wahai kawan2ku,saudara-maraku..dan semua pembaca blogku,sama2 menghayati mengenai tentang MULIANYA RASULLULAH SAW..saya yang membacanya juga menangis,setelah membacanya..masyaAllah..mulia sungguh hatimu..kekasih ALLAH SWT..
 Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim 
daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW 
dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang 
bermaksud:
  "Aku adalah orang (manusia) yang paling awal 
dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat 
yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada 
hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera 
pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya 
berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat 
yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama 
dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka 
bangkit dari kubur, mereka akan mengibas 
(membuang) tanah yang ada di atas kepala 
mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami 
bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan 
kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. 
Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala 
serta dibenarkan oleh para rasul."     Ibnu 
Abbas ra berkata: "Orang yang pertama 
dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah 
Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya 
bersama seekor Buraq. Israfil pula datang 
dengan membawa bersama bendera dan mahkota. 
Izrail pula datang dengan membawa bersamanya 
pakaian-pakaian syurga."
Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana 
kubur Muhammad SAW?"
Bumi akan berkata: "Sesungguhnya, Tuhanku telah 
menjadikan aku hancur. Telah hilang segala 
lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak 
tahu dimana kubur Muhammad SAW."
Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan 
tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi 
Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat 
malaikat berada di atas kubur."
Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! 
Kembalilah ke tubuh yang baik!"
    Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang 
kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan 
yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, 
baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala 
dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat 
kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi 
bangunan. Baginda SAW menangis sehingga 
mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai 
Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala 
di tempat yang luas."
Baginda SAW bertanya, "Kekasihku Jibril! Hari 
apakah ini?"
Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah 
kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari 
kerugian dan penyesalan. Inilah hari 
pembentangan Allah Taala."
Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! 
Gembirakanlah aku!"
Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di 
hadapanmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu 
pertanyaanku."
Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat 
bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud 
pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan 
umatku. Di mana perjanjian mereka?"
Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! 
Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada 
manusia, sebelummu?"
Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah 
pertolongan pada hari ini. Aku akan 
mensyafaatkan umatku."
Jibril as berkata kepada baginda SAW: 
"Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan 
pergilah ke hadapan Tuhanmu!"
Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi 
Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril 
as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu 
tidak malu dengan makhluk yang paling baik 
dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala 
perintahkan kepadamu agar mentaatinya?"
    Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan 
tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar 
memasuki syurga sebelum dia menunggangku. 
Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari 
ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum 
pernah terjadi sebelum ini."
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! 
Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya 
aku memberi syafaat kepadamu."
    Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan 
baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. 
Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. 
Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul 
Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, 
malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh-tubuh 
yang telah hancur, tulang-tulang yang telah 
reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-
urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari 
perut burung, dari perut binatang buas, dari 
dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan 
Tuhan yang Maha Perkasa.
    Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk 
atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa 
tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap 
roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. 
Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari 
lautan kehidupan akan air yang sangat pekat 
seperti air mani lelaki. Daripadanya, 
terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. 
Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian 
mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh 
tanpa roh.
    Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup 
tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan 
mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. 
Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira 
dan suka. Sebahagian dari mereka adalah 
golongan yang celaka dan derita."
Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai roh-roh 
yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada 
tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk 
dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam."
Allah Taala berfirman:
"Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku 
kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!"
    Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah 
Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad 
mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. 
Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-
jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-
masing melihat.
    Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul 
Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri 
seperti belalang yang berterbangan. 70 umat 
berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu 
umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti 
memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti 
gelombang lautan.
Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk, 
datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang 
telah disediakan oleh Allah Taala."
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu 
kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW 
berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: 
"Di mana umatku?"
Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu 
adalah umat yang terakhir."
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: 
Tempatmu!"   Maka nabi Isa as dan Jibril as 
menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua 
menangis."
Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, 
Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"
Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. 
Mereka berjalan lambat dan perlahan."
