12 Jun 2021

Pulse Oximeter boleh jadi alat WAJIB ada dalam setiap rumah

 

Jika kita melihat pada keadaan sekarang, terlalu banyak kes kematian mengejut di rumah. Ini disebabkan kandungan oksigen dalam darah menjadi rendah dan paling menakutkan ianya tanpa gejala! 

Keadaan ini terjadi apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen yang kurang  daripada 95%, sedangkan bacaan normal adalah sekitar 95 % dan 100 %.  

Disebabkan hal ini sering terjadi, menyebabkan selain thermometer, Fingertip Pulse Oximeter ini juga wajib ada dalam list korang. Khususnya bagi pesakit covid 19 yang terpaksa kuarantin di rumah.

Memetik petikan akhbar Harian Metro

"Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil 'Happy Hypoxic'

Jadi bagi saya Pulse Oximeter ni adalah sangat penting untuk dimiliki bagi setiap 1 rumah. insyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu pengesanan awal gejala ini bagi mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

Selain dari itu, ianya bagus dimiliki bagi mereka yang ada asma, COPD dan penyakit lain bagi memudahkan pemantauan bacaan oksigen dalam darah.

Pulse Oximeter selain mudah dibawa sebab saiznya yang kecil, ianya mudah digunakan, bersifat ringan, mudah dibawa ke mana sahaja, dan paling penting dapat membantu memberi amaran awal mengenai hipoksemia (oksigen dalam darah rendah) supaya berhati-hati dan sebagai langkah berjaga-jaga buat diri kita dan juga orang keliling yang kita sayang.

Saya baru sahaja beli di shopee Pulse Oximeter ni. Harganya tak lah semahal mana.. Dan mampu dimiliki. 

Ni ha Oximeter yang saya dah beli dan dah guna pun. Memang mudah betul nak guna. Masukkan jari, tekan button on, dan tunggu sekejap. Dan dia akan off sendiri bila kita keluarkan jari.




gambar sendiri punya , gigih snap walaupun masa sekarang dah jam 1.54 pagi.


Sesiapa yang nak beli bolehlah dapatkan di kedai-kedai shopee. Atau kalau malas nak cari, nah saya share link kedai shopee tempat saya beli tu. Saya beli setelah ditolak coins dan juga free shipping RM38.17.


Cuma sebagai amaran, korang kenalah sabar untuk proses penghantaran tu. Seller agak lambat sedikit untuk urusan pengeposan. 

Tapi ada juga link-link lain yang bolej dipercayai. Macam yang ni pun okay. Harga masa saya tengok bawah RM50.


Tapi kalau korang sejenis yang nak yang ada brand dan agak pricey, boleh belek-belek Pulse Oximeter jenis ni. 

ni brand Medisana, harga masa ni saya tengok dalam RM170 macam tu. Kalau tak silaplah. Kalau nak kepastian tekan je link. Hehe.

Atau pun yang ni dalam RM110 mcm tu.


Okaylah, kalau malas juga nak cari tu, tak tahulah. Link pun dah bagi.. Tinggal nak add to chart sahaja. Lepas tu ting! Buat payment, dan boleh tunggu depan rumah dengan bahagia. ❤





1 Jun 2020

MONSTERA SEAKAN PENGGANTI AIR PURIFIER

MONSTERA YANG SEAKAN AIR PURIFIER 

Untuk rumah yang tiada air freshner atau pun air purifier, apa kata cari pokok yang boleh bantu segarkan kediaman kau orang. Selain snake plant yang sedang hangat diviralkan mampu memberi udara yang lebih bersih dan menyegarkan, apa kata korang cari pokok monsfera deliciosa ni.

Dengan keunikan daunnya, mampu menyerikan lagi ruang rumah korang.

Apa yang paling best, monstera ini dikatakan mampu memperbaiki kualiti udara dengan menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Tambahan lagi, dengan keadaan bumi yang semakin menghilang hijaunya, apa kata korang 'grab' satu pokok monstera ni dan letakkan di sudut ruang tamu rumah korang.

