Alhamdulillah..semalam berbuka bersama keluarga sebelah suami dan bersama anak2 yatim...hati kecil ini terdetik sebenarnya,aku beruntung punya mak dan ayah..namun mereka..teringat hadis
Dari  Abu  Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang  bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau  tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga  kelak.” Dan baginda  memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya  berdekatan).”
 
Akibat  kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan   dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang  memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain.  Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan  sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang  menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian  yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan   dan tersisih. Islam, sebagai agama yang menitikberatkan perihal kasih  sayang sangat menekankan agar kita mengambil berat terhadap anak yatim  sehinggakan  al-Quran sendiri secara khusus banyak membicarakan masalah  anak yatim ini lebih daripada perihal anak-anak yang lain secara umum.  Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:”Rumah yang terbaik  adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan  diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di  dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan  buruk. Anak yatim yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup  daripada mereka yang menjaganya semestinya akan merasa bahagia dan aman.  Namun sekiranya ia tidak mendapat apa yang seharusnya ia peroleh,  hidupnya akan rosak dan hal ini menjadi lebih parah jika ia jatuh ke  pangkuan orang yang tidak bertanggungjawab yang mendidiknya secara salah  dan membentuknya menjadi peribadi yang merugikan masyarakat.
moga kita tergolong dari orang2 seperti di atas..amin ya Rabb 
di sini juga saya ingin berkongsi sedikit cerita dibawah :)  
Seringkali   kita meminta perkara      yang macam-macam seakan itulah yang terbaik  untuk kita.  Persoalannya, tahukah      kita apa yang terbaik untuk  kita? Kalau kita  dilahirkan miskin,      kita sering berdoa untuk  menjadi kaya. Hendak mengubah  kehidupan,      kita kata. Tapi kita  pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk  kita?
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau       berpenyakit. Tentunya kita mengharapkan keajaiban untuk menjadi manusia       yang sempurna atau sekurang-kurangnya ‘just nice’. Mungkin juga  kita terbabit      dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang  tersayang. Pasti tercalit      dalam hati keinginan untuk mengembalikan  masa itu supaya kemalangan itu      dapat dielakkan dan nyawa orang  kesayangan kita juga selamat.  
 Persoalannya,  adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang       terbaik?  Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi      sesetengah  orang nikmat manakala setengah lebih azab? Bukankah Allah itu      Maha  Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha       Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang  bernasib      malang manakala sesetengah      yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka? 
 Sebenarnya,  kita adalah apa yang kita minta (we are  what we wish      for).  Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan       apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi        Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin.       Dari  jelita jadi hodoh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian       kesabarannya.  Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan       selamat di akhirat kelak. 
 Selamat juga,  bukan? Adakah Allah menolak permintaannya?  Tidak!      Bahkan Allah  meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga      dengan  keadaan saya baru-baru ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. 
 Pening kepala  nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak      kasihan  lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya      yang  dia tiap-tiap hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati       dengan saya katanya. 
 Saya katakan  kepadanya. Kalau banyak duit, tiap-tiap bulan saya  dapat,       Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika       sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah,       petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat.      Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci      Allah… 
 Apabila Allah  menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah  itu      adalah yang  terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang       tidak  dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.      Mengapa  sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is      always  greener on the other side’. Kan      ? Kita sentiasa melihat apa yang  ada pada orang lain itu lebih baik dari      apa yang kita miliki. 
 Sedang  Nabi saw telah       menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah.  Jangan melihat      orang  lebih tinggi kerana itu akan membuat kita  tidak bersyukur.  Dan itulah  masalahnya pada diri kita. Kita      sentiasa mengejar  peluang yang lebih baik.  Sentiasa mahukan yang      lebih banyak. Saya  sendiri mengalami perkara ini. Dan  saya percaya      ramai yang turut  mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar,   kan ? 
 Masa       saya grade, ekonomi negara benar-benar  sedang menjunam. Saya ke  hulu ke hilir      mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator  di kilang metal      stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu,  tolak ini, dapatlah      RM350. Hm… Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu  saya hanya memiliki      sebuah motor Yamaha 110SS   hadiah ayah sempena dia dapat EPF.      Isi minyak dengan makan dah  habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750      pun jadilah. 
