Aku selamat bersalin anak kedua secara czer/pembedahan. Dan alhamdulillah aku dapat baby girl. Berat 3.6kg. Kali ini aku bersalin di Hospital Seri Manjung. Dan kesemua nurse dan doktor baik-baik belaka. Rasa nak bagi reward pun ada di atas layanan terbaik yang diberikan. Punca aku czer, kata doktor jantung baby lemah. Lagi pun contraction aku masa tu dah strong bukaan hanya 1 cm. Mungkin aku memang dah ditakdirkan tak boleh melahirkan anak secara normal. Tapi tak pelah yang penting ibu dan anak selamat.
Mengenai czer kali ini, 1st and 2nd day, aku okay je.. dan rasa kuat untuk bergerak lebih cepat berbanding anak yang pertama dulu. Tapi bila masuk hari ke tiga sehingga lah hari ke 10 sakit belakang menjadi-jadi. Tempat czer pun asyik ngilu. Dalam perut rasa macam ada banyak luka.
Bila mengingatkan kembali waktu cucuk belakang ni, rasa macam banyak kali doktor cucuk, last sekali tu baru betul2 punya cucuk(maksudnya jarum betul2 habis masuk) sebelum ni jarum macam masuk separuh lepas tu dikeluarkan balik. Lepas operate tu menggeletar usah cakap, tinggal badan dengan kepala je tak menggeletar, yang lain semua menggeletar termasuk jantung gamaknya.
NAIFAH AL FATIHIYYAH
3.6 kg / 16 Okt 2015 / Jumaat ( pagi )
Mmm.. cerita tentang anak pulak, hari ke 4 nurse detect ada kuning. Terpaksalah berulang ke klinik pi cek kuning anak selama 6 hari, bermaknanya 6 kali darah anak diambil ditumit kakinya yang cenonet comel tu. Kesiannya lah dia. Inilah pengalaman pertama anak ada kuning. Hari ke 5 titik anggur hitam dalam mulut, turun sikit kuningnya, esoknya mak mandikan baby dengan air rebusan pokok dukung anak. Alhamdulillah turun lagi, dalam masa yang sama aku berpantang makan benda-benda panas. Hari ke 10 akhirnya kuning baby turun 9.7, dan nurse beritahu tak perlu lagi pergi klinik cek kuning. Fuh lega.
Buat masa ni aku makan nasi putih atau bubur dengan ikan bilis, sup ayam hitam dan ayam kampung, ikan kerisi, ikan selar kuning, ikan talipia .. akan datang tak tahu lagi. Ikan tenggiri dengan cencaru ada, tapi ada yang beritahu kedua-dua ikan ni boleh menyebabkan gatal. Jadi aku pikirkan dulu nak makan atau tak.
Dalam sibuk berpantang, aku masih aktif menulis, dah dapat tawaran dari satu penerbit, sebab dia orang dah baca mss yang aku upload di ilham, diaorang berminat, tapi aku masih fikir-fikirkan dulu. Moga aku berjaya menjadi seorang penulis. Cita-cita dari zaman sekolah lagi. Ameen. Yang nak baca boleh lah intai-intai dia ilham.
#isteriakunanny! Jempu baca di ilham,
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=5234&idc=29514