Tetamu datang mesti terpikat. Ha.. Dah bila terpikat, time ni boleh lah korang buat duit pula, ambil order, dan hantar ke rumah. Kan bijak tu.

Apa yang tambah BEST, monstera ni mampu menyerap formaldehyde dalam udara. Formaldehyde kalau di sekeliling kita, ianya datang dari asap rokok, bahan terbakar, asap atau gas yang tidak kelihatan. Jadi bila pokok ni mampu menyerapnya, pastilah ianya HEBAT kan ciptaan Tuhan yang satu ni.

Dah baca? Diizinkan share. Tak salah berkongsi ilmu kan?

P/S maaf andai ada tersalah tafsiran mengenai Formaldhyde.. Jika salah minta toling betulkan 💕




29 Apr 2020

RESEPI KIMCHI MASAKAN KOREA HALAL

Ni bahan yang kita perlukan untuk hasilkan KIMCHI yang gerenti terbaik dan sedap.

Sebiji kobis panjang (tak tahu boleh google macam mana rupa dia) 
1 biji lobak putih
1 biji lobak putih
Daun bawang
1 cawan garam
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang holland (bawang kaler kuning)
1 1/2 cawan Kochugharu / Gochugaru (had ni boleh beli online kat shopee atau lazada atau beli dekat website Ommason, boleh juga guna chili flakes (kepingan cili)
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
3 cawan air
1 cawan sos ikan

Okay, sekarang jom tengok step macam mana nak tukar bahan kat atas tu, jadi KIMCHI

1. Potong kobis panjang, rendamkan dalam air sekejap, kocak-kocak, basuh bersih kobis. Lepas tu tapis air dia.

2. Kemudian, gaulkan kobis dengan garam.

3. Setiap 30 minit, tukar atau balik-balikkan kobis, bagi sama rata kena semuanya.

4. Ambil tepung beras, masukkan air kacau bagi tak nampak tepung dah. Kemudian masak atas api sehingga kental macam nak buat lapisan atas kuih pelita atau limas. Kacau sehinga dia mendidih meletup-letup, macam kita buat sambal tumis tu, kan meletup-letup, memercik sampai cedera parah dinding dibuatnya. Tapi bubur ni tak perlu sampai gitu, setakat meletup kecil dah cukup. Tutup api. 

5. Kemudian masukkan gula, dan masak semula atas api hingga mendidih. Dan didih? Tiup sampai sejuk. Hehe.

6. Lepas tu potong nipis lobak putih, lobak merah dan daun bawang. Nak sagat pun okay, lagi senang, cuma pastikan jadi bentuk batang mancis.

7. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang holland dan sos ikan dalam blender. Lepas tu kisar halus.

8. Okay sekarang sudah tiba masa untuk kita hasilkan pes KIMCHI kita. Ambil bubur yang dah sejuk tadi, chili flakes dan bahan kisar halus kita tadi. Masukkan dalam 1 bekas. Macam dalam gambar, ayu guna Kochugharu dari ommason. Boleh didapati di kedai shopee sini https://invol.co/cl4ox45

9. Tambahkan garam, gula atau serbuk perasa. Dan gaul.

10. Setelah kobis selesai diperap selama 2 jam. Boleh angkat dan basuh sekurangnya 3 kali. Bilas dengan air bersih. Ini untuk menghingkan rasa masin.

11. Setelah pastikan semua bahan campuran sudah tersedia. Masukkan lobak putih, lobak merah dan daun bawang ke dalam pes.

12. Kemudian masukkan pula kobis panjang tadi dan gaul rata. Setelah rata, gulungkan kobis panjang hingga ketat, boleh perah sedikit kobis. Ianya untuk mengurangkan rongga udara.

Setelah itu simpankan dalam bekas. Susun kobis rapat dan mampat.

13. Simpan kimchi di luar selama lebih kurang 1 1/2 hari untuk proses penapaian.

14. Setelah ditapaikan simpan dalam peti sejuk. Apabila hendak makan, gunakan sudu yang bersih dan letak dalam mangkuk lain, dan tutup semula bekas dengan baik. Kimchi boleh bertahan berbulan-bulan.

SIAP!

boleh makan sambil tengok drama korea, lebih-lebih lagi The World of married Couple.. Jangan sampai tersedak sudah. 

Kimchi boleh dibuat lempeng atau cucur dengan hanya tambah tepung gandum. Boleh dibuat nasi goreng. Boleh dimakan dengan bimbimbap dan mengikut kreativiti memasing. 

#KitaJagaKita #StayAtHome 



4 Feb 2020

Cara CEPAT dan MUDAH tuntut wang yang tidak dituntut (WTD)

Dikatakan masih ramai lagi tak tahu tentang WTD ni., termasuk aku sendiri yang baru sahaja tahu pasal ni. Itu pun selepas suami beritahu. Suami pulak tahu dari kawan baiknya. Ha.. Begitulah cerita versi pendek, macam mana aku tahu pasal WTD ni..

Okay.. 1st sekali untuk memudahkan kerja korang. Klik sini https://egumis.anm.gov.my/

Pakai phone pun boleh. Aku semua buat dari phone je. Lepas tu, dekat belah kanan atas, ada tulis pendaftaran. IKUTKAN saja SEMUA STEP ya. Lepas dah settle, boleh dah klik dekat log masuk.


Key in je nama pengguna dan kata laluan. Dia tak perlu nak sahkan dekat email pun. Dah daftar tadi, kiranya dah settlelah tu.. Dah boleh jenguk dah kot-kot ada rezeki WTD korang.

Bila dah tekan LOG MASUK, dia akan keluar macam kat bawah ni..

 
Okay ikut je apa dia suruh.. KLIK DISINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT. 

Masukkan no. Pengenalan, bermakna no IC korang lah ya.. Lepas tu klik cari.. 

Okay kalau ada, dia akan keluar macam kat atas tu. Ha.. Kat sini dah start bab MUDAHkan kerja korang untuk WTD ni. Nampak tak, bawah kanan sekali.. Ada butang CETAK. Klik CETAK tu.. Kalau ada printer lagi bagus. Macam aku memang dah sesiap linkkan dengan printer phone aku ni. So klik cetak tu, keluarlah statement yang korang perlukan masa nak tuntut duit yang korang dah lupa kewujudannya tu. 

Okay settle satu bab. SEKARANG, photostat sekali 2 keping IC KORANG. 2 keping sebab incase apa-apa kot sekeping lagi TERBANG kat tengah JALAN ke.. Hilang tanpa sebab ke kan.. Jadi baik sediakan payung sebelum hujan. 

Sekarang STEP 3 pulak.. Dah alang-alang depan printer. Korang print sekali borang ni. Jangan terkejut nama je borang, tapi sekeping je pun. Macam aku siap tengok ulang kali, sebab selalunya kurang-kurang borang nak kena isi ada 2 keping. Tapi yang ni bebetul memang ada sekeping je. 

https://semakanonline.com/wp-content/uploads/2017/11/3Borang-Permohonan-UMA-7-Pin.-1-2015.pdf

Ni borangnya ya.. Klik ja kat situ. Dan isi sesiap. 

STEP 4.. Pergi bank untuk dapatkan statement bank korang. Bank statement yang aktif. Cakap kat diaorang nak guna untuk WTD. Dan biasanya pihak bank tahu, tunjuj sekali bukti WTD yang korang nak tuntut tu. Macam aku, terus buka akaun baru untuk BSN, sebab memang sebelum ni dah ada niat nak buka akaun kat situ sebelum tahu ada duit yang tak dituntut kat bank tu lagi dah. 

Dapat bank statement, dapat jugak surat akuan macam kat bawah ni.. 


Alhamdulillah settle dah untuk WTD ni. Macam aku kat PERAK.. Buat tuntutan WTD ni kat alamat bawah ni (BANGUNAN MAJU PERAK) 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak
Tingkat 5-9, Wisma Maju UMNO,
Jalan Sultan Idris Shah, 30990 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-2462100

Faks : 05-2411343

Dah sediakan semua apa yang perlu.. Terus je bawa ke alamat atas tu. Kalau negeri lain, boleh tengok kat website egumis ya. 

Sampai dekat Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak, terus jumpa makcik atau pak guard kat situ. Untuk yang nak hantar borang, beritahu je korang nak hantar borang. Tak perlu tulis nama dalam buku log. Masuk lif, tekan tingkat 6. Dekat situ ada kaunter untuk cek WTD ni, tapi selalunya punyalah ramai. Jadi lebih baik buat semuanya online. Mudah dan cepat. Sampai kaunter terus beritahu nak hantar borang. Dorang akan tunjuk belah kiri kita ada bilik, dekat situ ada dua orang lelaki yang setia menanti sambil nonton TV. Hehe. Bagi dia cek semua apa yang kita dah sediakan tadi. Bila semua dah okay, dah complete.. Dia akan bagi satu kertas warna kuning menunjukkan yang borang kita dah lengkap dan pengesahan penerimaan borang WTD kita tu. 


SELESAI

Nak tanya apa-apa boleh tinggalkan komen. Boleh jawab aku jawab. Tak boleh jawab, aku minta maap. Heheh

untuk negeri-negeri lain boleh pergi dekat link kat sini untuk cek kat mana korang boleh pergi selepas dah lengkap semua keperluan WTD ni.

http://www.anm.gov.my/index.php/hubungi-kami-perak/peta-lokasi






3 Dis 2019

Jom Buat Sendiri Tuam untuk Baby


KHASIAT RAMUAN

1. Jintan Hitam / Habbatussauda
- Bersifat antibakteria
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Membantu melancarkan pembuangan angin dalam badan
- Mengurangkan masalah perut kembung
- Membantu masalah pencernaan
- Menghangatkan badan

2. Lada Hitam
- Kaya dengan vitamin baik untuk tubuh seperti vitamin C, Vitamin A, Flavanoid, Karoten & oksidan
- Membantu menghilangkan radikal bebas
- Membantu masalah pencernaan
- Meredakab gas dalam perut akibat kembung perut
- Meningkatkan penyerapan nutrisi

3. Halba
- Membantu masalah pencernaan
- Membantu masalah kembung perut
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu mengurangkan demam
- Membantu mengeluarkan angin dalam badan
- Membantu masalah radang kulit

4. Biji Ketumbar
- Membantu masalah penghadaman
- Merangsang pencernaan
- Menguatkan perut
- Melancarkan pengeluaran air kencing
- Melancarkan peredaran darah

5. Biji Sawi
- Memanaskan tubuh badan
- Melawaskan perut
- Melicinkan salur tali pusat
- Membantu mengeluarkan cacing dalam perut
- Membantu mengelakkan sesak nafas
- Melancarkan peredaran darah

6. Garam
- sebagai bahan pemanas
- Mengurangkan bengkak atau sakit
- mengurangkan sakit lenguh-lenguh sendi
- mengurangkan sakit kepala, senggugut


Antara KEBAIKAN BERTUNGKU / BERTUAM adalah:

✔ Memberikan lebih keselesaan kepada bayi
✔ Mengelakkan dari terjadinya kembung perut pada bayi
✔ Menghangatkan bayi selepas mandi atau waktu sejuk
✔ Meredakan lebam bayi selepas dicucuk
✔ Mengelakkan berlakunya angin pasang (hernia) pada bayi lelaki
✔ Melancarkan peredaran darah
✔ Membuang angin dari dalam tubuh
✔ Membantu bayi tidur lebih lena & kurang menangis
✔ Meredakan bengkak susu (pada ibu)


 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com