 Kemudian saya  bekerja sebagai Lab Technician.  Betul-betul saya dapat      RM750.  Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat  gaji      RM1500 pun  dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical       plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah…  tak       cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara.  Saya fikir, dapat  RM2500 cukup      la. Tapi bila dapat banyak tu,  saya tukar kereta pula.       Kesimpulannya tak cukup juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah  benda yang paling besar!       Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk  syarikat lain yang       offer gaji 2 – 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau  ada yang       bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya        selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah.       Sedang rakan-rakan saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam  masa 5      minit sahaja. 
 Kini saya dah  pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah      beri.  Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin       kurang,  semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan      mendatang. Yang  penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan      diberkati.  Pesan      Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira-gira      rezeki untuk hari esok kerana  Allah menurunkan rezeki setiap      hari . Ini memberi kesan dalam hati saya. 
 Tapi bukan  bererti kita tak boleh mengejar  yang lebih baik.      Kejarlah dunia  seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi  dunia itu      ibarat  bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat        seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari.       Makin kita  kejar akhirat (matahari), dunia (bayang-bayang) akan  mengejar      kita. Rezeki itu hak  Allah maka bermohonlah kepada Yang  Memiliki      rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin  dariNya. 
 Terjadi kepada  kenalan saya.  Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar      ansuran rumah,  nak isi minyak motor  yang makin naik, duit lampin      anak, duit  makan, tinggal pula di JB, memang  tak cukup. Sering dia      mengeluh.  Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu      dia  cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply  tapi tak       dapat-dapat sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut. 
 Atau  setidak-tidaknya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk       besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi,  mungkin      dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi…  Masuk telinga      kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan  permintaannya. Tiba-tiba dia dapat banyak sangat OT.  Balik rumah sampai  tengah malam.      Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit  masa pagi sebelum ke      tempat kerja. 
 Bila jumpa, dia  cakap dah penat. Tak larat nak OT.  Saya ketawakan      dia.  Bukankah  ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah       tak larat. Hari Ahad  je dia dapat rehat. Bila nak main-main dengan      anak? Kesian   anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni…      Saya katakan  padanya,  kita tak boleh dapat segala-galanya. Dia nak      duit, Allah  bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya.      Itu  adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-. 
 Kalau nak  dikongsi, terlalu  banyak rasanya apa yang saya lalui.      Saya pasti,  saudara semua juga ada  lalui perkara yang sama. Di      sini, bukan  niat saya nak mengajar. Bukan juga  nak menunjuk pandai.      Saya hanya  mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri  saya sendiri      untuk  berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa  yang      kita  dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah        kita katakan cukup? 
 Cukup  atau tidak apa yang kita ada,      bergantung  kepada cukup atau tidak  kita bersyukur ke hadrat Allah.      Juga bergantung  cukup atau tidak  kita tambat nafsu kita. Yang      penting tiap kali selepas  solat,  berdoalah pohonkan Allah berikan      yang terbaik buat kita. Nabi saw  pernah memberitahu, orang yang tidak      berdoa selepas solat adalah  orang yang sombong. Dalam hadith yang lain,      Baginda saw berkata  orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah      yang layak  untuk bersifat sombong. 
Wallahu’alam.-.. 
 Ya  Allah! Ampunkanlah kami ya Allah.  Selama ini      kami leka. Selama  ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia  hingga      kami lupa janji  nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang       Kau beri. Dan  jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin… Ya      Rabbal ‘Alamin…
Apabila  Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah       itu adalah yang  terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan      nafsu yang  tidak  dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu      kejadian. Mengapa  sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah?      ‘Grass is always  greener on the other side’. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang       ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki. 
 
Akhir kata, berlajarlah      untuk berkata     CUKUP….ALHAMDULIL-LAH ……”
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri  tak sehebat      SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak  setulus      ZULAIKHA.
Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak  sekuat      HAJAR 
dan      mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada  keburukan      pada dirimu. 
bersyukur lah dengan nikmatNya
 
  
![]()