Waktu memasak : 4 Jam
Saiz hidangan untuk : 10 orang
BAHAN-BAHAN:
  • 500gm beras                           | dibasuh dan ditoskan
  • Daun pisang secukupnya
  • Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
  1. Gulung daun pisang untuk dijadikan kelongsong.
  2. Kemudian sematkan lidi di hujung kelongsong daun pisang tadi.
  3. Masukkan beras ¾ penuh ke dalam kelongsong.
  4. Akhir sekali, rebus lontong selama empat jam atau sehingga masak.
  5. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidangkan.


  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.




Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1kg kacang tanah
  • 2 batang serai
  • 1inci halia &lengkuas-ambil airnya
  • 3 senduk gula atau ikut suka
  • 1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
  • 20 tangkai cili kering
  • 1/3 belacan
  • 20 ulas bawang merah kecil
  • 3 senduk minyak masak
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
  2. Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
  3. Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
  4. Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
  5. Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
  6. Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.
  7. Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah!