12 Jun 2021

Pulse Oximeter boleh jadi alat WAJIB ada dalam setiap rumah

 

Jika kita melihat pada keadaan sekarang, terlalu banyak kes kematian mengejut di rumah. Ini disebabkan kandungan oksigen dalam darah menjadi rendah dan paling menakutkan ianya tanpa gejala! 

Keadaan ini terjadi apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen yang kurang  daripada 95%, sedangkan bacaan normal adalah sekitar 95 % dan 100 %.  

Disebabkan hal ini sering terjadi, menyebabkan selain thermometer, Fingertip Pulse Oximeter ini juga wajib ada dalam list korang. Khususnya bagi pesakit covid 19 yang terpaksa kuarantin di rumah.

Memetik petikan akhbar Harian Metro

"Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil 'Happy Hypoxic'

Jadi bagi saya Pulse Oximeter ni adalah sangat penting untuk dimiliki bagi setiap 1 rumah. insyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu pengesanan awal gejala ini bagi mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

Selain dari itu, ianya bagus dimiliki bagi mereka yang ada asma, COPD dan penyakit lain bagi memudahkan pemantauan bacaan oksigen dalam darah.

Pulse Oximeter selain mudah dibawa sebab saiznya yang kecil, ianya mudah digunakan, bersifat ringan, mudah dibawa ke mana sahaja, dan paling penting dapat membantu memberi amaran awal mengenai hipoksemia (oksigen dalam darah rendah) supaya berhati-hati dan sebagai langkah berjaga-jaga buat diri kita dan juga orang keliling yang kita sayang.

Saya baru sahaja beli di shopee Pulse Oximeter ni. Harganya tak lah semahal mana.. Dan mampu dimiliki. 

Ni ha Oximeter yang saya dah beli dan dah guna pun. Memang mudah betul nak guna. Masukkan jari, tekan button on, dan tunggu sekejap. Dan dia akan off sendiri bila kita keluarkan jari.




gambar sendiri punya , gigih snap walaupun masa sekarang dah jam 1.54 pagi.


Sesiapa yang nak beli bolehlah dapatkan di kedai-kedai shopee. Atau kalau malas nak cari, nah saya share link kedai shopee tempat saya beli tu. Saya beli setelah ditolak coins dan juga free shipping RM38.17.


Cuma sebagai amaran, korang kenalah sabar untuk proses penghantaran tu. Seller agak lambat sedikit untuk urusan pengeposan. 

Tapi ada juga link-link lain yang bolej dipercayai. Macam yang ni pun okay. Harga masa saya tengok bawah RM50.


Tapi kalau korang sejenis yang nak yang ada brand dan agak pricey, boleh belek-belek Pulse Oximeter jenis ni. 

ni brand Medisana, harga masa ni saya tengok dalam RM170 macam tu. Kalau tak silaplah. Kalau nak kepastian tekan je link. Hehe.

Atau pun yang ni dalam RM110 mcm tu.


Okaylah, kalau malas juga nak cari tu, tak tahulah. Link pun dah bagi.. Tinggal nak add to chart sahaja. Lepas tu ting! Buat payment, dan boleh tunggu depan rumah dengan bahagia. ❤





 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com