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi 
Muhammad SAW menangis lalu bertanya: "Wahai 
Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat 
dosa?"
Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai 
Muhammad SAW!"
    Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, 
mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada 
baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala 
muliakannya. Mereka gembira kerana dapat 
bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga 
gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW 
bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis 
serta memikul beban di atas belakang mereka 
sambil menyeru: "Wahai Muhammad!"
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang 
zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad 
SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul 
di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, 
terdengar dari arah Allah Taala seruan yang 
menyeru: "Di mana Jibril?"
Jibril as berkata: "Jibril di hadapan Allah, 
Tuhan semesta alam."
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat 
mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana 
umat Muhammad SAW?"
Jibril as berkata: "Mereka adalah sebaik umat."
Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! 
Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa 
umatnya akan datang untuk ditayangkan di 
hadapanKu."
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis 
lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah 
datang  untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya 
lalu berkata: "Sesungguhnya kamu telah 
dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."
    Orang-orang yang berdosa menangis kerana 
terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi 
Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana 
pengembala memimpin ternakannya menuju di 
hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: 
"Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik 
kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah 
diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua 
melakukan dosa!"
    Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah 
Taala berfirman: "Hari ini, Kami akan membalas 
setiap jiwa dengan apa yang telah mereka 
usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa 
yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa 
yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi 
ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah 
kepadanya, bawakan Jahanam!"
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka 
lalu berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah 
memerintahkanmu agar membawa Jahanam."
Malik bertanya: "Apakah hari ini?"
Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. 
Hari yang telah ditetapkan untuk membalas 
setiap jiwa dengan apa yang telah mereka 
usahakan."
Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah 
Taala telah mengumpulkan makhluk?"
Jibril menjawab: "Ya!"
Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?"
Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!"
Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu 
menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan 
Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan 
mereka semua adalah umat yang lemah?"
Jibril berkata: "Aku tidak tahu!"
    Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali 
jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di 
atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-
tiang yang keras, kuat dan panjang. Api 
dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang 
dari makhluk melainkan bercucuran air mata 
mereka (semuanya menangis).
    Air mata sudah terhenti manakala air mata 
darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula 
beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya 
mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk 
padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Rasulullah SAW Membela Umatnya
    Di padang mahsyar orang yang mula-mula 
berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda 
bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu 
menyeru: "TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah 
khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada 
hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan 
anakku pada hari ini."
Allah Taala berfirman: "Wahai Ibrahim! Adakah 
kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya."
Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan 
asap Arsy yang naik lalu menyeru: "KalamMu. Aku 
tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku 
tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah 
aku dari kacau bilau Jahanam!"
Isa as datang di dalam keadaan menangis. 
Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: 
"Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh 
Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. 
Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!"
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi 
Muhammad SAW menyeru: "Tuhanku.. Penguasaku 
Penghuluku.. .. !Aku tidak meminta untuk 
diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku 
dariMu!"
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: 
"Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku... 
Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah 
Muhammad dan umatnya dari seksaannya! 
Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara 
apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya 
mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak 
akan sabar dengan penyeksaan."
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar 
di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman: "Di mana matahari?"   
Maka,  matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia 
berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: "Kamu! Kamu 
telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada 
kamu?"
Matahari menjawab. "Tuhanku! Maha Suci diriMu! 
Bagaimana aku harus memerintahkan mereka 
berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba 
yang halus?"
Allah Taala berfirman: "Aku percaya!"
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan 
kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah 
dihampirkan dengan kepala makhluk."
Ibnu Abbas r.h. berkata: "Peluh manusia bertiti 
dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak
-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk 
yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti 
jalan yang sempit.
Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara 
ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air 
matanya telah hilang dan kering dari pipinya. 
Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan 
sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi 
syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. 
Mereka berkata: "Maha Suci Allah! Hamba yang 
paling dimuliakan Allah Taala ini begitu 
mengambil berat, hal keadaan umatnya.
Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am 
Nahari berkata: "Pada suatu hari Nabi SAW 
menemui Fatimah Az-Zahara' r.h. Baginda SAW 
dapati, dia sedang menangis."
Baginda SAW bersabda: "Permata hatiku! Apa yang 
menyebabkan dirimu menangis?"
Fatimah menjawab: "Aku teringat akan firman 
Allah Taala."
"Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak 
akan mengkhianati walau seorang daripada 
mereka."
Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW 
bersabda: "Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, 
aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. 
Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat 
dikelilingi dengan perasaan dahaga dan 
telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas 
belakang mereka. Air mata mereka mengalir di 
pipi."
Fatimah r.h. berkata: "Wahai bapaku! Apakah 
wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?"
Baginda SAW menjawab: "Wahai Fatimah! 
Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk 
dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah 
mendengar Firman Allah Taala:" Bagi setiap 
orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan 
yang melalaikan dia.
( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: "Di mana aku hendak 
mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai 
bapaku?"
Baginda SAW menjawab: "Kamu akan menjumpaiku di 
sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum 
umatku."
Fatimah r.h. bertanya lagi: "Sekiranya aku 
dapati kamu tiada di telaga?"
Baginda SAW bersabda: "Kamu akan menjumpaiku di 
 atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku 
akan menyeru: "Tuhan Kesejahteraan! Tuhan 
Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: 
"Aamiin."
Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah 
Allah Taala lalu berfirman: "Nescaya akan 
mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu 
sembah."
Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang 
mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam 
melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka 
sebagaimana burung mematuk kacang.
Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, 
maka manusia yang menyembahNya datang beriring. 
Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ 
berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW!"
Allah Taala berfirman kepada mereka: "Mengapa 
kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?"
Mereka berkata: "Kami tidak menyembah melainkan 
Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah 
selainNya."
Mereka ditanya lagi: "Kami mengenali Tuhan 
kamu?"
Mereka menjawab: "Maha Suci diriNya! Tiada yang 
kami kenali selainNya."
    Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya 
untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi 
pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu 
malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka 
berkata: "Marilah kita pergi meminta syafaat 
kepada Muhammad SAW!"
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1.  Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2.  Kumpulan pemuda.
3.  Wanita yang bersendirian mengelilingi 
mimbar-mimbar.
    Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan 
lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat 
terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi 
Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat 
berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang 
paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan 
isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: 
"Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat 
Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka 
menyeru: "Di mana Muhammad?"
    Mereka berkata: "Kami adalah umat Muhammad 
SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang 
mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. 
Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar 
kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar 
kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu 
tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala 
untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada 
kami akan pergi ke syurga atau neraka."
Nabi Adam as berkata: "Pergilah kamu dariku! 
Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku 
mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam 
terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi 
berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur 
yang panjang dan sangat sabar. Mereka 
menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat 
mereka, dia berdiri.
    Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: 
"Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap 
Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara 
kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke 
syurga dan ahli neraka ke neraka."
Nabi Nuh as berkata: "Sesungguhnya, aku sibuk 
dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar 
kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. 
Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah 
Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!"
Nabi Ibrahim as berkata: "Sesungguhnya aku 
pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga 
pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan 
Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! 
Mintalah pertolongan darinya!"
    Nabi Musa as berkata: "Aku sibuk dengan 
kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa 
tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari 
kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui 
batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin 
memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya 
lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu 
mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. 
Pergilah kamu berjumpa Isa as!"
    Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi 
Isa a.s. berkata: "Sesungguhnya Allah Taala 
telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka 
telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan 
selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk 
bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam."
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra' 
sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi 
Muhammad SAW dia berkata: "Ini umat Nabi 
Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi 
mereka."
Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi 
Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi 
Muhammad SAW. "Ini umatmu, wahai Muhammad! 
Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta 
syafaat kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar 
lalu bersabda: "Marilah kepadaku, wahai umatku! 
Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. 
Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku 
sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!"
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: "Wahai Adam! Ke marilah 
kepada Tuhanmu!" Nabi Adam as berkata: "Wahai 
Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga 
Dia akan meminta kepadaku."
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah 
Taala berfirman kepadanya: "Wahai Adam! 
Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!"
Nabi Adam as bertanya: "Berapa ramai untukku 
kirimkan?"
Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki 
kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke 
neraka."
Allah Taala berfirman lagi:
"Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang 
yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, 
nescaya Aku akan mengasihi anakmu 
keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah 
janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu 
Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku 
tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! 
Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa 
yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada 
dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia 
untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding 
denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan 
bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. 
Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala 
agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya 
Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam 
neraka melainkan setiap yang kembali akan  
dikembalikan dengan dosa bagi orang yang 
melampaui batas."
Nabi Adam as berkata: "Tuhanku! Penguasaku! 
Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding 
aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha 
Mengetahui sesuatu yang ghaib!"
Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat
    Allah Taala menyeru: "Wahai Muhammad! 
Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan 
mereka di atas Sirat yang dilebarkan. 
Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan."
    Malaikat Malik berdiri di pintunya 
(neraka). Dia menyeru: "Wahai Muhammad! Sesiapa 
yang datang dari umatmu dan bersamanya ada 
perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan 
terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan 
terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! 
Katakan kepada orang yang diringankan agar 
berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan 
agar berjalan!"
    Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat 
Malik: "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah 
Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari 
umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika 
tidak, hati mereka akan gementar apabila 
melihatmu."
    Malaikat Malik memalingkan mukanya dari 
umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW 
telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi 
Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda 
kepada umatnya: "Ikutlah aku wahai umatku di 
atas Sirat ini!"
    Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti 
kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi 
seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga 
melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang 
keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan 
yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. 
Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana 
mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di 
atas belakang mereka.
    Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. 
Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari 
umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW 
akan menarik tangannya dan membangunkan dia 
kembali. Kumpulan kelapan menarik muka-muka 
mereka dengan rantai kerana terlalu banyak 
kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, 
mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad SAW!"
Nabi Muhammad SAW berkata: "Tuhan! Selamatkan 
mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
    Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh 
tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak 
diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, 
di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai 
banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira 
melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. 
Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati 
semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, 
kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila 
mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka 
menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki 
syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek 
serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan 
bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. 
Mereka memasuki syurga bersama-sama.
    Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum 
melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan 
mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: "Aku mengharamkan syurga bagi 
diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku."
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa 
mereka telah berkumpul. Mereka berkata: "Kami 
masih di dalam keadaan yatim di sini dan di 
dunia."
Malaikat berkata kepada mereka: "Bapa-bapa dan 
ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka 
tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka."
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari 
sebelumnya lalu berkata: "Kami akan duduk di 
pintu syurga moga-moga Allah Taala 
mengampuninya dan menyatukan kami dengan 
mereka."
    Demikianlah! Orang yang melakukan dosa 
besar akan dikurung di tempat pembalasan yang 
pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil 
"Tempat Teropong."  Kaki-kaki mereka akan 
tergantung di Sirat.
    Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama 
orang-orang yang soleh di kalangan yang 
terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di 
hadapannya, ada bendera-bendera yang 
berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas 
kepalanya.
    Apabila bendera baginda menghampiri pintu 
syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan 
mereka. Rasulullah SAW bersabda:
 "Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?" 
Malaikat menjawab: "Mereka menangis kerana 
berpisah dengan bapa dan ibu mereka. "Nabi SAW 
bersabda: "Aku akan menyelidiki khabar mereka 
dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, 
Insya Allah."
    Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama 
umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum 
akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita 
memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita 
di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita 
sebahagian daripada mereka.