Tak sabar rasanya nak bagi Fishah makanan pertama,tapi buat masa ni,tak beli lagi apa2 yang patut persediaan untuk bagi Fishah makan.Tadi saje jalan2 blog orang terbaca tentang pemakanan bayi.Jadinya saya kongsi sekali kat blog saya,supaya ibu2 lain juga dapat manfaatnya.Dan peringatan untuk diri saya juga : ) ..
Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk solid food
Terdapat tanda yang menunjukkan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru, iaitu:
- Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan
- Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat atas meha
- Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari..
- Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga)
- Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
- Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya.
Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)
Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga
mereka bersedia untuk makan makanan solid. Ada sesetangah ibubapa
berpendapat lebih elok jika bayi diberi makanan solid seawal usia 4
bulan lagi, dengan harapan berat badan bayi mereka bertambah (tak kena
marah dengan nurse), tidur malam dengan nyenyak tanpa menggangu tidur
ibubapa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang
akan berlaku kepada bayi ini seperti:
- Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam
dengan sempurna - dalam tahun juga ade beberapa kes dilaporkan usus bayi
pecah kerana diberi makanan solid seawal usia 4 bulan.
Pengenalan makanan solid pada usia 6 bulan
Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda
sehingga mereka berusia 12 bulan. Namun setelah bayi anda mencapai umur 6
bulan, seharusnya mereka didedahkan dengan makanan solid, ini adalah
kerana.. bilanya bayi anda mencapai umur 6 bulan, mereka memerlukan
pendedah kepada tekstur pepejal dah bukannya hanya berharap pada susu
ibu atau pun susu formula sahaja.
Kadar tumbesaran bayi berlaku dengan sekelip mata sahaja,Namun begitu
dalam proses tumbesaran terdapat pasang surut terhadap selera anak
anda, yang dipengaruhi oleh keadaan seperti :
- tumbuh gigi
- keaktifan seseorang bayi
- proses meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya
Apa itu “ Baby -Weaning”?
Weaning itu sendiri membawa maksud perubahan daripada minuman susu
ibu atau susu formula sahaja kepada pemakanan makanan solid.. yang
bertekstur halus.
APA YANG PERLU DIBERI PADA BAYI SEBAGAI MAKANAN PEJAL PERTAMA BAYI ANDA
UMUR 4 ~ 6 BULAN :
-
Tujuan memperkenalkan makanan pada baby ketika ini ialah untuk
membiasakan baby anda dengan perubahan pelbagai rasa & struktur
makanan.
- Mulakan dengan 1 hidangan sehari dengan hanya
memberikan kuantiti kecil makanan (1sudu makan) pada breakfast ( 10am or
11am) dan kita tengok penerimaan baby terhadap makanan tadi.
-
Jika baby menolak/reject makanan tadi itu bermakna baby masih belum
ready untuk makan solid food. Jangan sesekali campurkan nestum/cereal ke
dalam botol susu baby, BAHAYA!.
- Jika baby anda menerima
makanan tadi, maka selepas beberapa minggu (anggaran dalam 2 weeks)
jadikan 3 hidangan setiap hari dengan meningkatkan kuantiti makanan.
-
Antara cara untuk melihat baby anda bersedia, cuba ambik makanan tadi
dengan jari anda dan lihat jika baby anda mampu menelan makanan tersebut
maka teruskan menyuapkan makanan baby dengan sudu. Jika tidak itu tanda
baby masih belum bersedia.
- Antara makanan awal yang boleh di
intro kan kepada baby anda ialah Brown Rice , Avocado & Banana,
Apple , Pear , sweet potato bukan potato biase tu ye, pumpkin
UMUR 7 ~ 8 BULAN :
Brown
Rice, Oat, Keledek Oren/Ungu, Barley , Avocado , Apple , Banana,
Appricot, Manggo ,Peaches, Pear , Plum , Prune, Pumpkin, Sweet potato ,
Dates, Green bean,Carrot , Peas ,Zuchini, Kacang Peas , Ayam, tauhu @
tofu lembut
UMUR 8 ~ 10 BULAN :
Brown
Rice, Oat, Barley , Keledek Oren/Ungu, Wheat, Pasta, Sesame, Flax
Avocado , Appricot,Blueberry, Cherry, Cranberries, Apple , Grape, Kiwi,
Strawberry, Manggo,Papaya, Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo ,
Blueberries, Peaches, Pear , Plum , Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato ,
Green bean, Carrot , Kacang Peas, Timun Jepun, Labu air, asparagus,
broccoli, bunga kobis , terung, cendawan, bawang, cili benggala ,ayam ,
tauhu @ tofu lembut, beef , egg yolk & fish , plain yoghurt but full
fat, butter & cheese (seeloknya cream cheese)
selepas baby
8bulan anda boleh juga menambahkan bawang putih, bawang merah, batang
celery , halia atau daun parsley ke dalam bubur baby. (atau herbs)
UMUR 10 ~ 12 BULAN :
Semua
jenis grain , Keledek Oren/Ungu, Avocado , Appricot, Blueberries,
Cherry,Cranberries, Apple , Grape, Kiwi, Strawberry, Manggo,Papaya,
Perssimmon (pisang kaki), Banana, Manggo , Peaches, Pear , Plum ,
Prune, Dates, Pumpkin, Sweet potato , Green bean, Carrot , Kacang Peas,
Timun Jepun, Labu air, asparagus, broccoli, bunga kobis , terung,
cendawan, bawang, cili benggala ,ayam , tauhu @ tofu lembut, beef,
bawang, Jagung, timun, bayam , tomato, , whole egg & any fish
CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:
1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur...
gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali
2/3 jenis2 sayur/buah...
- Sayur yg baby leh makan:
- Bayam Hijau@Merah
- Brocoli
- Kentang
- Carrot
- Pumpkin
- Avocado
- Cauliflower
- Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
- Cranberry
- Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
-
- Pear
- Apple Merah
- Pisang
- Strawberry
- Blueberry
- Ikan yang boleh di makan (saya bg anak saya ikan mase umur 8 bulan)
-
- ikan salmon (mmg banyak khasiat)
- ikan yu
- ikan kurau
- ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)
2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2... Saya guna blender
kering tu je. Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut
dah.
3.Accoding to my paed, nasi banyak kabohidrat, so kekdg tu tukar2 dgn
oat or beras perang. Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji..
baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti
masukkan kurma or kismis.. bg rasa.. ikut Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.
4.Mcm saya, sy masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...
5. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan bolehbBekukan asing2 dlm
baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku,
keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.
CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:
1. Sangai dulu beras tu (goreng tanpa minyak atas pan). Masak nasi
mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang.
(untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)
2.Then, pas perut dia dah boleh terima solid food, campur dengan vege
( yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn
campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia
tak leh terima ke)
3.Pada mommies yang nk antar kat BS.. and mommies yg nak buat asing
utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray.
Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam
tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut
karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n
simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dlam
slow cooker sekali dgn beras.. masak.. and then blend..
4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya
dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya...
sbb senang..
5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke
6. Nak simpan dalam freezer simpan dpm tupper kecik, and tagging... (tarikh dgn bahan2)
CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING
1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...
2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging
ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia
mmg kuat utk baby...
3. Bekukan sama mcm sayur/buah.
Dah siap!!!! hehe
---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker
ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab
barah)...
---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan
kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak
panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga...:)
---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...
---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang
dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah
ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang
garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu..
2 kali campur la dgn bubur...
Tempoh penyimpan: freezer storage ---
-
- vegetables / fruits puree=6bln
- fish = 10 weeks meat
- chicken =10 weeks
- 6bln puree's with milk 4-6 weeks
- kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..
Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid
food), ibu boleh tau anak alergiC apa dan apa makanan yg diorang
suka/tak suka...
PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN & CARA PEMAKANAN FOR BABY
CARA BETUL MEMBERI BAYI MAKAN
1) Anak berada dlm keadaan selesa
-
Pangku bayi anda semasa memberinya makan.Tinggikan sedikit bhgn kepala
supaya dia dpt mkn dgn lebih selesa.Untuk mjaga kebersihan pakaian
bayi,gunakanlah bib.
2) Makanan yg sesuai
-
Makanan pertama yg anda perkenalkan kpd bayi mestilah benar-benar lembut
dan tidak terlalu berperisa.Biasanya,pd peringkat permulaan,bayi akan
lebih senang menerima bubur nasi krn tekstur dan rasa yg seakan susu
3) Tidak terlalu panas
-
Makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak pun terlalu sejuk.Cukupla
sekadar suam-suam.Selain itu,jgn suapkan terlalu byk makanan pd
satu-satu masa.Beri anak anda mkn sedikit demi sedikit.Cara ini akan
memudahkan anak utk belajar menelan makanan dan dlm masa yg sama belajar
mkn menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu
4) Bersabar
-
Pertama kali mberi anak mkn memang memerlukan kesabaran yg tinggi.Anak
anda tidak akan mudah menerima makanan yg diberi.Mungkin sebab dia belum
biasa utk makan.Jadi,ambillah masa
5) Jaga kebersihan
-
Pastikan semua peralatan yg digunakan termasuklah makanannya bersih
drpd sebarang kekotoran utk mengelakkan bayi anda sakit perut.Hal ini
perlu dipandang serius agar bayi tidak berasa serik utk
makan.Ingat,memberi anak mkn adalah utk menjadikan mereka lebih sihat
dan bukan mendapat penyakit
6) Pastikan bayi betul-betul lapar ketika itu
-
Ramai berpendapat,waktu terbaik utk memberi bayi makan ialah selepas
mereka bangun drpd tidur pada waktu pagi.Mungkin di antara pukul 10
hingga 11 pagi.Ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar.Agar bayi tidak
terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum sedikit susu dahulu
sebelum meneruskannya dgn memberi makan
INFO
Masa
terbaik utk memberikan anak makan buat kali pertama ialah pada waktu
pagi ataupun tengahari.Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan
makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yg alahan terhadap
sesetengah jenis makananJika hal ini berlaku pada waktu siang,mudahlah
bagi anda utk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun
Semakin
bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa
makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk
memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.
Perlu
diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara
makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum
matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga
adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh
bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan.
Teruskan membaca…
Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan
- Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.
Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan
- Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem
penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah
memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda
diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.
- Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.
- Putih Telur :
Bayi
boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur
sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko
alahan putih telur adalah tinggi.
- Buah-buahan Citrus:
{mosimage}Buah-buahan
dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan
alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah
alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang
tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.
- Madu :
Walaupun
madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah
setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada
maut!
- {mosimage}Kacang, Mentega Kacang :
Selain
daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga
boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.
- Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur:
Teruskan
dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih
belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral
yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai
semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan
keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu
dalam keluarga.
- Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.
- Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.
Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.
- Gandum dan Produk Gandum :
Kebanyakan
bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam
diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu
sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.
- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu
hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap
apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan
adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.
Makanan Yang Perlu Dielakkan: 12 bulan hingga 24 bulan
- Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak
yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan
pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah
lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda
seelok-eloknya.
- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu
hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap
apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan
adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.
Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang
sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat
diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.
Kenapa tidak selamat?
Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium
botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu
“Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu “botulism”?
Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata
kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika
bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan
muntah2,cirit-birit dan sakit badan.
Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila
madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis
toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak
matang dan menyebabkan “botulism”.
Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah
lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur
untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada
umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan
diberi bawah umur 1 tahun.
Simtom-simtom:
1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal
symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau
makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36
jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau
doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan
berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot
pernafasan
Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana
usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin
yang dihasilkan oleh spora ini.
CARTA MAKAN BAYI
disclaimer: this chart is conservative in nature.
it should NOT be used to replace the advice of your doctor.