu membantunya di waktu orang lain meninggalkan sunnah dan syariat Islam.
5) Banyaknya orang bodoh Al-Quran yang rajin beribadat, sehingga mudah dirayu iblis dan syaitan.
6) Adanya orang yang ahli membaca Al-Quran, tetapi fasik, yakni meninggalkan solat dianggap mudah & remeh.
7) Al-Quran dijual-belikan ( bermaksud mencari faedah sendiri ) jika ada pelaburannya mahu membacanya, jika tidak, tidak mahu membacanya.
8) Orang sama memperbaiki masjid-masjidnya, tetapi tidak mahu memelihara ibadahnya dalam masjid itu. Contohnya;- sudah jarang orang yang beri’tikaf atau berjemaah di masjid itu, selain setiap Maghrib sahaja, kalau tidak waktu Maghrib masjid senantiasa kosong.
9) Banyak turun hujan, akan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
10) Banyak orang menjadi kepala pimpinan, akan tetapi jarang sekali yang dapat dipercaya.
11) Ramai para Salihin (orang-orang soleh) meninggal dunia.
12) Banyaknya anak yang berani terhadap orang tuanya ( derhaka terhadap orang tuanya ).
13) Terdapat hujan di musim kemarau.
14) Para pendusta dianggap benar, dan orang yang jujur dibohongi dan tidak dipercaya lagi.
15) Banyaknya pengkhianat yang dipercaya dan orang yang dipercaya dikhianati.
16) Orang yang jauh menjadi akrab dan sanak famili pula menjadi jauh dan terputus.
17) Setiap desa dikepalai orang-orang munafik.
18) Setiap pasar dikepalai orang-orang jahat dan ahli maksiat.
19) Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
20) Banyak hati manusia yang lupa terhadap Allah.
21) Banyaknya anak dari perzinahan.
22) Banyaknya minuman keras (arak).
23) Perdagangan menjadi banyak dan ramai, ramai kaum wanita (isteri) yang membantu suaminya dalam masalah perdagangan itu.
24) Banyak manusia memutus tali persaudaraan.
25) Pemimpin dan orang-orang yang menerima amanat menganggap sebagai sudah seperti menerima ghanimah (rampasan harta perang).
26) Orang kaya dan pemimpin sudah sama berat mengeluarkan zakat seperti halnya berat membayar tanggungan kerana pembolotan harta.
27) Ramai orang menuntut ilmu tidak kerana agamanya, akan tetapi dengan maksud memperoleh pangkat dan kedudukan.
28) Banyaknya kaum suami yang menuruti kehendak isterinya, berani terhadap ibunya, dekat dengan kawannya tetapi jauh dari ayahnya.
29) Di dalam masjid sama mengeras-ngeraskan suaranya.
30) Banyak orang yang dimuliakan kerana dikhuatirkan keburukannya.
31) Para pembesar dan penguasa sama berbuat zina.
32) Banyaknya pemuda yang menjadi ratu (pondan).
33) Adanya orang yang membunuh saudaranya, tetapi ia tidak tahu apa sebabnya ia membunuh saudaranya itu.
34) Orang-orang yang rendah sama menjadi pangkat.
35) Orang-orang mulia menjadi rendah, yakni tidak menjadi pangkat. Orang mulia di sini adalah orang yang ketika memperoleh kedudukan ia tidak sombong dan tidak lupa terhadap keadaan sebelum memperoleh pangkat dan kedudukan.
36) Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
37) Agama Islam ibarat orang dalam rantauan.
38) Ramai orang kahwin di jalan-jalan.
39) Dua saudara seayah dan seibu sama berselisih dan bertentangan.
40) Orang perang memakai upah.
41) Adanya para wanita menjadi Sultan, yakni memegang kekuasaan.
42) Adanya orang-orang bodoh menjadi pemimpin.
43) Orang besar tidak menyayangi kaum rendahan (rakyat kecil dan sebaliknya).
44) Tujuan hidup setiap orang hanya memikirkan keperluan perutnya tetapi tidak memikirkan agamanya.
45) Wanita (isteri) dijadikan kiblat oleh suami, yakni lelaki (suami) tidak berani mengerjakan sesuatu selama belum minta izin pada isterinya.
46) Dirham & dinar dianggap sebagai agama setiap manusia. Maksudnya, kehidupannya di dunia hanya dipergunakan untuk mencari wang.
47) Orang alim dibunuh sama seperti halnya membunuh anjing.
48) Orang alim sudah tidak ditaati.
49) Orang alim sudah tidak disenangi.
50) Adanya harta pusaka (warisan) tidak dibahagi.
51) Banyaknya orang yang sama mengadu jika barang dagangannya tidak beruntung.
52) Orang kaya sama dimuliakan kerana harta bendanya.
53) Banyaknya terjadi perceraian suami isteri.
54) Banyak terjadi kematian secara mendadak.
55) Banyak lelaki menyerupai kaum wanita, dan banyak kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki.
56) Al-Quran dilagu-lagukan untuk permainan seruling..
57) Pemuda sama naik mimbar.
58) Banyak gerombolan (golongan) tubuhnya tubuh manusia, akan tetapi hatinya adalah hati syaitan (jahat).
59) Banyak terjadi pembunuhan.
60) Meluapnya kaum wanita, sehingga terjadi 50 wanita hanya diduduki seorang lelaki. Maksudnya, seorang lelaki itu mempunyai keluarga wanita banyaknya 50 orang, dari anaknya, saudaranya, cucunya dan lain-lain, yang semuanya dalam tanggungan seorang lelaki.
61) Orang-orang alim (para Ulama’) sama condong terhadap pemerintah lalu menghalalkan barang yang haram, dan mengharamkan barang yang halal seperti lesen arak,dan judi dihalalkan manakala lesen berniaga di tepi jalan diharamkan oleh penguasa tempatan.
62) Banyaknya harta riba dan rasuah wang.
63) Banyak orang gemuk naik mimbar. Maksudnya, ramai orang yang berkhutbah tidak merasa takut terhadap kejadian di Akhirat, mereka sama berpidato dan mempermudahkan nasihat urusan Akhirat.
64) Banyaknya hati yang rosak bagi para manusia (Gelisah)..
65) Banyaknya orang yang bermegah dan meninggikan bangunan rumahnya.
66) Banyak orang yang memperjual belikan hukum (undang-undang yang diadili dengan wang rasuah dan suapan).
67) Banyak orang yang mempermudah masalah talak (perceraian).
68) Banyak orang menjual hukum. Maksudnya, menerima harta kerana perihal agama atau rela mengorbankan agamanya asal tidak korban harta bendanya
. Itulah secara ringkas keterangan mengenai tanda-tanda alamat sughra (kecil) akan datangnya hari Kiamat, yang semestinya masih banyak pula yang belum disebutkan kerana alamat kecil tersebut ada yang telah terjadi dan ada kalanya belum terjadi yang bermula dengan wafatnya Rasullullah SAW sehingga munculnya Imam Mahdi Alaihissalam...

1) Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
2) Orang-orang miskin dan pekerjaannya mengembala kambing tiba-tiba menjadi para pemimpin manusia banyak.
3) Para pengembala yang sama, bermegah-megahan dengan gedung-gedung besar dan tinggi-tinggi.
Berlumba-lumba membina bangunan tinggi;- Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: "Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?" Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: "Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT." Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim";- (Riwayat Ibn Majah).
Perhiasan Rumah Sama Dengan Perhiasan Pakaian;- Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga manusia membangun rumah dan melukisnya sebagai lukisan pakaian;- (Riwayat Bukhari)
Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga manusia bermegah-megah dan berlebih-lebihan dalam urusan masjid;- (Riwayat Abu Dawud).
Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Sahaja;- Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa, percakapan mereka dalam masjid hanyalah mengenai urusan dunia semata. Allah tidak memerlukan mereka. Dan janganlah kamu duduk bersama mereka (pada waktu dalam masjid);- (Riwayat Hakim).
Ahli Ibadah Yang Bodoh Dan Qari Yang Fasik;- Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak, di akhir zaman, akan ada ahli ibadah yang bodoh dan para qari yang fasik;- (Riwayat Ibnu 'Adi).
Golongan yang menjadikan lidahnya sebagai alat untuk mencari makan;- Daripada Sa'ad bin Abi Waqash r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, sebelum muncul suatu golongan yang mencari makan melalui lidah-lidah mereka, seperti sapi yang makan dengan lidah-lidahnya;- (Riwayat Ahmad).
Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa;- Dari Umar bin Tsa’lab r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat, adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Dan pena-pena akan bermunculan yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan;- (Riwayat An-Nasae’i).
Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;-Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. ";-(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Al-Quran Sebagai Alat Propaganda;- Ali bin Thalib r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam, bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya;- (Riwayat Muslim)
Menunjuk-Nunjuk Ketika Berdoa;- Dari Saad r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: " Kelak akan terdapat kaum yang berlebih-lebih (menunjuk-nunjuk) dalam berdoa ";- (Riwayat Ahmad).
Merasa Rendah Dalam Ibadah;- Dari Abu Sa’id Al-Kudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan muncul di antara kamu suatu kaum, kamu merasa rendah dalam melakukan solat dibanding dengan mereka, amal perbuatanmu jika dibandingkan dengan perbuatan mereka dan puasa-mu jika dibanding dengan puasa mereka. Mereka membaca Al-Quran tetapi tidak sampai melalui tenggoroknya. Mereka sebenarnya keluar dari agama bagaikan anak panah yang terlepas dari busurnya, jika di hujung panah dilihat, tidak ada bekas apa-apanya juga di kayunya tidak ada apa-apanya juga di bulunya tidak terdapat apa-apa, tetapi berlumba-lumba dalam senarnya;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Imam Yang Melambatkan Waktu Solat;- Dari Ibnu Ame r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti selepas peninggalanku akan terjadi; para imam mengakhirkan solat dari waktunya. Oleh kerana itu hendaklah kamu mengerjakan solat tepat pada waktunya. Jika kamu datang bersama mereka untuk mengerjakan solat, maka bersolatlah kamu;- (Riwayat Thabrani).
Al-Quran Hanya Tinggal Tulisannya Sahaja;- Dari Ali r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hampir datang suatu zaman, di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan dari Al-Quran hanya tinggal huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid indah dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah yang paling jahat di antaranya yang ada di bawah langit. Dari mereka (ulama) itu akan muncul berbagai-bagai fitnah dan fitnah itu akan kembali ke lingkungan mereka sendiri (umat Islam);- (Riwayat Baihaqi).
Kaum Yang Meminum Ayat-Ayat Al-Quran;- Dari Uqbah bin Amir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul suatu kaum dari umatku. Mereka meminum Al-Quran seperti meminum susu;- (Riwayat Thabran.).
Ulat-ulat Qurra’;- Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada ulat-ulat qurra’ (ahli baca Al-Quran). Barangsiapa yang berada pada masa itu, hendaklah ia berlindung kepada Allah dari mereka;- (Riwayat Abu Nu’aim).
Serbuan Musuh Islam Terhadap Kaum Muslimin;-Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'."
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati";- (Riwayat Abu Daud )
Orang Mukmin Lebih Hina Daripada Haiwan;- Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang atas manusia suatu masa, di mana keadaan orang mukmin pada masa itu lebih hina daripada domba" ;- (Riwayat Ibnu Asakir).
Ulama Yang Merugikan Umat Dan Agama;- Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperoleh keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka;- (Riwayat Ibnu Majah).
Menggadaikan Agama Kerana Dunia;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)";- (Riwayat Tirmidzi).
Empat 4 Macam Golongan Mengerjakan Ibadat Haji:- Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Kelak apabila akhir zaman terdapat empat 4 macam golongan mengerjakan ibadat haji iaitu: 1) Para pemimpin mengerjakan ibadat haji hanya untuk 'makan angin', 2) Terdapat orang kaya pergi haji hanya untuk berniaga, 3) Ramai fakir miskin pergi haji dengan tujuan untuk mengemis, 4) Ahli qira'at (pembaca Al-Quran) mengerjakan ibadat haji hanya untuk mencari nama dan kemegahan.”
Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah;- Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Kelak penduduk Mekkah akan keluar meninggalkan Mekkah; kemudian yang meninggalkan itu tidak akan kembali lagi kecuali hanya sebahagian kecil sahaja. Kemudian yang sedikit itu menjadikan kota itu penuh bangunan. Kemudian mereka keluar lagi dari kota itu dan tidak kembali selamanya ";- (Riwayat Ahmad).
Daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w.bersabda: Kelak akan ada orang-orang dari Umatku (Islam) memakan berbagai macam makanan dan memakai berbagai pakaian, banyak berbicara tanpa difikirkan dahulu apa sebetulnya yang dibicarakan itu, maka itulah seburuk-buruk manusia dari sebahagian Umatku (Islam);- (Riwayat Thabrani dan Abu Nu'aim).
Menyalahgunakan Takdir;- Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: '"Kelak pada akhir zaman ada suatu golongan yang berbuat maksiat kalau ditanya mereka berkata' Allahlah yang mentakdirkan perbuatan itu kami lakukan.' Orang yang menentang pendapat mereka pada zaman itu bagaikan orang yang menghunus pedangnya dalam jihad fisabilillah.”’
4) Ilmu agama sudah tidak dianggap penting lagi.
5) Ilmu agama sudah tidak lagi difahami dan tidak dipelajari para manusia.
Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang;-Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;- "Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." ;- (Riwayat Muslim)
Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi Dan Nasrani;-Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi s.a.w. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka";- (Riwayat Muslim).
Terlepasnya Islam Satu Demi Satu;- Dari Umamah Al-Bahili dari Nabi s.a.w. bersabda: “Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap terlepas salah satu pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk bergantung kepada yang lain. Adapun yang pertama kali terlepas itu adalah persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara solat.”;- (Riwayat Ahmad).
Penyakit Umat-umat Dahulu;-Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi";- (Riwayat Hakim).
Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit;-Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu kami dua 2 buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (menggelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian menggelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya."Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi." "Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat membantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)";- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tahun-tahun yang penuh tipu muslihat;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum;- (Riwayat Ibn Majah)
6) Lahirnya para Dajjal ( tukang dusta ) yang jumlahnya hampir 30 orang semuanya mengaku sebagai utusan Allah (Yang didewa-dewakan)
7) Adanya 2 golongan besar sama berbunuhan, dengan semboyan sama-sama akan menegakkan agama Islam.
Dajjal Sang Pendusta;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum dimunculkan para dajjal sang pendusta, yang jumlahnya hampir mendekati tiga puluhan 30an, di mana masing-masing mengaku; bahawa dirinya adalah Rasul Allah.”;- (Riwayat Muslim).
Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : “Akan keluar dajjal dan khazzab di kalangan umatku. Mereka akan berkata sesuatu yang baru di mana kamu dan bapa-bapa kamu belum pernah mendengarnya. Awasilah mereka dan jagalah diri kamu daripada disesatkan oleh mereka.””;- [Musnad Ahmad, 20/349].
Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan tiba sehingga muncul 30 dajjal, semua mengaku sebagai utusan Allah, harta bertambah, berlaku huru-hara dan al-Harj berleluasa.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah harj?” Baginda bersabda, “ Bunuh-membunuh.””;- [Musnad Ahmad, 2/457].
Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, :“Qiamat tidak akan tiba selagi belum muncul 30 dajjal, semua berbohong mengenai Allah dan RasulNya.””;- [Musnad Ahmad, 2/450].
Ibn Umar r.a. berkata, “Daku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, :“Di kalangan umat ku akan ada 70 Penyeru, yang mengajak manusia kepada neraka jahannam. Daku boleh beritahu nama mereka dan kaum mereka jika daku mahu.”
Golongan Pendusta Di Bidang Hadith;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan ada di antara generasi akhir dari umatku orang-orang yang meriwayatkan kepada kamu hadis yang belum pernah – juga bapa-bapa kamu - mendengarnya. Untuk itu, hindarilah mereka.”;- (Riwayat Muslim).
Orang yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam;- Daripada Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada di akhir zaman nanti orang-orang yang mengecat rambut mereka dengan warna hitam, seperti tembolok burung merpati, dan mereka tidak akan mencium baunya syurga;- (Riwayat Abu Dawud)
Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah laki-laki menyerupai wanita dan wanita menyerupai laki-laki;- (Riwayat Abu Nu'aim).
Daripada Abu Dzar r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).
Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah Banyak;-Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik";- (Riwayat Thabrani).
Ulama Tidak Dipedulikan;-Daripada Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).";- (Riwayat Ahmad).
8) Ilmu agama dicabut ( banyaknya A’lim Ulama’ yang meninggal dunia ).
Ketiadaan Imam Untuk Sembahyang Berjemaah;-Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam";- (Riwayat Ibnu Majah).
Zaman Kekeliruan;- Anas ibn Malik berkata, “Nabi s.a.w. bersabda:Zaman Dajjal adalah zaman kekeliruan. Manusia akan percaya pendusta dan tidak percaya orang yang berkata benar. Manusia tidak percaya orang yang amanah dan mempercayai orang yang khianat. Dan Ruwaibidhah akan diberi perhatian.” Sahabat bertanya “Siapakah Ruwaibidhah itu?” Sabda Baginda, “Orang-orang yang menentang Allah yang diberi penghargaan untuk berucap kepada masyarakat.”;- [Musnad Ahmad, 3/220].
Akibat Berhenti Menyeru Kebaikan Dan Mencegah Kemungkaran;- Anas ibn Malik r.a. berkata, “Ditanya kepada Nabi s.a.w, “Ya Rasulullah, (apa akibat) apabila kami berhenti menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran?” Nabi s.a.w. bersabda: “Apa yang telah berlaku kepada Bani Israel, akan berlaku kepada kamu. Apabila zina berleluasa di kalangan pemimpin kamu, ilmu pada urusan orang yang terendah di kalangan kamu dan kuasa dimiliki oleh orang yang rosak di kalangan kamu.””;- [Riwayat Ibnu Majah, juga Kitab al-Fitan (Hadith 4015), 2/1331; Musnad Ahmad 3/187.].
Manusia Yang Berhati Syaitan;- Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala yang buas, tidak ada sedikit pun di hati mereka belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak pernah berhenti dari melakukan kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi apabila kamu menghindar dari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan kamu, maka mereka akan membohongi kamu.Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, maka mereka akan mengkhianati kepercayaan yang kamu berikan. Anak kecil mereka bodoh, pemuda mereka licik, sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membanggakan diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang sopan-santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh, orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasik menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka menjadi bidaah, sedangkan bidaah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itulah mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”;- (Riwayat Thabrani).
Hilangnya Amanat Dan Munculnya Orang-Orang Gemuk;- Dari Zahdam bin Mudlorrib r.a. mendengar Imron bin Khushoin berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang hidup pada masaku, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka." Imron berkata: "Aku tidak mengerti; Apakah Rasulullah s.a.w. berkata tentang peristiwa-peristiwa selepas zamannya, dua kali atau tiga kali (generasi)?" Kemudian sabda Rasulullah: “ Sesudah mereka ada suatu kaum yang berhak menjadi saksi tapi diminta kesaksiannya (tidak dijadikan sebagai saksi), mereka berkhianat dan tidak dapat dipercaya, mereka bernazar (berjanji) tidak menepatinya. Dan kalau sudah terjadi demikian muncullah orang-orang gemuk di antara mereka” ;- (Riwayat Muslim).
Dilema Antara Berbuat Maksiat Dan Meninggalkannya;- Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: " Kelak akan datang atas umatku; suatu masa di mana seseorang dihadapkan pada dua pilihan antara kelemahan dan kemaksiatan (kejahatan, kecabulan, pengkhianatan dan sebagainya). Barangsiapa mendapati (berada) pada masa itu, hendaklah ia memilih kelemahan dan meninggalkan kecabulan (penyelewengan) ";- (Riwayat Hakim).
Orang yang rosak akhlak;- Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Dunia ini tidak akan Qiamat selagi orang yang paling seronok ialah orang yang rosak akhlak anak kepada orang yang rosak akhlak.”;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/358.].
Golongan Anti Hadith;-Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". Kemudian Nabi s.a.w. melanjutkan sabdanya: "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.";- (Riwayat Abu Daud)
Munculnya Golongan Yang Engkar Pada As-sunnah;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu kaum yang mematikan (menolak untuk menggunakan dasar) as-sunnah dan menyangkal tentang agama. Maka atas merekalah laknat Allah, laknat orang-orang yang melaknat, laknat Malaikat serta laknat semua manusia;- (Riwayat Ad Dailami).
Pemimpin Yang Diktator;- Dari Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya di kalangan kamu nanti akan tertanam kemahuan besar kedudukan (politik) dalam kerajaan. Sesungguhnya yang demikian itu akan menjadikan kamu menyesal dan susah pada Hari Kiamat; Sebaik-baik ibu adalah yang mahu menyusui anak (ertinya sebaik-baik pemimpin adalah yang memperhatikan kepentingan rakyat), dan seburuk-buruk ibu adalah ibu yang tidak mahu menyusui anaknya (ertinya seburuk-buruk pemimpin adalah pemimpin yang tidak memperhatikan kepentingan rakyat);- (Riwayat Bukhari dan Nasae’i).
Pemimpin Yang Menipu Rakyat;- Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Turmidzi, Nasae’i dan Hakim).
Iman Yang Semakin Lemah;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dahulukanlah amal soleh di mana pada waktu itu akan terjadi huru-hara dahsyat bagaikan malam yang gelap gelita, seseorang pada pagi harinya beriman lalu pada petang harinya menjadi kafir, atau petang harinya kafir, lalu pagi harinya menjadi mukmin. Ia menjual agamanya dengan keduniaan" ;- (Riwayat Muslim).
Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak akan terjadi suatu fitnah, yang keadaan mukmin sedang petang harinya menjadi kafir, kecuali orang yang Allah dihidupkan dengan ilmu yang manfaat" ;- (Riwayat Ahmad dan Thabrani).
Pemimpin Yang Menyembunyikan Hak Rakyat;- Dari Ubadah bin Shamit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesudahku nanti ada pemimpin-pemimpin yang menguasai urusanmu. Mereka mengetahui urusanmu, sedangkan kamu sendiri tidak mengetahuinya. Mereka menyembunyikan atasmu sesuatu yang menjadi hakmu sedang kamu mengetahuinya. Barangsiapa yang menemui kejadian seperti itu, maka janganlah mentaati orang yang berbuat durhaka kepada Allah Azza Wa jalla;- (Riwayat Thabrani dan Hakim).
Pemimpin Yang Membuat Kerosakan;- Ibnu Mas’ud r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Nanti kamu sekalian akan dikuasai para pemimpin yang selalu membuat kerosakan, dan Allah tidak akan memberikan perbaikan/pertolongan kepada mereka. Barangsiapa di antara mereka taat kepada Allah, maka bagi mereka akan mendapat pahala dan kamu harus bersyukur. Dan barangsiapa di antara mereka yang membuat maksiat kepada Allah, maka mereka akan mendapat dosa dan kamu harus bersikap sabar;- (Riwayat Thabrani).
Ramai Pemimpin Tetapi Tidak Dapat Menjamin Ketenteraman;- Dari Abdurrahman Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat adalah banyaknya bacaan (ramai yang pandai membaca) dan sedikit di antara mereka yang mengerti agama, banyak umara’ (pemimpin) tetapi ketenteraman berkurang;- (Riwayat Thabrani).
Pemimpin Yang Diingkari Rakyat;- Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan ada pemimpin yang kamu mengenalnya, tetapi kamu mengingkari (perbuatan)nya. Barangsiapa yang menentang mereka (tidak mengikuti dan tidak mendukung perbuatannya), mereka akan selamat. Barangsiapa yang menjauhi mereka, ia akan aman sentosa, barangsiapa yang bergaul (mendukung) dengannya, maka ia akan binasa;- (Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Thabrani).
Dari Ummi Salmah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Nanti akan ada penguasa; Kamu sekalian mengenalnya, tetapi kamu mengingkarinya. Barangsiapa yang membencinya, maka ia akan bebas; barangsiapa yang mengingkarinya dia akan selamat, tetapi mereka ada juga pengikutnya;- (Riwayat Muslim dan abu Daud).
Umat Islam akan tertimpa penyakit orang kafir;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Umatku (Islam) nanti akan ditimpa penyakit masyarakat; iaitu: berupa kejahatan, kebencian, kesombongan, bermegah-megahan, perselisihan dalam hal dunia, saling benci-membenci dan saling hasut-menghasut, sehingga terjadilah kerosakan (kehancuran perpaduan umat);- (Riwayat Hakim).
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya sebahagian tanda-tanda dekatnya hari kiamat adalah hilangnya kemanfaatan ilmu, makin ketara kebodohan, diminumnya khamar (arak), meluasnya perzinaan dengan terang-terangan, banyaknya wanita dan sedikitnya lelaki sehingga lima puluh 50 wanita mempunyai satu pelindung lelaki;- (Riwayat Bukhari).
Zaman Di Mana Halal Dan Haram Dianggap Sama Oleh Manusia;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa, di mana kala itu seseorang tidak lagi memperdulikan dari mana ia memperolehi hartanya, apakah dari yang halal atau haram;- (Riwayat An Nasa'i).
9) Tersebarnya perzinahan kerana memperolehi izin rasmi untuk mendirikan tempat pelacuran/perzinahan dari setiap pemerintah yang bersangkutan.
10) Segala minuman keras seperti khamr (arak) sama diminum dengan berleluasa dan bebas, peminumnya sudah tidak lagi mengenal dosa, bahkan sebagai kebanggaan.
Dikatakan manusia halalnya riba, arak, perzinaan, pakaian dari sutera dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik);-
Sabda Rasulullah s.a.w: Nanti pada akhir zaman akan terjadi gempa bumi dan penyakit kolera dan perubahan-perubahan ini terjadi apabila muzik-muzik, biduanita-biduanita telah maharajalela dalam kehidupan umat manusia dan minuman keras (arak) telah dihalalkan;- (Riwayat Thabrani).
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya nanti akan benar-benar terjadi; akan ada suatu kaum dari Umatku (Islam) yang mengatakan halalnya perzinaan, pakaian sutera, arak dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik);- (Riwayat Thabrani)
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sungguh akan ada beberapa orang dari umatku yang meminum khomer (arak), mereka namakan dengan nama lain. Kepala mereka itu dilalaikan dengan bunyi-bunyian (muzik) serta nyanyian, lalu Allah tenggelamkan mereka ke dalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi;- (Riwayat Ibnu Majah).
Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada dari umat ini suatu kaum yang tingkah lakunya akan jadi seperti kera dan babi. Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Tidakkah mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah?" Rasulullah menjawab: "Betul, mereka juga berpuasa, sembahyang dan haji." Mereka bertanya lagi: "Lalu mengapa keadaan mereka menjadi begitu?" Rasulullah menjawab: "Mereka mengadakan nyanyian-nyanyian, menabuh gendang disertai para biduanita dan penari, lalu pada malam harinya mereka mengadakan pesta minum-minuman dan bermain-main maka pada pagi harinya mereka berubah menjadi tingkah lakunya seperti kera dan babi. Dan sungguh akan ada seorang yang pergi berbelanja ke kedai atas suruhan temannya, setelah ia kembali kepadanya, lalu ia berubah tingkah lakunya seperti menjadi kera dan babi";- (Riwayat Ibnu Abi Dunia).
Ditimpa tanah runtuh dan berbagai bala bencana;- Dilaporkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Demi Dia yang mengutuskan daku dengan kebenaran, bumi ini tidak akan hancur sehingga penghuninya ditimpa tanah runtuh, ditimpa hujan batu dan berubah menjadi binatang.” Orang bertanya, “Bilakah terjadi demikian wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Apabila kamu melihat wanita menunggang di atas pelana, penyanyi berleluasa, saksi-saksi memberi keterangan palsu menjadi kebiasaan dan lelaki meniduri lelaki dan wanita meniduri wanita.”;- [al-Haithami, Kitab al-Fitan].
Dua 2 Golongan Yang Akan Menjadi Penghuni Neraka;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya";- (Riwayat Muslim).
11) Jumlah orang lelaki lebih sedikit kerana sedikitnya bayi lelaki yang lahir, dan ramai kaum lelaki yang sama, mati/meninggal dunia.
Daripada Abdillah ia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat kelak, hanya akan diberikan salam kepada orang-orang tertentu. Juga akan marak kegiatan perdagangan, sehingga isteri-isteri pun ikut terlibat membantu suaminya dalam berdagang. Dan juga akan terjadi pemutusan hubungan persaudaraan;- (Riwayat Ahmad).
Perdagangan, perniagaan, terputusnya persaudaraan, saksi palsu, tersebar luasnya tulisan-tulisan;- Thariq ibn Shibab berkata, “Kami sedang duduk bersama Abdullah ibn Mas’ud apabila datang seorang lelaki memberitahu waktu solat sudah tiba. Maka kami pun bangun dan menuju ke masjid. Selesai solat, tampil seorang lelaki kepada Abdullah ibn Mas’ud dan berkata, “As-salamu’alaika wahai Abu Abdur Rahman.” Jawab beliau, “Allah dan RasulNya telah berkata benar.” Semasa pulang kami bertanya sesama sendiri, “Kamu dengarkah apa jawapan beliau? Siapakah yang akan tanya beliau mengenainya?” Daku berkata, “Biar saya yang tanya beliau, lalu daku pun bertanya beliau sebaik sahaja beliau keluar. Beliau meriwayatkan dari Baginda s.a.w, : “Sebelum Qiamat tiba, terdapat satu ucapan khusus untuk orang kenamaan; perdagangan tersebar luas sehingga wanita akan turut suaminya dalam perniagaan; perhubungan keluarga akan putus; saksi palsu berleluasa sedang saksi benar akan sukar ditemui dan tulisan tersebar luas.”;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 1/407].
Bahaya Kemewahan;-Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah s.a.w.melihat kepadanya baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi s.a.w. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu";- (Riwayat Tirmidzi).
Penyelewengan, Maksiat dan Penghindarannya;- Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan datang atas manusia, suatu masa, yang mereka tidak sanggup lagi mencari penghasilan kecuali dengan jalan maksiat (antara lain penyelewengan), sehingga orang berani berdusta dan bersumpah, maka apabila masa itu sudah terjadi (timbul), hendaklah kamu lari menghindari perbuatan itu." Baginda ditanya: "Ya, rasulullah! Ketempat mana kita akan lari menghindar?" Baginda menjawab: "Kepada Allah: Kepada Kitab-Nya dan kepada sunnah Nabi-Nya";- (Riwayat Ad Dailami).
"Akan datang suatu masa kepada manusia, di mana orang tidak lagi mempedulikan apa yang diperolehnya apakah itu usaha yang halal atau yang haram";- (Riwayat Nasae'i).
Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan datang kepada manusia suatu zaman, yang tidak peduli lagi seseorang di zaman itu dari mana harta diambil, (apakah yang diambilnya itu halal atau haram)";- (Riwayat Nasae'i).
