Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan 
Dalam batas yg wajar, sifat  keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka  berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat  keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap  keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita  yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria  membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza  dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka  dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan  dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa  kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik  menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,  pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang  terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan  secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga  menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga  penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.  Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping  walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak  berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik  kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan  sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan  pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta  mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.  Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka  serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih  di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan  cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan  suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat  menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada  di bandar atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai  seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang  menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan  buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu  apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia  tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki  memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib  yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang  wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman  pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…
p/s : betul ke lebih baik mencintai orang yg menyintai kita dan bukan kita mencintai orang??agk2 fhm x apa yg sy maksudkan?hehe

 



 






 
 

Catat Ulasan
Terima kasih kerana meninggalkan jejak
0 ulasan: