13 Nov 2012

PERKENALAN UNTUK TUTORIAL (JAHITAN)

assalammualalikum dan hai kawan-kawan semua ..

ok hari ini kita tak akan belajar lagi bagaimana nak menjahit item "HAMMOCK UNTUK SUGAR GLIDER ANDA" kerana hari ini adalah hari untuk kita berkenalan..sesiapa yang terbaca entry ini sila "LIKES" dan "KOMEN" 'SAYA MINAT' ..sebab admin nak tengok berapa orang yang berminat untuk belajar menjahit item-item hammock untuk haiwan kesayangan anda :) ... contohnya sugar glider , kucing , guinea pig dan lain-lain.

ok buat pengetahuan anda semua saya adalah admin untuk page Sugar Glider KL club di Facebook .. silalah LIKES ya :) ,pada yang sudah pun likes admin ucapkan ribuan terima kasih :) ...

ok 1st sekali admin nak beritahu intro dulu .. sebenarnya admin dulu masa mula-mula bela SG ni,admin hanya beli sleeping pouch dan bonding pouch,masing-masing berharga RM 15 untuk SP,dan RM 45 untuk BP,tiba-tiba admin terfikir nak jahit sendiri je hammock-hammock diaorang ni.





1st sekali admin jahit SP,setelah hampir 10kali mencuba barulah menjadi hasil carian di youtube.. :) ..
dan sehingga sekarang dah bermacam-macam jenis hammock admin hasilkan bersama suami :) ..

Akhirnya admin terfikir untuk membuat jualan di Fb,mula-mula tak terfikir pun akan dapat sambutan..tetapi makin hari makin bertambah customer .. alhamdulillah .. Apa yang kami pegang adalah,kami mementingkan kualiti walaupun harga kami jauh lebih murah dari produk keluaran peniaga online seperti kami.

Kami mengerti dan faham perasaan anda,kerana kami juga pengguna seperti anda .. Jadi sebab itu kami menjualnya dengan harga yang murah dan berkualiti...alhamdulillah kami belum pernah mendapat sebarang komen ketidakpuashatian tentang produk kami dari customer-customer kami,anda boleh baca komen-komen di Fanpage : http://www.facebook.com/SugarGliderKLclub

ok disini kami nak beritahu apa yang paling penting anda perlu ada untuk permulaan menjahit item-item untuk haiwan kesayangan anda

1 - GUNTING



2- KAPUR 



  • Kapur tukang jahit adalah kapur yang tidak mudah pecah, pilih warna yang sesuai dengan fabrik dan kapur yang dibuat daripada lilin tidak sesuai untuk fabrik sintetik.
  • Menanda garis pemadam pada fabrik dan memindahkan garisan tanda pola pada fabrik.
  • Simpan di dalam bekas supaya tidak pecah.

3- PEMBARIS


4- MESIN JAHIT



Mesin jahit terpulang pada anda nak guna jenis macam mana atau brand apa .. Gambar-gambar diatas saya pinjam encik google :)


Mesin jahit yang saya guna adalah mesin jahit ini ..



yang ATAS untuk jahitan biasa , manakala BAWAH untuk jahit tepi


PERKENALAN :

SP - sleeping pouch
BP - bonding pouch

p/s  : SILA TINGGALKAN KOMEN UNTUK TUTORIAL PERTAMA ... CONTOHNYA NAK BELAJAR MENJAHIT SLEEPING POUCH / LAIN-LAIN


Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com