Maraknya Rasuah;- Mu'az bin Jabal berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Ambillah pemberian, selama itu berbentuk sebuah pemberian. Sedangkan jika telah menjadi bentuk suap, maka dalam agama, janganlah kamu mengambilnya. Tidaklah keengganan kamu meninggalkannya lalu mencegah kamu dari kemiskinan dan keperluan hidup. Ingat, lingkaran Islam selalu berputar, maka berputarlah bersama Al-Quran ke mana pun ia mengarah. Ingat, Al-Quran dengan penguasa akan berbeza arah. Maka dari itu, janganlah kamu memisahkan diri dari Al-Quran. Ingat, kelak akan berkuasa atas kamu pemimpin-pemimpin yang akan memutuskan untuk diri mereka sesuatu yang tidak diputuskan untuk kamu. Jika kamu membangkang kepada mereka, maka sudah tentu mereka akan membunuh kamu. Akan tetapi, apabila kamu mematuhinya, maka mereka pasti akan menyesatkan kamu. Para sahabat bertanya: "Apa yang harus kami lakukan pada waktu seperti itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Lakukanlah seperti yang dilakukan oleh para pengikut Isa bin Maryam, di mana mereka menyebar dengan membawa gergaji, lalu memikul kayu. Kerana, mati dalam ketaatan kepada Allah jauh lebih baik daripada hidup dalam keadaan bermaksiat kepadaNya";- (Riwayat Tabrani).
Maraknya praktik riba;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, di mana tidak tersisa dari mereka seorang pun kecuali menjadi pemakan riba. Dan barangsiapa yang tidak mahu memakannya, maka pasti ia akan terkena oleh debunya;- (Riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang suatu masa, di mana manusia menganggap halal riba dengan nama jual beli;- (Riwayat Ibnul Qayyim).
12) Meluapnya jumlah kaum wanita melebihi kaum lelaki dengan perbandingan 50 berbanding seorang lelaki.
13) Banyak terjadi gempa bumi.
Keluarnya Sumber kekayaan dan perang di Timur Tengah (Iraq).
Munculnya Galian-galian Bumi;-Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi s.a.w. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat";- (Riwayat Baihaqi).
Rakus Terhadap Hal Dunia;- Sabda Rasulullah s.a.w.: (Jika) Hari Kiamat telah hampir terjadi; tidak bertambah manusia kecuali loba (rakus akan harta benda), dan mereka tidak bertambah dekat kepada Allah, kecuali akan menambah jauh dari Allah ( dari ajaran agama);- (Riwayat Thabrani)
Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila akhir zaman, adalah kekuatan agama manusia terletak pada dinar dan dirham (harta);- (Riwayat Turmidzi)
Ramai Orang Kaya Tinggal Di Lereng Gunung;- Rasulullah s.a.w bersabda: Sungguh akan ada beberapa kaum yang bertempat tinggal di dekat (lereng) gunung, lalu orang-orang fakir datang kepada mereka untuk sesuatu keperluannya, kemudian mereka berkata: “Kembalilah kepada kami esok.” Kemudian Allah menyatukan gunung itu atas mereka;- (Riwayat Bukhari).
Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut Kekayaan;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan 99 daripada seratus 100 orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata: "Mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu";- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tentera Yang Kejam;- Dari Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Kelak pada akhir zaman akan ada angkatan tentera sejak pagi-pagi dalam kemurkaan Allah, dan waktu petang juga dalam kemurkaan Allah. Oleh kerana itu waspadalah kamu sekalian! Jangan sampai kamu sekalian dijadikan perisai buat mereka;- (Riwayat Thabrani).
14) Zaman sudah dekat-mendekati.
Masa berlalu bagaikan kobaran api;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadi kiamat,hingga waktu terasa saling berdekatan. Satu tahun seperti satu bulan dan satu bulan laksana satu minggu. Satu minggu bagaikan satu hari, dan satu hari ibarat satu jam, serta satu jam laksana kobaran api (cepat sekali berlalu);- (Riwayat Tirmidzi).
15) Banyak terjadi perkara fitnah-menfitnah.
Fitnah bagaikan malam yang gelap-gelita;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat berbagai macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu seseorang menjadi Mukmin di pagi hari, berbalik menjadi kafir memasuki petang hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari, berbalik menjadi kafir memasuki pagi hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan harta benda duniawi;- (Riwayat Tirmidzi).
16) Banyaknya haraj, yakni bunuh-membunuh (Pembunuhan bermaharajalela dalam masyarakat kesan dari jahiliyah moden).
Pembunuhan demi pembunuhan;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, hingga munculnya banyak kekacauan. Lalu para sahabat bertanya: Apa yang dimaksud 'harj' (kekacauan) itu, wahai Rasulullah? Nabi s.a.w. menjawab: Pembunuhan demi pembunuhan;- (Riwayat Muslim).
17) Banyaknya harta bagi setiap orang, sehingga menjadi bingung untuk membelanjakannya.
18) Ramai orang yang bermegahan dalam gedung-gedung besar.
Binatang buas dan benda-benda padat berbicara;- Daripada Abu Said al Khudri r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Demi Dzat yang telah menciptakan diriku dengan kekuasaan-Nya, tidak akan terjadi Hari Kiamat sebelum binatang-binatang buas berbicara dengan manusia. Sebelum seseorang diajak berbicara oleh hujung serta tali-tali seliparnya. Dan pahanya akan mengkhabarkan kepadanya tentang apa yang dilakukan oleh isterinya sesudahnya;- (Riwayat Tirmidzi)
Bagaikan Menggenggam Bara Api;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia suatu masa di mana orang yang berpegang kepada agamanya bagaikan orang yang menggenggam bara api;- (Riwayat Tirmidzi)
Punca Kebinasaan Seseorang;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah s.w.t. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah s.a.w., apakah maksud perkataan engkau itu ? (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya?)". Nabi s.a.w. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya di jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya";- (Riwayat Baihaqi)
Bencana Yang Akan Menimpa Umat Islam Di Akhir Zaman;- Abdullah ibn Umar berkata, Rasulullah s.a.w. telah menghampiri kami lalu bersabda: “Wahai Muhajirin, kamu akan ditimpa 5 bencana; semoga Allah tidak mengizinkan kamu hidup untuk menyaksikannya: (1) Apabila zina berleluasa, ketahuilah bahawa ia tidak berlaku tanpa ditimpa penyakit-penyakit baru yang tidak pernah diketahui/dialami oleh manusia sebelumnya. (2) Apabila manusia menipu dalam timbangan, ia tidak berlaku tanpa ditimpa kemarau dan kebuluran ke atas orang ramai serta ditindas oleh pemerintah mereka. (3) Apabila manusia tidak memberi zakat, ketahuilah bahawa hujan akan tertahan ke atas mereka. (4) Apabila manusia memutuskan perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, ketahuilah bahawa Allah akan menghantar musuh kepada mereka untuk merampas kepunyaan mereka. (5) Apabila pemerintah mereka tidak memerintah mengikut Kitabullah, ketahuilah bahawa Allah SWT akan pecah-belahkan mereka dan menjadikan mereka berbalahan sesama mereka.”;- (Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4019), 2/ 1332).
Lima belas 15 perkara yang akan mendatangkan azab;- Ali ibn Abi Talib r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila umatku melakukan lima belas 15 perkara, maka azab akan menimpa mereka.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah ia, ya Rasulullah?” Sabda baginda;-
(1) Apabila harta umat (Negara) dibolot hanya golongan kaya.
(2) Amanah dijadikan jalan mencari keuntungan.
(3) Zakat menjadi beban.
(4) Lelaki menta’ati isterinya dan mendurhakai ibunya.
(5) Berlaku baik kepada kawan sedangkan berkasar kepada bapanya.
(6) Suara-suara meninggi di masjid-masjid.
(7) Pemimpin adalah orang yang paling jahat di kalangan mereka.
(8) Seorang lelaki dihormati kerana ditakuti akan kejahatannya.
(9) Khamar (arak) diminum berleluasa.
(10) Orang lelaki, merata-rata memakai sutera.
(11) Penyanyi wanita dan alat-alat bunyian (muzik) dipuja-puja.
(12) Umat yang datang akhir menghina umat awalku (Umat di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w).
Maka waktu itu hendaklah mereka tunggu kedatangan angin merah atau mereka ditelan oleh bumi atau diubah kepada rupa haiwan.”
;-(Riwayat Tirmidzi, Abwab al-Fitan (Hadith 308), 6/4620-458).
19) Orang berjalan lewat kubur sambil berkata “ Alangkah baiknya jika aku sahaja yang mengambil tempatnya “ kerana kecewa dengan kehidupan dunia. yang penuh huru-hara.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, :“Qiamat tidak akan tiba sehingga seorang akan melalui suatu pusara dan berkata, “Alangkah baiknya jika daku yang berada di tempatnya.”;- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan, 9/73].
Mengharapkan Kematian Kerana Beratnya Beban Kehidupan;- Dari Abu Hurairah katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah yang diriku di tangan-Nya, tidaklah dunia akan lenyap sehingga (datang keadaan di mana) seseorang melewati kubur, lalu ia berhenti di atasnya seraya berkata, “Alangkah baiknya kalau aku menempati tempat penghuni kubur ini.” Dan bukanlah Ad-Din (agama) yang mendorongnya berangan-angan seperti ini, melainkan bala ‘ (ujian bencana, fitnah dan penderitaan hidup).”;- (Sahih Muslim 18.34)
Kelebihan Ibadat Di saat-saat Huru-hara;-Daripada Ma’qil bin Yasar r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku";-(Riwayat Muslim).
Tiga Perkara Yang Semakin Mulia & Sukar;- Khudzaifah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak akan datang kepadamu suatu masa, yang pada masa itu tidak ada yang lebih baik (mulia) daripada tiga 3 perkara: Dirham (wang) yang halal, saudara yang menjadikan tenteram dengannya dan sunnah yang dikerjakannya.”;- (Riwayat Thabrani).
Percaya Pada Mimpi;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Jika zaman telah mendekati hari kiamat, maka mimpi seseorang hampir tidak dusta (apa yang dimimpikan terjadi dalam kenyataan), sedang mimpi orang mukmin adalah sebahagian dari seperempat puluh enam 1/46 dari kenabian”;- (Muttafaq Alaih).
Golongan Yang Selamat;-Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu 71 golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh 70 lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua 72 golongan, maka tujuh puluh satu 71 golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua 72 lagi akan masuk neraka." Sahabat bertanya: "Mana yang selamat?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mereka adalah jamaah.” (Golongan Ahlus Sunnah Wal-Jamaah);- (Riwayat Ibnu Majah).
Keinginan Melihat Rasulullah s.a.w.;- Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda: " Sesungguhnya akan datang suatu masa, di mana seseorang ingin (dapat) melihat aku, maka itu dianggap lebih untung baginya daripada mendapat (seperti) keluarga dan hartanya ";- (Muttafaq Alaih)
Islam akan dianggap asing;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Bermula (datangnya) Islam ini dalam keadaan aneh (asing), dan akan kembali menjadi aneh, sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang dianggap asing itu;- (Riwayat Muslim).
