Memaparkan catatan dengan label prepping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prepping. Papar semua catatan

1 Jun 2022

Makanan Tahan Lama yang Boleh Kita Simpan


Makanan tahan lama 

yang mungkin kita boleh simpan untuk kelangsungan hidup. Bila sebut untuk meneruskan kelangsungam hidup, bermakna bukanlah makanan yang sedap-sedap. Tapi jika berkemampuan dan keadaan mengizinkan tiada masalah...

Ramai yang tanya apa nak diprep dulu untuk makanan ni? Masih ada yang tertanya-tanya meskipun sudah banyak tentang ini dituliskan.. hehe..tak apa, kita sama-sama bantu yang terdaya.

1. Beras

Memberi tenaga. Dan makanan ruji kita. Jadi simpanlah beras. Boleh vacuum, boleh simpan tanpa keluarkan dari bungkusan asal juga. Contoh letak dalam

Botol + OA (oxygen Absorber)

OA boleh beli sini 👉 https://shope.ee/7zYCV88knB (HALAL)

Vacum Sealed

Boleh beli yang ni P290, ramai rekemen dan ramai pengguna tanpa masalah, insyaAllah 👉 https://shope.ee/VSBZRUTxZ (tak digalakkan guna emboss plastik seal, yang lain okay)

Saya pengguna vacuum sealer yang ini 
https://shope.ee/2VDFxDFhXU

Mylar Bag

https://shope.ee/8KB2u0N1JR

Grain Pro

Boleh masuk 70kg beras 👉 https://shope.ee/9zJGt9RRTs

Zipper 15 kg 👉 https://shope.ee/1L1IZINd9k

2. Gandum

Dapat gantikan nasi, kandungan nutrien yang cukup tinggi seperti karbohidrat 60% – 80%, protein 6% – 17%, lemak 1.5% – 2.0%, mineral 1.5% – 2.0% dan sebilangan vitamin. Boleh buat kenyang lebih lama.

Simpan dalam bekas bertutup atau kedap udara. Pastikan bekas bersih dan kering.
Kalau dah buka tepung, jangan campur dengan tepung baru asingkan.

Kalau waktu ni peti ais boleh lagi pakai, boleh simpan dalam peti sejuk (chiller).

3. Kurma Ajwa

Saya pernah tertengok 1 video, katanya kurma ajwa lebih tahan lama. Jadi boleh lah prep kurma ajwa. Nak simpan lagi lama, boleh buang biji, vacuum dan letak OA.

Kurma sangat kaya dengan kandungan serat yang tinggi yang membantu proses pelawasan dan mencegah barah usus. Di dalam sebiji kurma juga terdapat bermacam lagi kandungan berkhasiat seperti vitamin A dan C, zat besi, fosforus, potassium, sodium dan kalsium. Kurma juga dapat mengenyangkan kita dan dalam masa yang sama dapat memberikan kita tenaga.

Kurma ajwa boleh beli sini. Saya suka beli sini sebab kurma nya elok dan tidak mengecewakan insyaAllah. 👉 https://shope.ee/4fHkY1QnDN

4. Nestum

Selain beras dan gandum, nestum pun dikatakan makanan yang mengenyangkan.
Siapa yang makan nestum, bolehlah cari nestum ya.

Nestum tahan 2 tahun dari tarikh dia keluar dari kilang (manufacturing date)

Kalau suka beli online boleh beli sini ya 👉
https://shope.ee/6UjOjhpONM

5. Minyak masak

Beli cepat, sebabnya dengar-dengar harga makin naik. Betul ke peket tu pun nak sampai rm5 dah sepeket. Huhu

Minyak masak perlu, barang dah ada, tapi nak goreng guna apa? Mestilah minyak masakkan? 😁

6. Ikan kering

Ikan kering lebih tahan lama. Saya pernah simpan ikan kering hampir 2 tahun, tapi masih elok dimakan, walaupun dah diselaputi garam. Basuh dan goreng seperti biasa tanpa menjejaskan rasa.

Stok bilis dan ikan kering saya selalu beli sini

👉 https://shope.ee/VSBayVhke

Atau sini 👉 https://shope.ee/ApLCOnhCq

7. Kekacang
Kacang dikatakan sumber protein tinggi untuk tubuh badan kita.

Boleh beli sini, macam-macam kacang ada
👉 https://shope.ee/flbnVGPR2

Kacang atau bijiran boleh jemur dulu, atau bakar dalam air fryer sekejap. Lepas tu seal atau letak dalam botol. Sama macam simpan beras.

Dalam botol letak bawah sekali sekeping OA, lepas tu bahagian tengah.. dan last bahagian atas sekali. Simpan tempat kering dan mampat. Jangan lupa selotep penutup botol.

8. Makanan bertin

Makanan tin ada yang tahan 2 ke 5 tahun.
Saya lebih suka simpan sardin. Sebab lauk lain lebih mahal dari sardin. Tapi jika mampu silakan simpan rendang, sup kambing dan sebagainya. Dan jangan lupa cek expired date.

Sardin boleh ambil apa-apa brand. Banyak sardin saya dah cuba, tapi pilihan saya ayam brands atau king cup.

Sardin selalu beli di speed mart.

Kalau selain sardin, boleh ambil lauk lain, tapi lebih rekemen brand adabi.

Tengok sini untuk makanan dalam tin adabi 👉 https://shope.ee/5AE1ACWuUS

9. Madu

Madu menguatkan sistem imun, beri tenaga, tinggi nutrien dan banyak lagi kelebihan madu.

Saya bela lebah kelulut. 2 tahun madu dah penuh. Pastikan banyak sumber makanan diaorang.

Kalau madu beli saya pernah cuba yang ini
👉 https://shope.ee/1VKinivrou

Atau madu yang ni 👉 https://shope.ee/1AhsP99Jy4

10. Ikan pekasam

Tahan lama.

Boleh buat sendiri. Atau beli sahaja. Macam saya, ayah yang buat, guna nasi ada guna beras pun ada.

Ikan pekasam kalau nak prep boleh tengok sini 👉 https://shope.ee/4023mfHSqm

11. Makanan RTE (READY TO EAT)

Tahan 2 tahun. Tanpa perlu masak atas api. Sebab boleh terus dimakan. Ada yang perlu letak air, apa-apa jenis air. Dia panas dan siap untuk dimakan.

Brand rekemen

Kembara (tapi bukan nasi goreng)

Yang ini okay, tapi ikut pada tekak juga ya. Kalau tekak saya sedap, tekak anda belum tentu
👉 https://shope.ee/VSBcPZLoO

Sharifah

👉 https://shope.ee/8KB2wyIg1g

Brahim's

👉 https://shope.ee/7evM9np0Vd

12. Perencah masakan

Boleh ganti bawang. Contohnya secukup rasa, kiub ikan bilis dan sebagainya. Atau perencah nasi goreng dan sebagainya.

Serbuk perasa asli
👉 https://shope.ee/4pbAmhNYtk

Cukup rasa 👉 https://shope.ee/5Uqra01olU

Atau cari je di kedai.. mudah 😁

13. Energy bar

Tahan lama 20 tahun
👉 https://shope.ee/9zJGwMzRvE

13. Bihun / Pasta

Boleh diolah jadi pelbagai masakan. Boleh simpan dalam grainpro untuk tahan lebih lama.

Semoga bermanfaat untuk yang pemula. Moga kita semua sentiasa bersedia dari segi rohani, mental & fizikal.

14. Serunding

Serunding sejenis makanan yang tahan lama. Boleh tahan dalam 2 tahun. Tak perlu
OA.

Kalau nak letak juga,
Boleh letak dalam plastik vacuum dengan hujungnya dilipat.

Dan masukkan sekali lagi dalam plastik vacuum dan letak OA dan vacuum.
Kredit to kak Izan.

Ayubalqishah
26.5.22
02.25 pagi




 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com