19 Dis 2009

pengetahuan


Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda
Kurangkan makan bawang besar , Kurangkan makan berempah , Kurangkan makan ketumbar kering , Kurangkan menonton hiburan . Kurangkan membaca majalah hiburan , Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak , Kurangkan minuman air batu, air dalam tin(100 plus dan lain-lain)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak-kanak , Tidak makan kepala ikan. Tidak minum air yang ada semut , Tidak tidur selepas subuh. Tidak tidur selepas asar , Tidak tidur selepas makan . Tidak makan terlalu kenyang , Tidak makan berat selepas jam 9.00 malam .
Tidak menyapu rumah pada waktu malam , Tidak makan yang masam-masam berlebihan. Tidak dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan , Tidak minum susu selepas memakan daging/ayam .
Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain, Selalu makan makanan yang panas-panas , Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain-lain, Selalu minum air masak . Selalu makan ulam-ulam , Selalu mengamalkan pandangan hijau.
Selalu bersenam , Selau menggunakan imaginasi otak , Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya , Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Tidak ego ………….Tidak dengki pada orang lain ……..Tidak makan dari sumber yang tidak halal……..Tidak memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal ………Tidak makan makanan yang ada pewarna …………….Tidak makan makanan yang ada pengawet ………Tidak menggunakan minyak masak lebih dari 2 kali …………Tidak mandi selepas 9.00malam ......dan yang paling penting dibawah ini......... selamat beramal.....
Tidak sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.
Tidak masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Tidak makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
Tidak biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Tidak tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Tidak makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi Syaitan.
Tidak keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Tidak pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. Tidak biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Tidak menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. Tidak ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Tidak mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Tidak lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
Tidak bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Tidak banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Tidak biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Tidak suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Tidak terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Tidak mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata TIDAK. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.



Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan jejak

0 ulasan:



 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com