Islam akan menjadi terasing lagi:- Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Islam itu pada mulanya asing (tidak dikenal) dan kelak akan kembali asing lagi, maka berbahagialah orang yang asing; iaitu mereka yang memperbaiki apa yang dirosak manusia dari sunnahku pada masa setelah aku tiada nanti;- (Riwayat Turmidzi)
Berhimpunnya iman ke Madinah;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya keimanan akan kembali menghimpun ke Madinah, ibarat ular yang kembali menghimpun di dalam liangnya;- (Riwayat Bukhari).
Mengenai Madinah;- Abu Hurairah r.a. berkata, “Mengenai Madinah, Nabi s.a.w. mengatakan: Bahawa samada wabak (penyakit) atau Dajjal, tidak akan dapat memasukinya.”;- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan 9/76].
Tanah Arab akan menghijau dan dialiri sungai-sungai;- Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak terjadi kiamat, sebelum jazirah Arab kembali menjadi padang rumput dan dialiri oleh sungai-sungai;- (Riwayat Ahmad).
Takwa Dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman;-Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.";- (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Berbagai Keajaiban Yang Tidak Diduga;- Samurad bin Jundad r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga nampak berbagai peristiwa besar yang tidak pernah kamu saksikan sebelumnya;- (Riwayat Nu’aim)
Berbagai Peristiwa Besar;- Dari Samurah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebelum Hari Kiamat terjadi (tiba), kamu akan lihat berbagai peristiwa besar. Ketika kamu engkar dan berkata: Apakah kita pernah membincangkan peristiwa ini? Maka apabila kamu melihat peristiwa itu, ingatlah akan Allah Ta’ala dan ketahuilah bahawa peristiwa itu adalah awal dari Hari Kiamat;- (Riwayat Thabrani dan Al-Bazzar).
Tentera al-Harith ibn Harran;- Ali r.a berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Dari negeri di balik sungai (Wara-un-Nahr) akan keluar seorang lelaki bernama al-Harith ibn Harran bersama tenteranya yang dipimpin oleh seorang bernama Mansur. Beliau akan membuka watan (atau kediaman) bagi keluarga Muhammad sebagaimana kaum Quraish mendirikan watan bagi Rasulullah s.a.w. Setiap orang Mukmin wajib membantunya atau menyahut seruannya.”;- [ Riwayat Abu daud, Kitab al-Mahdi].
Abdullah ibn Harith ibn Juz’ al-Zubaidi berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Akan keluar manusia dari arah Timur yang akan membuka jalan (membantu al-Mahdi).”;- [ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 3088) ].
Abdullah r.a. berkata, ”Ketika kami bersama Baginda s.a.w, beberapa pemuda dari Banu Hashim datang kepada kami. Apabila Baginda melihat mereka, mengalir air mata Baginda dan berubah wajahnya. Melihat demikian kami amat terharu.” Baginda bersabda;“ Kami adalah keluarga yang Allah pilih akhirat daripada dunia. Ahlul bait akan diuji selepas kewafatanku dan akan dianiaya sehingga datang pembawa panji-panji hitam dari timur, yang menyeru manusia membuat kebaikan tetapi ditentang. Mereka akan diperangi dan mencapai kemenangan sehingga manusia tunduk tetapi mereka enggan menerima pemerintahan lalu mereka menyerahkan kuasa kepada seorang dari ahli baitku. Kemudian bumi akan dipenuhi keadilan sebagaimana ia dipenuhi kezaliman sebelumnya. Jika ada di antara kamu yang hidup untuk menyaksikan peristiwa ini, hendaklah kamu pergi kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji.”;- [ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4082)].
Ummu Salamah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda s.a.w. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].
Thauban r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda:Akan berbunuhan tiga 3 orang, merebut khazanah kamu (khazanah di Ka’bah). Mereka semua adalah anak khalifah dan tidak seorang pun yang berjaya menguasai khazanah itu. Kemudian akan keluar panji-panji hitam dari timur dan akan membunuh mereka.” Baginda kemudian bersabda sesuatu yang daku tidak ingat, dan “Jika kamu menemui beliau, pergi dan berbai’ah kepadanya walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji kerana beliau adalah Al-Mahdi, Khalifah Allah.”;- [ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4084)].
20) Keluarnya Imam Mahdi Alaihissalam memerintah dunia secara aman dan adil selama 7 tahun sebelum Matahari Terbit Dari Barat, memperbetulkan iman dan kacau-bilau yang berlaku dengan membawa cara kehidupan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dan fitrah Islam yang sebenar.
Keluarnya Imam Mahdi Alaihissalam;-
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dunia tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunanku ) yang namanya sama denganku";- (Riwayat Tirmidzi).
Sesungguhnya Imam Mahdi itu akan keluar di akhir zaman, namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah;- (Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi)
Imam Mahdi itu termasuk dalam lingkungan ahli kerabat atau keluarga Rasulullah s.a.w. yakni dari puteri baginda yang bernama Fatimah;- (Riwayat Abu Daud Dan Hakim).
Al Mahdi itu dilahirkan dari keturunan Ahlul Bait (keturunan Siti Fatimah r.a.) yang telah disempurnakan oleh Allah akan segala kebaikannya pada satu malam sahaja.”;- (Riwayat Imam Ahmad).
Ummu Salamah r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Al-Mahdi adalah keturunanku dari anak-cucu Fatimah r.a.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab al-Mahdi].
Imam Mahdi itu menyerupai Rasulullah s.a.w. dalam hal budi pekertinya, tetapi tidak menyamai dalam bentuk rupa atau bentuk tubuhnya, yakni tidak serupa perihal sifat-sifat badaniyahnya;- (Riwayat Abu Daud).
Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: Al-Mahdi adalah keturunanku, dahinya luas dan hidungnya panjang. Beliau akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kebaikan sebagaimana (sebelum itu) ia telah dipenuhi kezaliman serta penindasan dan beliau akan memerintah selama 7 tahun.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab al-Mahdi]
Imam Mahdi itu lebar dahinya, mancung hidungnya, seluruh isi bumi dipenuhi olehnya dengan kejujuran dan keadilan, sebagaimana yang sebelum itu penuh dengan kezaliman dan penganiyaan. Imam Mahdi menegakkan Syari'at Islam serta menghidupkan apa-apa yang sudah tercicir dari sunnah Rasulullah s.a.w. Sejak itu, Islam berjaya dan luhur ajarannya, sehingga dapatlah ditetapkan pemerintahnya di atas bumi;- (Riwayat Abu Daud).
Imam Mahdi dikurniai ketetapan kuasa dan di masa pemerintahannya amat luaslah rezeki umat, kerana memang betul-betul berlaku adil dan banyak pula harta yang diberikan. Ia menyebar-nyebarkan harta itu dengan merata, tanpa menghitung jumlah sama sekali;- (Riwayat Imam Muslim).
Dan ia (Imam Mahdi) menetap selama tujuh 7 tahun;- (Riwayat Abu Daud).
Golongan Yang Sentiasa Menang;-Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya";- (Riwayat Bukhari).
Menentang kaum memakai kasut dari bulu;-Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan tiba hari kiamat, sehingga kamu sekelian (Umat Islam) memerangi suatu kaum yang kasutnya dibuat dari bulu. Dan tidak akan tiba hari kiamat sehingga kamu memerangi kaum yang wajahnya bagaikan perisai yang diratakan;- (Muttafaq Alaih)
Peperangan Dengan Romawi;- Dhu Mukhammar berkata, bersabda Nabi s.a.w:Kamu akan berdamai dengan kaum Romawi dan bersama mereka, kamu akan menakluki musuh di hujung Rom. Kamu akan menang dan memiliki banyak harta rampasan. Lalu kamu akan berkhemah di suatu padang rumput luas yang berbukit-bukau. Seorang dari tentera Romawi akan mengangkat salibnya dan melaung, “Kemenangan kepada salib!” lalu dibunuh oleh seorang dari tentera Islam. Maka kaum Romawi mengkhianati perjanjiannya dan berlaku peperangan. Mereka akan menghimpunkan tentera menentang kamu dengan lapan puluh 80 panji yang setiapnya diiringi oleh 10,000 tentera.”;- [ Musnad Ahmad, 9104; {Riwayat Abu Daud, Kitab al-Malahim, (Hadith 4271) ,11/397/399} ;{ Riwayat Ibn Majah, Kitab al-Fitan (Hadith 4089), 2/1369} ].
Kaum Muslimin Menghantar Satu Pasukan Perang Berani Mati;- Yusair ibn Jabir berkata, “Suatu ketika berlaku ribut merah di Kufah. Ada seorang bertanya, “Wahai Abdullah ibn Mas’ud, adakah Qiamat telah tiba?” Abdullah r.a yang sedang duduk bersandar berkata, “Qiamat tidak akan tiba selagi manusia tidak membahagikan harta pusaka atau tidak gembira dengan harta rampasan.” Sambil menunjuk ke arah Syam beliau berkata, “Musuh akan menghimpun tentera untuk menyerang kaum Muslimin dan berhimpun pula untuk menentang mereka.” Daku bertanya, “Adakah maksud kamu, Kaum Romawi?” Beliau berkata, “Ya! Waktu itu berlaku peperangan yang dahsyat. Kaum Muslimin akan menghantar satu pasukan berani mati. Mereka tidak akan kembali selagi tidak mencapai kemenangan. Mereka akan berjuang sehingga dihalangi oleh malam. Ramai yang terbunuh di kedua-dua belah pihak dan kedua-duanya kembali tanpa kemenangan. Pada hari ke-empat, kaum Muslimin yang masih tinggal akan meneruskan perjuangan dan Allah SWT akan menghancurkan musuh. Peperangan berlaku adalah yang belum pernah dilihat ngerinya sehingga seekor burung yang terbang di atas (tempat) mereka akan jatuh mati sebelum tiba di hujung medan. Daripada satu 1 keluarga seratus 100 orang hanya seorang yang hidup, maka bagaimana ia akan gembira dengan harta rampasan itu atau dapat membahagikan harta pusaka? Sedang mereka dalam keadaan begitu, maka terdengar pula satu berita yang lebih dahsyat lagi. Satu seruan berteriak, “Dajjal telah keluar pada keluarga kamu.” Maka bergegas kaum Muslimin berangkat meninggalkan rampasannya dan dihantar dahulu sepuluh 10 penunggang kuda untuk mengintip.” Nabi s.a.w. bersabda: “Daku mengetahui nama-nama mereka, nama bapa mereka dan warna kuda mereka. Mereka adalah tentera berkuda yang terbaik di atas muka bumi pada waktu itu.””;- [ (Riwayat Muslim, Kitab Al-Fitan 7/177,178) ;( Musnad Ahmad 1/384,385).]
Kaum Romawi berkhemah di A’mash atau Dabiq;- Abu Hurairah r.a. berkata, “Qiamat tidak akan tiba sehingga kaum Romawi akan berkhemah di A’mash atau Dabiq. Satu pasukan tentera yang terbaik waktu itu akan keluar dari Madinah menghadapi mereka. Apabila telah bersedia barisan mereka, kaum Romawi berkata, “Biar kami membuat keputusan dengan kaum kami yang ditawan (kamu) agar kami memerangi mereka.” Kaum Muslimin akan berkata, “Demi Allah, kami tidak akan serahkan saudara-saudara kami ( tawanan yang masuk Islam) kepada kamu.” Maka berlaku pertempuran. Satu pertiga (1/3) Muslimin akan lari dan Allah tidak akan mengampuni mereka. Satu pertiga (1/3) akan terbunuh dan mereka adalah syuhada’ yang terbaik di sisi Allah. Satu pertiga (1/3) akan menang, tidak lagi disesatkan dan berjaya menakluk kota Qonstantiniyah. Sedang mereka membahagi-bahagikan harta rampasan dengan pedang tergantung di pohon-pohon zaitun, Syaitan akan berteriak kepada mereka bahawa Dajjal telah keluar pada keluarga mereka. Mereka bergegas berangkat pulang dan apabila mereka tiba di Syam, didapati ianya tidak benar dan Dajjal muncul sewaktu kaum Muslimin sedang bersiap mengatur barisan perang mereka. Menjelang waktu solat, Isa ibn Maryam turun dan solat bersama mereka. Apabila musuh Allah (Dajjal) melihat Baginda (Isa a.s), ia akan cair seperti garam yang larut di dalam air dan Allah akan menghancurkannya.”;- [Riwayat Muslim, Kitab Al-Fitan 8/175,176.]
Kaum Muslimin Menawan Qonstantiniyah dan Rom;- Nabi s.a.w bersabda:“Kamu akan memerangi kaum Romawi dan orang-orang beriman selepas kamu dari Hijjaz akan memerangi mereka sehingga Allah membantu mereka menawan Qonstantiniyah dan Rom dengan Tasbih dan Takbir. Tembok kota itu akan runtuh dan mereka akan memperolehi harta rampasan yang tidak pernah dilihat sebelumnya dan diagih dengan menceduk menggunakan perisai-perisai mereka. Seorang akan berteriak, “ Wahai kaum Muslimin, Dajjal telah keluar di negeri kamu bersama keluarga mu.” Maka mereka segera meninggalkan harta-harta itu. Sesiapa yang percaya menyesal dan sesiapa yang tidak percaya menyesal. Mereka akan bertanya, “Siapakah yang berteriak itu?” tetapi mereka tidak akan mengetahui orangnya. Mereka berkata, “Utus satu pasukan ke Ilya’. Jika Dajjal telah muncul, kamu akan terima beritanya.” Maka mereka pergi mengintip dan jika dilihat semuanya biasa mereka berkata, “Tidak mungkin orang berteriak tanpa sebab, marilah lita berangkat ke Ilya’. Sekiranya kita dapati Dajjal di situ, kita akan sama-sama memeranginya sehingga Allah membuat keputusan antara kita dengannya. Jika Dajjal tidak ada maka kita kembali ke negeri dan keluarga kita.”;- [Al-Haitami, Majma’ al-Zawa’id; Riwayat Ibn Majah 7/248.]
Bebasnya Kota Konstantinopel, Pembangunan Baitul Maqdis sebagai tanda hancurnya Yatsrib ( Madinah ) serta keluarnya Dajjal setelah pembebasan Kota Konstantinopel;- Mu'adh ibn Jabal r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Pembangunan Baitul Maqdis (di Jerusalem) akan diikuti dengan kemusnahan Yathrib (Madinah) dan disusuli peperangan yang sengit, dan timbulnya perang besar ini berhubungan dengan dibebaskannya kota Konstatinopel, sedang waktu dibebaskannya Konstatinopel inilah keluarnya Dajjal;- (Riwayat Abu Daud)

1) Keluarnya dukhan (asap, kabut) berkepul-kepul
2) Keluarnya Al-Masikh ad-dajjal dari arah pertengahan antara Laut Syam dan Laut Yaman di Timur Tengah, mengaku sebagai Nabi Isa a.s, tuhan orang Kristian dan Yahudi.
Nabi s.a.w. bersabda:Dajjal akan muncul di suatu tempat di timur bernama Khurasan. Pengikutnya adalah manusia yang berwajah seperti perisai yang telah dipalu tukul.”;- [Riwayat Tirmidzi, Abwab al-Fitan, 2338, 6/495.]
Daripada Umar r.a. berkata, bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak seorang Nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia memperingatkan kepada umatnya perihal kedatangan Dajjal. Dajjal itu akan keluar di kalangan kamu semua, maka tidak samar lagi bagimu semua bahawa Tuhan itu tidaklah bermata sebelah. Sesungguhnya Dajjal itu bermata sebelah, yang kanan tidak dapat digunakan untuk melihat, seolah-olah matanya itu macam biji yang menonjol;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dajjal pembawa fitnah;-Rasulullah s.a.w bersabda: "Sejak Allah swt menciptakan Nabi Adam a.s. sampai ke hari kiamat nanti, tidak ada satu ujian pun yang lebih dahsyat daripada Dajjal.”;- (Riwayat Muslim).
Ujian dan tanggungjawab setiap orang Islam melawan Dajjal;-Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya tidak ada satu fitnah (ujian) Allah di atas muka bumi ini sejak ia menciptakan zuriat Nabi Adam a.s (sampai ke hari kiamat nanti) yang lebih dahsyat daripada fitnah Dajjal. Dan sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi jugapun kecuali nabi itu mengingat kaumnya akan ujian Dajjal ini: Aku (Rasulullah s.a.w) adalah Nabi yang terakhir sekali dan kamu adalah juga ummat yang terakhir sekali, maka sudah pasti Dajjal itu akan keluar pada zaman kamu (kerana telah terbukti sampai ke zaman Nabi s.a.w., bahawa Dajjal belum lagi keluar). Seandainya ia keluar dan aku masih berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan berhujjah dengannya bagi mewakili setiap orang Islam. Dan jika ia keluar selepas kematianku, maka kamu semua bertanggung jawab untuk melawannya dan Allah swt sebagai penolong kamu sekalian";- (Riwayat Ibnu Majah).
Tiga 3 Tahun Sebelum Datang Dajjal;- Asmah binti Yazid al-Ansariyah berkata, Nabi s.a.w. berkata Nabi s.a.w. bersabda: Selama tiga 3 tahun sebelum datang Dajjal, terdapat satu tahun di mana langit akan menahan 1/3 hujannya dan bumi akan menahan 1/3 hasilnya. Pada tahun kedua, langit akan menahan 2/3 hujannya dan bumi akan menahan 2/3 hasilnya. Pada tahun ketiga, langit akan menahan semua hujannya dan bumi akan menahan semua hasilnya dan sekelian haiwan akan mati. Inilah ujian yang dahsyat. Dajjal akan mendapatkan seorang Badui dan berkata, “Sekiranya saya menghidupkan unta-unta anda, adakah anda akan mengaku saya tuhan anda?” Jawab Badui itu, “Ya.” Maka syaitan-syaitan akan menyamar menyerupai unta-untanya dengan tetek yang penuh susu dan bonggol yang tinggi.” Kemudian Dajjal mendapatkan pula seorang yang bapa serta abangnya telah mati dan bertanya,”Adakah anda mengaku saya tuhan anda jika saya hidupkan bapa serta abang anda?” Kata orang itu, “Ya.” Maka syaitan-syaitan pun menyerupai bentuk bapa dan abangnya.” Baginda s.a.w. kemudian keluar untuk sesuatu dan kembali semula. Semua yang mendengar merasa gelisah akan berita tadi. Baginda s.a.w. berdiri di hadapan pintu dan bertanya, “Apa halnya wahai Asmah?” Daku berkata, “Ya Rasulullah, tuan telah menakutkan kami dengan kisah Dajjal.” Ujar Baginda, “Dia akan pasti muncul. Sekiranya daku masih hidup, aku akan menentangnya bagi pihak kamu, jika tidak, Allah SWT akan memelihara setiap Muslimin bagi pihak ku.” Daku bertanya, “Ya Rasulullah, kami tidak membakar tepung yang kami uli sehinggalah kami telah lapar. Bagaimana pula keadaan orang beriman waktu itu?” Ujar Baginda, “Zikrullah yang mencukupi penghuni langit akan mencukupi juga untuk mereka.”;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 6/455,456.]
Dajjal membawa api dan air;- Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, kerana ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman;- (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dajjal membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.
Dajjal membawa sungai air dan sungai api;- Daripada Abu Hudzaifah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku lebih tahu dari Dajjal itu sendiri tentang apa padanya. Dia mempunyai dua 2 sungai mengalir. Yang satu menurut pandangan mata adalah air yang putih bersih. Yang satu lagi menurut mata adalah api yang bergelojak. Sebab itu, kalau seorang mendapatinya hendaklah mendekati sungai yang kelihatan api. Hendaklah dipejamkan matanya, kemudian ditekurkan kepalanya, lalu diminumnya air sungai itu kerana itu adalah air sungai yang sejuk. Sesungguhnya Dajjal itu buta matanya sebelah ditutupi oleh daging yang tebal, tertulis antara dua 2 matanya (di keningnya) perkataan kafir yang dapat dibaca oleh setiap orang beriman pandai baca atau tidak;- (Riwayat Muslim).
Dajjal membunuh orang kemudian menghidupkan kembali;- Daripada Abu Said Al-Khudri r.a. berkata, : Pada suatu hari Rasulullah menceritakan kepada kami tentang Dajjal dalam suatu cerita panjang, di antaranya baginda menceritakan: "Dajjal itu nanti akan datang, dan dia terhalang untuk melalui jalan-jalan masuk kota Madinah. Maka sampailah Dajjal itu ke sebuah kebun dekat pinggir kota Madinah. Di hari itu datang kepadanya seorang laki-laki yang sangat lawa. Laki-laki tadi mengucapkan: "Saya mengakui bahawa engkau ini adalah Dajjal yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kami." Dajjal berkata (kepada pengikutnya): "Bagaimana pendapat kamu, kalau saya membunuh orang ini, kemudian saya hidupkan kembali, adakah kamu masih ragu-ragu tentang kekuasaanku?" Pengikut-pengikutnya menjawab: "Tidak ragu-ragu!" Lalu Dajjal membunuh laki-laki tadi, kemudian dihidupkan kembali. Ketika laki-laki itu telah hidup kembali, dia mengucapkan (kepada Dajjal): "Demi Allah! Sekarang, saya lebih mengerti tentang engkau (seorang Dajjal)" Lalu Dajjal hendak membunuhnya sekali lagi, tapi Dajjal tidak sanggup melaksanakannya.”;- (Riwayat Muslim).
Dajjal tidak masuk kota Makkah dan Madinah;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap negeri (nanti) akan diinjak oleh Dajjal, selain Makkah dan Madinah. Setiap jalan masuk ke sana, dikawal oleh malaikat yang berbaris. Maka sampailah Dajjal ke sebuah kebun (di pinggir Madinah) dan terjadilah tiga 3 kali gempa bumi di Madinah, lalu setiap orang kafir dan munafik keluar dari Madinah menuju kebun tadi;- (Riwayat Muslim).
3) Turunnya Nabiyullah Isa Alaihissalam dari langit sebagai bukti besar Islam bahawa Dajjal adalah bukannya Nabi Isa a.s yang diwar-warkan sebagai tuhan Kristian dan Yahudi.
Turunnya Nabi Isa dari langit;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; Demi Dzat yang jiwaku ada dalam kekuasaan-Nya, sungguh amat dekat saat turunnya Isa putera Maryam di kalangan kamu sekelian yang bertindak sebagai seorang hakim yang adil. Ia akan memecahkan semua kayu palang salib, membunuh babi, melenyapkan pajak gadai dan pada waktu itu harta melimpah ruah, sehingga seorang pun tidak ada yang mahu menerima harta yang disedekahkan kepadanya, hingga satu sujud lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya. Kemudian Abu Hurairah berkata: " Bacalah, jikalau engkau semua menginginkannya:" Tidak ada sama sekali dari golongan ahli kitab, melainkan mereka hanya beriman kepada Isa a.s. sebelum mangkat baginda iaitu setelah turunnya ke bumi dan sebelum tibanya hari kiamat. Pada hari kiamat Isa a.s. akan menjadi saksi atas semua orang.
Isa a.s. mencari Dajjal;-Daripada Urwah bin Mas'ud Ats Tsaqafi berkata, "Saya mendengar Abdullah bin Amr berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal itu akan keluar dari kalangan umatku, kemudian ia menetap selama empat puluh 40. Yang meriwayatkan hadis ini berkata: "Saya tidak mengerti apakah yang dimaksudkan itu empat puluh 40 hari atau empat puluh 40 bulan atau empat puluh 40 tahun..." Selanjutnya baginda bersabda: "Allah mengutus Isa mencari Dajjal itu kemudian membinasakannya. Setelah itu manusia menetap seperti biasa selama tujuh 7 tahun. Tidak ada pertengkaran antara dua 2 orang (pada waktu itu umat manusia hidup dalam kerukunan;- (Riwayat Muslim).
Perang melawan Yahudi;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Hari Kiamat tidak akan tiba, sehingga (Kaum Muslimin) memerangi Kaum Yahudi, sehingga batu tempat orang Yahudi bersembunyi itu pun berkata: "Hai, Orang Islam! Ini ada orang Yahudi, bunuhlah!”;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Umat Islam Memusnahkan Orang-Orang Yahudi;-Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia! ", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”;- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadith Oleh al-Nawwas ibn Sam’an al-Kilabi;- An-Nuwas ibn Sam’an berkata, “Pada suatu pagi, Nabi s.a.w. bercerita mengenai Dajjal. Kadangkala Baginda menerangkan seperti ianya tidak penting dan kadangkala mengatakan yang ia amat merbahaya sehingga kami menyangka ia berada dekat pucuk pohon tamar. Apabila kami menemui baginda setelah itu, dengan wajah yang ketakutan Baginda bertanya, “Mengapa dengan kamu?” Kami berkata, “Ya Rasulullah, pagi tadi tuan bercerita mngenai Dajjal, kadang-kadang seperti remeh, kadang-kadang seperti amat merbahaya sehingga kami sangka ia berada di pohon tamar berdekatan.” Baginda bersabda,: “Bagi kamu, daku bimbangkan hal selain Dajjal. Jika dia muncul ketika aku berada dengan kamu, aku sendiri akan melawannya bagi pihak kamu. Jika dia muncul setelah daku pergi maka setiap kamu hendaklah menghadapinya bagi pihak kamu sendiri dan Allah akan menjaga setiap Muslim bagi pihak ku. Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. Daku menyamakannya seperti Abdul Uzza ibn Qatan. Sesiapa di kalangan kamu yang hidup untuk menyaksikannya, bacalah ayat permulaan Surah al-Kahfi. Dia akan muncul di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di kiri dan kanan. Wahai hamba-hamba Allah, berpegang teguhlah kepada kebenaran.”” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, bagi satu hari yang seperti satu tahun, adakah solat sehari semalam memadai?” Baginda s.a.w. bersabda, : “Kamu hendaklah melaksanakan solat mengikut masa ketika itu.” Kami bertanya, “Ya Rasulullah, berapa pantas dia bergerak di bumi?” Sabda Nabi s.a.w. “Seperti awan yang dibawa angin. Dia akan mengajak manusia (kepada agama palsu) dan manusia akan terpengaruh dan mengekorinya. Dia akan perintah awan yang akan turunkan hujan dan perintah bumi yang akan menumbuhkan tanaman. Ternakan yang meragut tanaman itu, teteknya akan dipenuhi susu dan tubuhnya akan besar. Kemudian Dajjal akan pergi pula kepada kaum yang lain dan menyeru mereka (kepada agama batilnya) tetapi mereka menolaknya. Dia pun meninggalkan mereka, langsung mereka menderita kebuluran dan tidak berharta. Kemudian dia akan melalui kawasan yang tandus dan berkata, “Keluarkanlah khazanah kamu” dan keluarlah khazanah seperti sekawan lebah. Kemudian dia menyeru seorang remaja dan membelahnya dengan pedang dan meletakkan keratan itu berjauhan lalu menyeru dan remaja itu yang akan datang berlari sambil ketawa. Waktu itu Allah akan menghantar Isa Al-Masih dan Baginda akan turun di menara putih (al-manarrah al-baidha’) di timur Damsyik memakai dua pakaian berwarna kekuningan dengan meletakkan kedua tangan baginda di atas sayap dua 2 Malaikat. Apabila baginda menundukkan kepalanya maka jatuhlah butiran seperti mutiara. Setiap kafir yang terhidu haruman baginda akan mati dan nafas beliau sampai sejauh penglihatannya. Baginda akan mencari Dajjal dan menjumpainya di pintu Ludd, lalu membunuhnya.” Kemudian sekumpulan orang yang diselamatkan Allah SWT akan datang kepada baginda dan beliau menceriakan wajah mereka (dengan berita syurga). Kemudian Allah SWT wahyukan kepada baginda, “Aku telah lepaskan makhluk Ku yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Bawalah hamba-hamba Ku itu ke at-Thur.” Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan turun di setiap lembah.”;- [Riwayat Muslim, Kitab al-Fitan wa Ashrat as-Sa’ah, 8/196-199].
4) Hancurnya Dajjal dibunuh Nabi Isa a.s dengan lembing yang dibawa baginda a.s.
5) Keluarnya bangsa Yakjuj Makjuj, meratap segala makanan dan minuman yang ada sehinggakan tiada saki-bakinya untuk Kaum Muslimin yang kelaparan dan kehausan. Mereka (Kaum Muslimin) mengikuti Nabi Isa a.s. ke suatu tempat tinggi dan hanya berbekalkan zikrullah sebagai penahan dahaga dan lapar.
Keluarnya Yakjuj Makjuj;- Telah diriwayatkan bahawa, Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumahnya dengan rasa ketakutan sambil berkata: Laa Ilaaha Ilallah, celaka bangsa Arab dari bahaya yang telah dekat, ini telah terbuka dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini sambil melingkarkan jari telunjuk dengan ibu jarinya. Zainab bin Jahsy bertanya: "Ya Rasulullah! Dapatkah kami binasa, padahal masih ramai solihin di antara kami?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya,! Jika telah banyak kejahatan.”;- (Riwayat Muttafaq Alaihi).
Tirai dinding Yakjuj Makjuj;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Allah telah membuka tirai dinding Yakjuj Makjuj sebesar ini; sambil melengkungkan jari telunjuk dengan ibu jari;- (Riwayat Muttafaq Alaihi).
6) Hancurnya Yakjuj Makjuj dan seluruh isi alam menjadi sesuci salju dan melimpah ruahnya sumber rezeki dan kekayaan berkat doa Nabi Isa a.s.
Rasulullah s.a.w bersabda:- Maka hilanglah segala permusuhan dan benci-membenci di kalangan manusia dan hilanglah segala bisa dari keseluruhan binatang yang berbisa sehingga anak kecil memasukkan tangannya ke dalam mulut ular, maka ular itu tidak menggigitnya dan tidak ada apa-apa kemudharatan. Anak kecil boleh bermain dengan singa, bahkan serigala yang biasanya menerkam kambing akan terbalik seakan-akan menjadi anjing pemeliharanya. Bumi ini akan dipenuhi dengan keamanan dan keselamatan seperti mana dipenuhkan sesuatu bejana dengan air. Pendapat akan menjadi satu ( tiada perselisihan antara ummat) dan tidak disembah kecuali hanya Allah dan segala peperangan akan berhenti dan orang Quraisy kembali memegang tampuk kepimpinan (maksudnya kepimpinan Imam Mahdi);- (Riwayat Ibnu Majjah).
Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan berlaku sehingga biri-biri yang bertanduk tidak lagi melawan biri-biri yang tidak bertanduk.” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/442].
Nabi Isa a.s berkahwin dengan perempuan kabilah "Judzam";-Seperti sabdaan Rasulullah s.a.w. ketika baginda menerima delegasi (perwakilan) yang datang dari kabilah Judzam (dahulukala):- "Selamat datang, kaum Nabi Syuaib bapa mertua Nabi Musa. Sesungguhnya tidak berlaku kiamat sehingga Nabi Isa a.s. akan berkahwin dengan keturunan kamu dan akan lahirlah anaknya pula";- (H.Riwayat Al Muqrizy di dalam kitabnya Al Khuthath).
Daripada Nawas bin Sam'an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;- Maka dikirim oleh Allah, Yakjuj dan Makjuj; mereka mengalir dari tempat-tempat yang tinggi. Barisan depan mereka melalui Danau Tibris, lalu mereka minum air Danau itu sampai habis. Kemudian barisan terakhir lewat pula di situ, lalu mereka mengusapkan: "Sesungguhnya di sini dahulunya pernah ada air." Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung (sehingga kekurangan makanan), sehingga seekor kepala sapi (kepala lembu) bagi masing-masing mereka, lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu. Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim penyakit hidung pada kenderaan Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya mati sekaligus. Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang agak sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah, kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti kaca. Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; "Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!" Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim).
Tertolaknya sedekah dan ramainya kaum wanita;- Dari Harits bin Wahbin r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersedekahlah kamu sekelian, kerana sesungguhnya akan datang suatu masa atas kamu yang mana seseorang berjalan membawa sedekahnya, maka ia tidak menjumpai orang yang mahu menerimanya. Seseorang berkata:‘Seandainya kamu membawa kelmarin, nescaya aku menerimanya. Adapun hari ini aku tidak memerlukannya’. ";- (Riwayat Bukhari).
Dari Abu Musa r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya nanti akan datang suatu masa, di mana seseorang berkeliling membawa emas untuk bersedekah, lalu tidak ada seorangpun yang menerimanya. Dan pada masa itu terlihat (terjadi) seorang laki-laki diikuti oleh empat puluh 40 wanita yang semuanya akan berlindung kepadanya kerana sedikitnya laki-laki dan ramainya kaum wanita.;- (Muttafaq Alaihi).
7) Adanya binatang ajaib muncul di waktu dhuha sehingga dapat berbicara dengan manusia ( lihat Al-Quran surah An-Nahl, ayat 82).
Sesungguhnya tanda-tanda pertama dekatnya hari kiamat yang keluar ialah terbitnya matahari dari arah barat (Maghrib) dan keluarnya satu macam binatang ajaib di hadapan orang ramai di waktu siang hari. Masa antara keduanya keluar lebih dahulu sebelum satunya, maka yang satunya akan menyusul dalam waktu yang dekat sekali sesudah terjadinya yang pertama itu;- (Riwayat Muslim dan Abu Daud).
Binatang yang keluar sebagai tanda akan datangnya hari kiamat itu akan keluar dengan membawa cincin Nabi Sulaiman dan tongkat Nabi Musa a.s. Kemudian memberi semacam tanda kepada wajah orang mukmin dengan menggunakan tongkatnya dan memberi cap pada hidung orang kafir, dengan menggunakan cincin itu, sehingga orang-orang yang ahli tamu sama berkumpul yang satu mengucapkan "Hai orang mukmin!" dan yang lain mengucapkan "Hai orang kafir!";- (Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim).
Binatang itu akan keluar lalu memberi tanda kepada orang ramai di hidungnya. Orang-orang berkumpul ramai sekali, sehingga ada orang yang membeli binatang tersebut, pembeli itu ditanya: "Dari siapakah engkau membeli binatang ini?" Jawabnya: "Dari orang yang dicap hidungnya.";- (Riwayat Ahmad)
Dilaporkan dari Ka’b al-Ahbar bahawa Zul-Suwayqatain mula muncul di zaman Isa ibn Maryam. Allah SWT menghantar baginda Isa a.s. memimpin 700 dan 800 orang. Sedang mereka berbaris menuju Zul-Suwayqatain, Allah SWT mengirim bayu dari arah Yaman yang akan mengambil roh setiap orang beriman. Hanya orang-orang yang jahat ditinggalkan dan mereka akan bersetubuh seperti haiwan. Ka’b berkata, “Waktu itu, qiamat telah tersangat hampir.”;- [Zul Suwayqatain dalam Bukhari, Kitab al-Hajj. Bab Hadam al-Ka’bah (Kemusnahan Ka’bah) 2/183. Muslim, Kitab al-Fatan wa Ashrat al-Sa’ah 8/183].
8) Wafatnya Nabi Isa a.s. di bumi Madinah.
9) Lenyapnya Al-Quran dari Mushaf dan hati (Al-Quran diangkat)
Al-Quran Akan Hilang Dan Ilmu Akan Diangkat;-Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, di antaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali);- (Riwayat Ibnu Majah).
10) Wafatnya kaum Muslimin dari tiupan angin nyaman yang mencabut nyawa dari ketiak-ketiak mereka.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:- "Sesungguhnya, Allah swt akan mengutus angin (yang lembut) yang datang dari negeri Yaman. Angin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak melalui seseorang yang beriman, walaupun imannya hanya ada sebesar biji sawi kecuali ia akan mematikannya";-( Riwayat Muslim).
11) Seluruh manusia di dunia menjadi KAFIR.
12) Matahari terbit dan muncul dari arah barat.
Abu Hurairah r.a. berkata, “Nabi s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak akan tiba sehingga matahari terbit dari Barat. Manusia akan menyaksikannya, sesiapa yang berada waktu itu akan mempercayainya tetapi itulah masanya dimana “...tidaklah bermanfaat Iman seseorang bagi dirinya yang belum beriman sebelum itu.” ;- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Tafsir, 6/73].
Tidak akan terjadi Hari Kiamat, sebelum matahari terbit dari tempat terbenamnya (Maghrib dan Barat). Apabila matahari terbit dari tempat terbenamnya, manusia semuanya beriman. Maka di waktu itu, iman seseorang tidak berguna bagi dirinya yang tadinya belum pernah beriman, juga bagi mereka yang belum pernah berbuat baik dalam berimannya;- (Riwayat Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda:- "...Maka yang tinggal lagi hanyalah orang-orang yang jahat. Cepat seperti burung yang terbang (untuk mengerjakan maksiat) dan jahat seperti binatang (pada akhlak mereka). Mereka tidak kenal apa itu kebaikan dan tidak tahu apa itu kemungkaran. Lalu syaitan menggoda mereka sambil berkata: "Kamu tidak mahu ikut akukah?". Mereka menjawab: "Apa yang hendak engkau suruh?". Lalu syaitan menyuruh mereka menyembah berhala.";- (H.Riwayat Muslim).
Tidak ada manusia yang menyebut nama Allah lagi di muka bumi;- Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Tidak akan terjadi kiamat sehingga tidak dikatakan "'Allah, Allah"' di atas muka bumi ini";- (H.Riwayat Muslim).
13) Rosaknya Kaabah ( Baitullah ).
Rosaknya Kaabah;- Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan ada orang yang merobohkan Kaabah, iaitu seorang yang berbetis kecil dari Habsyah (Ethiopia);- (Riwayat Muttafaq Alaih).
Kaabah diruntuhkan;-Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:- "Ka'bah akan dihancurkan oleh orang Habsyah (orang Negro) yang bergelar "Dzus-Suwaiqatain" (orang yang kedua-dua betisnya kecil) dan ia akan merampas segala perhiasannya dan melucutkan kelambunya. Seakan-akan terbayang di hadapan mataku keadaan seorang yang botak, bengkok sedikit sendi-sendinya. Ia memukul-mukul Ka'bah itu dengan besi penyeduk dan kapak besar";- (H. Riwayat Imam Ahmad).
Mengenai Manusia Yang Hidup Di Ambang Qiamat;- Abdullah ibn Mas’ud r.a. berkata, “Daku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kefasihan boleh memukau; manusia yang akan merasai qiamat semasa hidup ialah manusia yang terjahat dan mereka yang menjadikan kubur sebagai masjid.” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 3/268].
Peristiwa-peristiwa Di Ambang Qiamat;- Telah diriwayat dari Abu Sa’id al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda, : “Halilintar serta petir akan sering berlaku menjelang Qiamat sehingga seorang akan bertanya kepada orang ramai, “Ada sesiapa di antara kamu yang dipanah petir pagi tadi?” Maka disahut, “Si fulan dan fulan telah kena panah.”” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 3/64,65].
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, : “Qiamat tidak berlaku sehingga datang hujan lebat yang merosakkan sekelian tempat kediaman kecuali khemah-khemah.” ;- [Riwayat Ahmad, Musnad, 2/262].
Sabda Rasulullah s.a.w;- "Tidak terjadi kiamat itu sehingga orang bersetubuh (berzina) seperti bersetubuh keldai di tengah jalan."- (H.Riwayat Ibnu Hibban).
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda,: “Qiamat tidak akan berlaku sehingga punggung wanita-wanita Dhaus mengelilingi Zul-Khalasah.”;- [Riwayat Bukhari, Kitab al-Fitan, 8/182].
*** Dhaus ialah suatu kaum di Yaman. Zul-Khalasah ialah rumah berhala di zaman Jahiliyyah. Mereka percaya sesiapa menyembah atau mengelilinginya akan disucikan (khallasa). Hadith ini bererti kaum itu akan murtad dan kembali menyembah berhala sehingga wanita mereka menyembah dan mengelilinginya dengan menggoyang-goyangkan tubuh mereka.
Jika keadaan sudah jadi seperti ini, maka kiamat bila-bila masa boleh terjadi. Kiamat diumpamakan seperti:- "Seperti perempuan yang mengandung yang sudah cukup bulan. Keluarganya tidak tahu bilakah mereka akan dikejutkan dengan kelahiran anak yang dalam kandungannya, sama ada di waktu malam atau siang";- (H.Riwayat Ahmad).
Gempa bumi di timur, barat dan semenanjung Arab;- Sebelum berlaku kehancuran alam ini, maka akan terjadi dahulu gempa bumi yang besar dan amat dahsyat menenggelamkan manusia ke dalam perut bumi. Gempa yang seumpama itu akan berlaku di Timur, kemudian di Barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
.14) Keluarnya api dari Hijjaz menghalau manusia pada masa itu dari arah selatan Yaman ke utara negeri Syam, maka ketika itu Malaikat Israfil akan meniup sangkala tiupan yang pertama yang mengejutkan ke semua orang yang berada pada hari itu. Di hari itu orang ramai tidak sempat berurusan dengan urusan masing-masing. Mereka akan dikejutkan dengan tiupan yang keras sekali, yang menderu di udara sehingga semua orang akan tercengang ke langit mendengarkannya.
Oleh itu hendaklah kita meneliti wasiat Rasulullah SAW supaya mengikuti Al-Quran, Hadith dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda s.a.w. agar kita terhindar daripada kesesatan dengan meninggalkan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan, agar berjaya di dunia dan di akhirat.... Insya Allah..


 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com