25 Dis 2012

Buntat/Geliga/Batu

ada tak sesiapa yang minat bab-bab Buntat/Geliga/Batu , saya ada koleksi barang-barang ni ...

saya ingin tahu sesiapa boleh bagi penjelasan / nama batu-batu yang saya miliki ini ..



menurut ayah , ayah menjumpai batu ni diatas sebuah padang , sesiapa yang mengetahui batu ini jenis apa boleh lah kongsikan ya :) ..


ok , yang ni dijumpai oleh bapa saudara saya didalam ikan cencaru .. saya amat berkenan tengok warna batu ni .. sesiapa yang ketahui tentang batu ini bolehlah berkongsi sama ya :)


yang ni telah pun dijadikan batu cincin , bentuk asalnya saya tidak pula snap picnya..sebab langsung tak terpikir.. batu ni asalnya besar macam bongkah .. didapati dari sebuah gua , lupa gua mana oleh bapa angkat ayah saya .. sekarang tinggal yang ini sahaja kalau xsilap saya,sebab yang lain telah pun dibahagikan kepada jiran-jiran untuk dicanai menjadi batu cincin mereka :) .. yang ni pun tak tau nama batunya ..

p/s : setiap batu pasti ada namanya tersendiri kan .. jadi sesiapa mengetahuinya bolehlah kongsikan sama-sama disini :) .. 




18 Nov 2012

BOIKOT ( Ok ke X? )

Ramai yang cakap kenapa tak tutup je akaun FB,tak payah guna Apple,Android,Microsoft,Intel dan lain-lain.. Youtube .. ya , betul tu tapi sekurang-kurangnya kita masih ada usaha untuk cuba tidak menggunakan produk Israil ini.Tapi tak apalah semua orang ada pendapat mereka sendiri ...

Saya sendiri dulunya makan KFC,MCD,Pizza HUT,pergi STARBUCKS, dan gunakan produk-produk yang berkaitan dengan ISRAIL.. kerana dulu masih tidak mengerti apa dan mengapa..namun sekarang saya ingin cuba membuang sedikit demi sedikit dan cuba elakkan dari terbeli dan pergi ke tempat yang ada kena mengena dengan Zionis Laknatullah ini ... Tak apalah tidak mampu buang kesemuanya,namun sekurangnya kita sudah berusaha sedaya kita,kita tidak mampu untuk turut serta ke medan perang,namun Allah swt tahu apa niat kita insyaAllah :)

Dan untuk yang ingin terus mengguna pakai ,makan dari produk-produk dari Yahudi ini biarlah,mungkin mereka juga punya alasan tersendiri.Kita harus hormat setiap pendapat.Kita tidak boleh paksa orang buat,apa yang kita buat. 


Namun mari kita ambil sedikit pencerahan dari kisah Nabi Ibrahim a.s


Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu:
“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”




Save Gaza dan semua umat ISLAM yang tertindas (QUNUT NAZILAH)


Assalammualaikum

Entry kali ini saya meminta kepada pembaca blog saya agar sama-sama membantu saudara seIslam kita dengan doa , dan segala jenis usaha yang mampu kita laku kan insyaAllah ...

ingatlah "doa itu senjata untuk orang mukmin"


Panduan Qunut Nazilah

PANDUAN QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.




13 Nov 2012

PERKENALAN UNTUK TUTORIAL (JAHITAN)

assalammualalikum dan hai kawan-kawan semua ..

ok hari ini kita tak akan belajar lagi bagaimana nak menjahit item "HAMMOCK UNTUK SUGAR GLIDER ANDA" kerana hari ini adalah hari untuk kita berkenalan..sesiapa yang terbaca entry ini sila "LIKES" dan "KOMEN" 'SAYA MINAT' ..sebab admin nak tengok berapa orang yang berminat untuk belajar menjahit item-item hammock untuk haiwan kesayangan anda :) ... contohnya sugar glider , kucing , guinea pig dan lain-lain.

ok buat pengetahuan anda semua saya adalah admin untuk page Sugar Glider KL club di Facebook .. silalah LIKES ya :) ,pada yang sudah pun likes admin ucapkan ribuan terima kasih :) ...

ok 1st sekali admin nak beritahu intro dulu .. sebenarnya admin dulu masa mula-mula bela SG ni,admin hanya beli sleeping pouch dan bonding pouch,masing-masing berharga RM 15 untuk SP,dan RM 45 untuk BP,tiba-tiba admin terfikir nak jahit sendiri je hammock-hammock diaorang ni.





10 Nov 2012

ANUGERAH SKRIN 2012/2013?

Sebenarnya bukan nak tulis sangat pun hal ni .. kebetulan tengah bakar roti dalam microwave "MENGGRILLKAN ROTI.."disapu butter dan sekaya .. sedap nya!

tapi tengah dok tunggu roti tu siap. . tetiba mak mentua panggil .. ayu.. ayu .. sambil ku menoleh kearah mak mentua ku yang sedang menonton TV3 .. ya mak ? kenapa ..?

ni ha .. si laki ni apa namanya ntah .. tak de tangan .. ada ka ptut ckp "nasib baek tv3....boleh sntuh cket2...klu tv al-hijrah xboleh sntuh lngsung......"




22 Okt 2012

Petua Kecantikkan

Tadi sedang berblog walking tiba-tiba terbaca petua kecantikkan yang bagus untuk diamalkan.. PETUA TRADISIONAL lah kiranya

PETUA-PETUA KAMPUNG YANG AMAT BAGUS!

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN 

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara inimenyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.




Produk Penjagaan Wajah

hihihi.. kali ni tetiba rasa nak menulis tentang produk penjagaan wajah yg sy guna skrg ..

masa jejalan nak cari barang makeup baru di watson seri manjung (baru tau kat sini ada watson) , coz barang makeup tertinggal di KL , last2 husband ajak beli baru je kat sini.Sedang dok mencari alang2 cari sekali brg mandian bagai , tetiba ternampak produk Bio-essence Tanaka White 4x Anti Dark Fighters!






20 Okt 2012

Lawatan Cinta Kasih bersama anak-anak yatim dan fakir miskin

Pergi melawat ke tempat2 yang berada dalam poster..  bersama dengan anak2 yatim / fakir miskin Tujuan : Meraikan anak2 yatim . Kita mahu membahagiakan mereka dengan harta kita, kehadiran kita, dan senyum tawa kita 
assalammualaikum,hai semua dh lama sangat saya tidak post apa2 di blog ni :) ..






17 Sep 2012

SAKIT

13 Sept 2012

Malam tu rasa semacam sangat , semalaman menangis .. mengenangkan macam2 .. sampailah tertidur ..

Pagi tu, rasa semacam seolah-olah sedang mengunyah daging lembik dalam mulut dan licin.Tetiba terjaga,dan tarik baju yang dipakai,gunakan untuk menarik apa yang dalam mulut, tengok dalam gelap macam semacam je,lepas tu asyik sendawa dan tak sedap hati, bila buka lampu ya Allah ! memang ada gumpalan darah beku dan darah hidup ... lekas-lekas bangun gosok gigi.. waktu tu asyik sendawa je ..dan memang terasa macam darah dan agak hanyir .. waktu tu macam-macam bermain dikepala .. kanser ke , sihir ke ? yelah memang dah ada pengalamankan .. tapi tak pernah rasa seteruk ini :( ..





10 Sep 2012

Pemilihan makanan kucing :)

Makanan kucing ialah benda paling penting perlu ada bila kita bela kucing. Tapi berapa ramai yang consult dengan veterinarian atau baca dengan teliti dekat packet makanan tu sebelum membeli makanan kucing.Mok2 dan Chimey ialah kucing pertama yang kami pelihara.Dan 10 tahun yang lalu, saya cukup takut dengan kucing. Bukannya apa, takut kena cakar. Hahaha.

First time pelihara kucing, memang saya tak tahu apa makanan yang patut aku bagi kucing ni. Whiskas? Friskies? Iams? Nasi? Ikan kembung? Semua diorang pernah try, kecuali nasi dengan ikan kering la, haha. Dan kucing saya siMok2 memang tak pernah cerewet kecuali si Chimey (Betina) tu. Bagilah jenama apa pun kat Mok2, dia tak pernah menolak. Tak pernah bad mood bila tengok makanan.





1 Sep 2012

PERKAHWINAN USTAZ YANG MEMBAWA SERAMAI DUA JUTA PENONTON DI TV ALHIJRAH (USTAZ DON DANIYAL)

ustaz don

Seperti yang kita sudah sedia maklum, akhirnya Ustaz Don selamat dinikahkan petang semalam di Balik Pulau, Pulau Pinang.
Isteri Ustaz Don, Husna berasal dari Balik Pulau dan majlis kenduri sebelah pengantin perempuan diadakan esok 25/8/2012 sementara majlis di sebelah Ustaz Don akan diadakan pada 1 September 2012 di Dewan Kuis.
Ustaz Don yang kini bekerja sebagai tenaga pengajar di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuiscell) mengakui alam perkahwinan yang akan dilalui bersama Husna sama seperti pasangan suami isteri yang lain.Berikut beberapa gambar perkahwinan ustaz Don dan Husna
Mudah-mudahan perkahwinan ini diberkati dan Husna dapat meneruskan perjuangan bersama Ustaz Don.





30 Jul 2012

Dalam Mihrab Cinta

Demi cinta ku pergi
Tinggalkanmu relakanmu
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati

Suatu saat ku ‘kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa padaNya
Karena cinta ku ikhlaskan
Segalanya kepada-Nya
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati
Suatu saat ku ‘kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
Suatu hari kau ‘kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa pada-Nya
Semoga semoga …



10 Jun 2012

selamat sampai di KL

seharian tak tido,bertolak kul 3 ptg td.. smpai dlm jam 7,gi tmn Melati PV8 singgah jap makan kat sana.sembang2 ,terus lik ampang.smpai ampang jam 10 coz sibuk cri makanan sugar glider..coz yg ada ttggal kat Lumut.smpai umh ada sedara mara,sembang2 jap n tgk bola hehehe... dh masuk 3 hari xtido,mmg dh rs rabak mata.sebenarya xtau nak tulis pe,cuma tetiba rs nak berblogging :D


7 Jun 2012

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini


5 Jun 2012

hari ni seharian tak makan.. memang langsung tiada keinginan untuk makan..lihat buku2 lama,baca semula..happy,sedih bercampur baur..
Kita perlu yakin bahawa pasti akan ada kebahagiaan didalam kesabaran..
Temani aku ya Allah,hanya kepadaMu tempatku bergantung,jangan biar aku terasa seperti sendiri...aku tidak mampu ya Allah..


JANJI apakah hanya janji?? mengapa susah sangat nak ditepati?tanggung jawab,kemana tanggung jawab?apakah kamu tidak takut dipersoalkan itu nanti?semakin lelah menanti kepastian.. apakah ada sinar perubahan?Tuhan tunjukkan jalan panduan,agar tidak sekali lagi tersesat jalan..

cukup sekali aku pernah memungkiri,dan janganlah aku dibalasi.. kerana bukan aku yang pinta semua ini terjadi..semuanya sudah tertulis sejak azali..


2 Jun 2012

assalammualaikum..
harap semua sihat belaka..alhamdulillah .. :)
dah lama sangat rasanya saya tinggalkan blog ni bersawang..
bukan apa saya sibuk belajar menjahit...
husband tolong ajarkan hehehe..
alhamdulillah ,saya yang sememangnya tak pernah pegang mesin jahit,tapi boleh menjahit...wah.. :) bestnya rasa..

ok tau tak apa yang saya jahit ? saya jahit tempat tidur untuk toy n yuna (sugar glider) .. hehe
and saya ada wat bisnes kecil-kecilan untuk anda yang memiliki sugar glider :)

nak tengok pic sugar glider saya?



saya bela sepasang umur diaorang dalam 5 bulan lebih :)

ok nak tgk apa yg saya jahit?


ok pic diats saya ambil dari salah seorang customer saya seorang cikgu dari pahang yang memilih SET ini sebagai pilihan (tidak termasuk cage) .. ok cantik x? customer ni suka sangat dengan set merah ni .. n seminggu kemudian ,beliau telah membeli 2 SET lagi dari saya iaitu warna purple dan hitam :) .. tq Puan Nik Nurul Akma Amir :) ..





ada yang berminat ? leh msg/call/whatsapp saya kat 012 944 7669 / BBM je sy 26B03554


26 Mac 2012

walimatul urus izhan & ayubalqishah ~ 24 mac 2012

alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar...
terima kasih pada semua yg hadir pada majlis kawin sy hari ini 24mac2012,kepada abg2 ipar,kakak2 ipar,anak2 sedara mak abah,mak ayah sume lah saudara mara,kwn2,tukang masak catering,mak andam..dan lebih2 lagi kepada yg bpenat lelah melayani tetamu,gotong royong,dan segala2nya....
tetamu yg hadir agk ramai krn dijangka 800 org namun yg hadir melebihi 1200 org .. :) ..dan menurut kata abah hehe.. org kg tsusun pundut mngatakan majlis paling ramai tetamu .. dlm rekod.. alhamdulillah..sajian utk tetamu cukup :) .. cuma mgkin ada yg tidak dpt buah tgn amat kami kesali nmun kami bsyukur sajian mncukupi utk tetamu yg hadir..alhamdulillah..ya Allah..






semoga jodoh kami berpanjangan,dan sabar dlm mghadapi pelbagai ujian yg mndatang insyaAllah


18 Mac 2012

My birthday

terima kasih kepada suami dgn kejutan kek birthday..dan terima kasih kepada kawan2 di FB,Twitter,dan Halaqah Maya :)



sebenarnya langsung tak menjangkakan yang hubby akan belikan kek,coz tetiba merajuk dan tak ingat hal apa hehe...agak seronok coz dpt kejutan kek walaupun tiada hadiah :) .. apapun terima kasih dan syukur alhamdulillah



13 Mac 2012

Usrah~~

usrah

1-taaruf (saling mengenal)
2-tafahum (saling memahami)
3-takaful (saling menanggung beban)

utk menambah ikatan antara usrah

1-mengunjungi tempat bersejarah islamik
2-riadhah
3-puasa sehari bersama2
4-solat jemaah bersama2 dimasjid
5-bermalam bersama dan bertahajud bersama
6-membaca Alquran bersama-sama


11 Mac 2012

Pengorbanan yang tidak ternilai

Bermulanya sebuah kisahnya...

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

"Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut...

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,

"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg!....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat....

"Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa,

"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,

"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku...Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati...

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tersepak tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Begitulah kisahnya. Kesimpulannya jangan kita meremehkan melakukan kebaikan walau sekecil mana pun sebab kita mungkin tidak menjangka kebaikan yang kecil itulah yang meninggalkan kesan mendalam kepada orang lain.


Usrah 10 mac 2012 di HM

1. Sirah : Fairuz Liyana (Naqibah)
2. Ibadah : Cik Ayubalqishah
3. Hadis : Nur Iffah Illani Sidi

Moga dipermudahkanNYa urusan kita malam ini...aminnn

Reminder : Sabtu (9.30 malam) ^_^ bersamaan 10 Mac 2012

Permulaan sessi Ta'aruf sesama ahli.

Tilawah Al-Quran surah Al-Baqarah
* setiap ahli baca 3 ayat seorang.

(ayat terakhir ke 43)

Hafazan
* surah Al- Humazah
dan minggu hadapan adalah surah Al-Qariah :) insyaAllah .. moga dipermudahkan..

Hadis (Nur Iffah Illani Sidi)
*minggu ini hadis ke 5 dari hadis 40

Sirah (Fairuz Liyana)
*tentang perkahwinan Rasullullah SAW ..

tugas yang diberi kepada saya kali ini adalah IBADAH.

Jadi saya memilih

bgaimana mnjadikan sukan sbg ibadah?ruang ibadah didlm islam sgt luas..
ianya mliputi stp aktiviti khdupan manusia,nmun ianya akn jdi ibadah skiranya ckp syart..
ok bckp ttg syarat,jom kita lihat apakah syarat2nya…
1stly, ianya mestilh bsesuaian dgn hokum syara’..cthnya dri aspek pmakaian,sllunya kita akn lihat yg lelaki berseluar pdk mana kala wanita memakai pakaian yg ketat..ianya nmpk ringan krn kita sudh tbiasa di hidangkan dgn pkara yg sbegini,ttpi arahan Allah swt sgt jelas dan tegas serta ancamannya sgt berat..

Seperti didlm.. surah an-Nur ayat 30-31 yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki yang beriman supaya menyekat pandangan mereka daripada memandang yang haram, dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Dengan demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya.

2nd .. niat yg baik krn Allah swt bkn krn utk mnunjuk2 / utk mnjadi sebutan ramai krn kebanyakkn sukan berkaitan dgn pertandingan..

3rd
Yg paling utama adlah wlupn sukan blh mjdi ibadah nmun ianya xakn diterima sbg ibadah apabila kita lalai dri ibadah wajib iaitu ibadah khusus cthnya solat.

Smg dgn kesedaran akn mesej yg ingin dismpaikan,kita sbg peserta /pemerhati dpt sedikit sbyk mengambil ibrah (pengajaran) dan menjadikannya sebagai input yang berguna dalam menelusuri kehidupan seharian kita sebagai abidullah (hamba kepada Allah) dan khalifah di muka bumi dalam menyampaikan kebaikan dan menegakkan kebenaran.

Penutup
Round Table :)

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,walaupun adalah masalah teknikal dipihak saya.Moga minggu hadapan Allah swt mempermudahkanlah kerja kami insyaAllah...


6 Mac 2012

~~Walimatul Urus ~~

assalammualaikum...sy nak jemput pbaca blog sy yg tinggal berdekatan dgn Lumut leh dtg ke majlis perkahwinan sy insyaAllah...





3 Mac 2012

My new phone :)

assalammualaikum ,happy sangat dapait hadiah bufday awal dri tarik bufday,hubby belikan BB Torch ,alhamdulillah...
siapa guna BB leh add sy BB pin : 26B03554 , muslimah shj ..

ha.. hari ni saya bukan nak cerita apa2 ya.. hanya ingin berkongsi ttg HP baru sy.. :P..ngeee.. 1st time pakai BB .. best !


jadi kepada muslimah diluar sana boleh lah add sy utk bertukar pandangan dan pendapat.. dan mana tahu kalau kita boleh keluar bersama.. insyaAllah


25 Feb 2012

My new pet Sugar Glider

hari ni tetiba husband nak beli sepasang sugar glider,geledah mudah.my dan terlihat ada iklan ttg sugar glider home breed (xpasti betul atau x ejaannya)..kami call dan terus buat perjanjian nak jumpa di Tesco Ampang.jam 9.30 mlm kami berjumpa dengan seorg gadis cina yg mnjualnya.tawar menawar kami dpt pd harga RM 430 sepasang bersama sangkar kecil.setelah kami membeli belah di tesco untuk brg dapur. sampai di rumah kami baru terpikir yg kami langsung tiada apa2 utk mknan pets baru kami..akhirnya kami menelefon seseorg di Taman Medan utk membeli kelengkapan pets baru kami ni...akhirnya kami smpai ditempat beliau jam 12 tgh mlm..hampir sejam kami memilih brg,akhirnya kami pulang,habis dlm RM 340.kami pulang dgn gembira.smpai saja rumah husband terus pasang sangkar barunya... nk tgk toy x?nm SG kami,boy toy n gurlyuna :) .. tpi skrg kami xphm bunyinya yg sllu kluar tu psssttttt..mcm bunyi bisik

scr kuat pun ada..adesss

 ..sy sempat snap 1 pic .. esk2 sy snap lg

haaa.. kat cni sy nak kongsi sedikit ttg sugar glider ...

Sugar Glider atau nama saintifiknya Petaurus Breviceps (Pet-or- us brev'- ee- seps) Adalah golongan mamalia.Mereka berasal dari Australia, Indonesia, Tasmania dan New Guinea. Sugar Glider mempunyai sayap/kepak dibahagian bawak ketiak/ sisi badannya yang membolehkan ia terbang / mengelunsur diudara. Mereka menggunakan ekor mereka untuk mengimbangi badan sewaktu terbang / mengelunsur diudara. Mereka juga menggunakan ekor untuk bergantung. Sugar Glider mampunyai sepasang mata yang besar kerana ia adalah hidupan nocturnal (berjaga malam-tidur siang). Memelihara binatang exotic ini tidaklah cerewet jika korang memang suka dan berminat. Cuma korang kena fikirkan tentang kos sahaja. Jika benar2 mahu memelihara dan mengikuti diet mereka, paling kurang minimun sebulan korang kena berbelanja diantara RM 100-150. untuk 2 ekor sugar glider. Ini tidak termasuk rawatan cacing yang harus diberikan 3 bulan berturut2 yang akan diberikan di klinik Veterinar, diikuti dengan setiap 3 bulan sekali. Kos bagi rawatan ini adalah diantara RM 20-35 sekali rawatan untuk seekor Sugar Glider. Diet untuk Sugar Glider. •HPW - Ini adalah campuran pollen,protein dan bermacam2 lagi keperluan yang memenuhi (diet lengkap) untuk mereka dan HPW adalah wajib diberikan setiap hari. kos bagi seekor glider untuk membeli HPW untuk sebulan adalah llebih kurang RM20-25.+ manuka Honey RM 38.00 •LC-Vit -Ini adalah sejenis cecair yang perlu untuk dimasukkan kedalam minuman mereka, bagi membantu selera makn dan juga mengurangkan kadar Stress haiwan ini. Sebotol harga dia lebih kurang RM 20 boleh tahan selama lebih kurang 4 bulan •Dorang macam manusia jugak yg perlukan tibbits /treats. diantaranya ialah
Yoguart drops
Harga dia dalam Rm 26.00 untuk 100grm Ataupun korang boleh bagi dia campuran blueberry + yogurt drops 195grm Rm 39.00
Treats ni ada berbagai jenis tapi yang paling dorang suka nilah dia.
Disamping tu juga dorang memerlukan buah2an segar yang harus dicampukan dengan Glider Booster-RM-19.00 (1oz) yang ni bolehlah bertahan 1-1 1/2 bulan.
Seminggu sekali pulak buah2an itu perlu dicampukan dengan Gliderade RM 16.00 (25grm) yang ni lamalah tahan sebab cuma bagi dia seminggu sekali jer, so tahanlah 8-9 bulan Seminggu sekali juga kena bagi dia calsium RM 18.00 (25grm),yang ni pon boleh lah tahan sehingga 8-9 bulan.
Kalau Korang bebetul sayang Sugar Glider korang mesti korang nak tengok dia happy bila makan, ni satu lagi benda yang dorang suka makan. Namanya Acacia Gum. yang ni pon ditaburkan pada makanan dorang setiap hari. RM 20.00(25grm). yang ni tahanlah 1 bulan -1 1/2 bulan
Dan sebagai makanan sampingan korang memerlukan Premium Sugar Glider Diet jugak.yang ni korang bagi selalunya waktu siang lah. Bila korang x ada kat umah dan bekerja, so makanan ni gantikan buah2an. Harga dia dalam RM 35.00 (250grm). yang ni tahan sebulan.
Bagi yang baru nak mula bela pulak korang kena sediakan dia satu sangkar yang tingginya minimun 3 kaki. sangkar ni harga dia dalam RM 120.00. (tak termasuk aksesorinya lagi)
nak tengok yang dah ada aksesori???
Kalau aksesori macam ni, korang kenalah spend lebih kurang RM 200 untuk aksesori sahaja. Harga untuk sekor sugar glider ialah RM 280.tapi sy dpt agk murah dri ini 2months 1 week dgn harga RM210 seekor. So untuk stater pack + 1 ekor Sugar Glider at least korang kena spend RM 660-700 (termasuk sangkar, bonding pouch dan semua makanan diatas) -tak termasuk aksesori dalam sangkar tau.

Sugar glider: penyakit dan rawatan


credit to : en.lori di laman sesawang www.mesra.net

Obesity/Kegemukan - Simpton kegemukkan glider bermula bila badan dia start jadi bulat cam bergedil mula jadi malas serta tak aktif
Rawatan: homopathy tak digalakkan.Gua cadang lu belikan woodent wheel senior (Harga dalam Rm100) dan tambah sikit-sikit alatan untuk mereka bergayut didalam sangkar

Trembling or shakiness/Bergetar atau menggigil - Lepas bangun dari tidur, sugar glider memang menggigil dia punya badan.Biasalah..hehehe..tapi kalau simpton ini berlanjutan, sah masalah kekurangan kalsium.
Rawatan:Beli Calcium supplement.Beri pada peringkat awal lagi.Lu kena jaga diet mereka.Rujuk bantuan veterinar lepas itu.

Hair loss/Kehilangan bulu - Kalau lu perasan , glider jantan lu mula membotak kat area kepala.Jangan risau.Dia dah akil baligh maknanya.Tapi kalau bahagian-bahagian lain mula keguguran bulu..Ini sudah bahaya.Serangan fungkus dan kutu mungkin dah mula landing kat atas badan glider lu.Kekurangan diet yang sihat juga memungkinkan simpton ini
Rawatan: Jumpa vetrinar/doktor haiwan lekas.

Lack of appetite./Kurang nafus makan -Penyakit jenis ini bawa banyak makna.Sama ada dia rasa stress pada tempat baru atau perut dia ada cacing/parasit.Jangan lu tak tahu pulak, dalam sayuran yang lu lupa nak basuh bersih-bersih itu ada terkandung telur cacing.Tapi lu kena syak kat gigi glider juga.Manalah tau kot-kot patah atau cedera
Rawatan:kalau jenis baru beli dan bawa balik rumah tu, normal lah.Jangan panik. Kalu dia tak mahu makan jugak,bawa jumpa doktor haiwan untuk bagi makan ubat cacing.Lu jangan ngade-ngade nak bagi dia ubat cacing zentel yng jual kat guardian farmasi.

Diarrhea/Cirit birit -Berak dia jenis berair.Kalu macam ubat gigi colgate tu, lu boleh berlagak cool sikit dan tak payah nak kecoh-kecoh.Tapi kalau berak dia dah start basah,cair,takde rupa bentuk, itu cirit namanya. Mungkin disebabkan makanan yang lu baru pertama kali nak bagi kat dia.Makanan yang rosak/busuk dan parasit juga gua syak jadi punca juga
Rawatan: Try bagi dia minum Glucose supplement(beli kat kedai binatang ler) dan Gatorade (atau apa2 minuman isotonik yang tak bergas).Campur dengan air suam sedikit. Tambah makanan berfiber tinggi.Kalau dah tahap nazak sangat, bawa jumpa doktor haiwan cepat terutamanya bagi peringkat joey.

Dehydration/Dehidrasi/kurang air dalam badan - Muka dia nampak pucat.nampak ketat.Try cubit kulit balakang leher dia.Kalau kembali ke asal, lu selamat.dia sihat.
Kalau kulit dia lambat kembali pada asal,dia kurang air dan lu kena bagi dia minum ler.
Rawatan:Air campur glucose dan gatorade (atau minuman isotonik tak bergas)
" 1water to 1 glucose mixture ratio."
paham?

Constipation/Sembelit - Kurang makan buah-buahan dan kurang minum air.Biasa time nak berak tu dia buat bunyi 'hissing'..perit wooo...
Rawatan: Satu sudu kecil pure apple juice 2 kali sehari.Gua malas nak sembang banyak.


Urinary Tract Infection - Penyakit susah nak kencing.Saluran kencing tersekat,masalah jangkitan kuman dan problem buah pinggang.Ini boleh jadi bila glider makan terlalu banyak high-protein, high-mineral diets.Seller biol tamak suruh lu bagi makan makanan kucing(cat food).Inilah jadinya.Glider kan jadi hilang berat badan,kurang nafsu makan,selalu haus,problem nak kencing(selalu jer terkencing,banyak pulak tu),kemaluan macam terkeluar..kadang-kala kencing berdarah.
Rawatan: bawa gi jumpa veterinar untuk ambil antibiotik

Hissing during urinating/Bunyi hissing masa kencing - Bukan bermakna dia tengah syok nak kencing.Ini adalah simpton awal kepada penyakit susah nak kencing.
Rawatan: Beli pure cranberry juice dan berikan satu sudu kecil setiap hari.

Cloudy Eyes/Mat jadi gelap putih-putih - Simpton awal buta,Terlalu banyak mealworms dan gua syak lu jolok dia kuaci(sunflower seeds).
Rawatan: kurangkan makanan yang boleh buat dia gemuk.Tukar diet dia.Buang kuaci tu.

Eye infection/Jangkitan pada mata - Mata glider akan berair dan bertaik mata.Glider lu akan asik tidur dan mata dia akan kelihatan lebih kecil
Rawatan: Lap mata glider anda menggunakan cotton bite dan gunakan air yang di steril.Jumpa veterinar untuk rawatan antibiotik atau steroids

Cold or Flu/Demam - Lu akan perasan hidung glider akan nampak berair dan mereka selalu bersin. Bunyi nafas jadi kuat.Hidung basah sikit takpe,tak jadi kecoh tapi kalau dah berat sangatberairnya, itu demam selesema
Rawatan:Gua syak lu suka pasang aircond kuat-kuat.Sangkar@cage sugar glider jadi lembab.Bau hapak.Jumpa veterinar.Kasik up vitamin C macam jus oren tau buah kiwi.

Hind Leg paralysis - Kelemahan pada kaki bahagian belakang.
Nampak sangan masa dia tengah memanjat, berjalan..macam Elvis Presley buat dance masa nyanyi tak jadi.
Dia mungkin akan give up untuk berjalan selama-lamanya.
Rawatan: Kurang kalsium.Jumpa veterinar atau doktor haiwan.Tukar diet glider. Include calcium supplements sekali.

Recommended vets: (these vets are known to treat sugar gliders)

1) Dr Yeoh YEOH VETERINARY CLINIC & SURGERY
126, Jln SS 24/2, Tmn Megah, 47301 PJ, Selangor Tel: 03-78048684 Fax: 03-78052350
Dr Yeoh can neuter male gliders safely. The clinic is able to treat minor things on gliders and general check up but not great for serious cases Call to make an appointment

- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – -

2) Dr Jenny HANDS “N” PAWS
C-17G, Jalan PJU 1/45, Aman Suria Damansara, 47301 PJ Tel: 03-7804 6539
Dr Jenny can neuter male gliders safely.
The clinic can deworm and treat serious conditions for gliders. Call before you go to make an appointment.
- – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – - – -

3) Dr Vellayan *New found but very senior in treating Exotics including Sugar Gliders in Malaysia! With more than 25 years experience under his belt.*
Dr Vellayan can neuter male gliders, give general check ups, deworm and treat general ailments.
10, Jalan L2, Phase 6A Taman Melawati 53100 Kuala Lumpur Tel: 013-6246 918 Tel/Fax: 03-4108 5530
Call to make an appointment as his practise is normally during the night.


19 Feb 2012

Menu untuk ibu hamil

Kali ni sy kongsikan menu untuk ibu hamil :)

 Pilihan yang lebih berkhasiat untuk Ibu Mengandung

 ▪ Beras merah lebih banyak khasiatnya dari beras putih.

 ▪ Roti bijiran penuh (wholemeal) yang lebih berkhasiatnya dari roti putih. Hidangan seperti amping, gandum, bertih amat baik untuk ibu dan janin kerana zat makanan yang tinggi.

 ▪ Buangkan kulit ayam dan lemak yang ada pada daging dan masak dengan cara kurang berminyak atau berlemak. Jadikan hati menu mingguan ibu bagi meningkatkan zat besi, vitamin dan galian.

 ▪ Beli sayur yang masih segar, simpan dalam tempat sejuk dan masak segera selepas membeli. Masak dengan pelbagai cara seperti sup, acar, tumis, rojak dan sebagainya. Didihkan sedikit air sahaja untuk memasak sayur. Makan sayuran hijau yang dimasak, ulam dan salad segar 2-3 hidangan setiap hari.

 ▪ Minum 1 1/2 hingga 3 gelas susu penuh krim atau kurang lemak setiap hari.

 ▪ Minum 6-8 gelas air dan 1-2 gelas jus buah asli setiap hari.

 ▪ Hadkan kopi atau teh tidak lebih dari 4 cawan sehari. Pilih jenis yang kurang mengandungi kafein. Kurangkan pengambilan gula, gula-gula, biskut manis, kuih muih, coklat, keropok dan minuman manis. Jenisjenis ini amat sedikit atau langsung tidak mengandungi vitamin dan galian untuk kesihatan tubuh. Ibu mudah terlebih memakannya kerana ianya tidak mengenyangkan. Dari itu, makanlah hanya sekali sekala tanpa mengenepikan 5 kumpulan makanan yang disarankan. Hadkan makanan ringan, segera, remeh dan yang banyak mengandungi pewarna, perasa serta pengawet yang tidak banyak mengandungi zat. Adalah lebih balk jika dayang mengurangkan pengambilan jenis jenis makanan ini dan beralih kepada yang lebih berkhasiat.

 SARAPAN PAGI

 1 gelas jus limau
 1 mangkuk amping/amping jagung
  atau
  3 keping roti bijiran penuh dan sedikit majerin
  1 biji telur rebus 1 cawan susu

 SAMPINGAN PAGI
 2 keping biskut digestive/krakermeal
 1 cawan teh cair bersusu

 MAKAN TENGAHARI

 1 mangkuk nasi 4 sudu makan daging/ayam sos tiram berkucai dan tomato 
 1 mangkuk bayam tumis
 1 potong betik

 SAMPINGAN PETANG
 1 biji jagung rebus
 1 cawan susu bercampur sedikit Tamar Cocoa

 MALAM
 1 mangkuk nasi 1 mangkuk ikan rebus ala tomyam atau sup
 1 mangkuk taugeh campur tauhu tumis
 1 potong tembikai


14 Feb 2012

SEMINAR with Dr Azizan

at WISMA MCA








4 Feb 2012

30 Jan 2012

Rasullullah SAW manusia teragung,apakah boleh diraikan hari Baginda?

 

MAULID MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH
SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM


Apakah dia nas atau pun dalil yang terdapat didalam Al-Quran dan As-sunnah mengenai sambutan Maulid (kelahiran) Rasulullah (s.a.w)? Apakah pendapat para Imam dan Ulama keempat-empat Mazhab? Apa pula pendapat ulama zaman sekarang, yang menggelarkan diri mereka "salafi"? Mereka menghalangnya kerana menganggap sambutan Maulid itu bida'ah antara mereka ialah Albani, Bin Baz, al-Jaza'iri, Mashhur Salman, 'Uthaymin. Bagaimana pula mereka yang berpendapat tidak perlu berdiri setelah selesai membaca rangkaian selawat, darud dan puji-pujian semasa penghujung majlis Maulid - walaupun mereka meraikannya? Ada pula yang menolak untuk mengucap "Assalamu'alaika Ya Rasulullah" (s.a.w) dan tanggapan mereka bahawa kita tidak boleh menyeru Rasulullah dengan perkataan "Ya" ataupun "Oh" ?



  1. PRAKATA
  2. Dalil daripada Al-Quran dan As-sunnah yang mengatakan bahawa menyambut Maulidurrasul (s.a.w) adalah dibenarkan oleh Shari'a
    1. Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Memuliakan Rasulullah (s.a.w)
    2. Rasulullah (s.a.w) mengatakan bahawa hari Isnin merupakan Hari Lahir baginda
    3. Firman Allah, "Bergembiralah dengan kehadiran Rasulullah (s.a.w)"
    4. Rasulullah (s.a.w) meraikan hari-hari yang besar yang bersejarah
    5. Firman Allah,"Berselawatlah pada Rasulullah (s.a.w)"
    6. Kesan mengingati dan meraikan Maulidurrasul pada orang kafir
    7. Kewajiban mempelajari dan mengetahui sirah dan mencontohi asas-asas akhlaq yang baik
    8. Rasulullah (s.a.w) menerima sajak/syair yang berkaitan dengan dirinya
    9. Menyanyi dan membaca syair/sajak
    10. Menyanyi dan membaca Quran
    11. Rasulullah (s.a.w) membenarkan permainan gendang untuk niat yang baik
    12. Rasulullah (s.a.w) mengingatkan mengenai tarikh kelahiran Nabi-nabi yang lain
    13. Kenapa Bukhari menekankan kelebihan meninggal hari
    14. Isnin Rasulullah (s.a.w) sentiasa menekankan dan mengingati tempat-tempat kelahiran Para Nabi
    15. Ijma' ulama membenarkan sambutan Maulidurrasul (s.a.w)
  3. Sejarah sambutan Maulidurrasul (s.a.w)
  4. Keterangan mengenai sambutan Maulidurraul (s.a.w) secara beramai-ramai yang terawal
  5. Penulisan Ibnu Battuta mengenai Maulidurrasul (s.a.w)
  6. Tiga rakaman mengenai sambutan Maulidurrasul (s.a.w) pada abad ke 10 hijrah
  7. Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) di negara-negara Islam pada zaman sekarang
  8. CELEBRATION OF MAWLID AS UNDERSTOOD BY THE SCHOLARS
    1. Ibn Taymiyya's Opinion on the Celebration of Mawlid and the Deviation of "Salafis" from his Opinion
    2. Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir
    3. Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)
    4. Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul

6. SAMBUTAN MAULID SEBAGAIMANA YANG DI FAHAMI OLEH PARA ULAMA

  1. Pendapat Ibn Taimiyyah mengenai sambutan Maulidurrasul dan perbezaannya dengan tanggapan gerakan "salafi"
  2. Pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis-majlis dzikir
  3. Ibnu Kathir memuji-muji malam Maulidurrasul (s.a.w)
  4. Fatwa Imam Asqalani dan As-suyuti membenarkan sambutan Maulidurrasul (s.a.w)
  5. Pendapat ulama-ulama lain tentang Maulid
  6. Sambutan Maulid adalah digalakkan (mandub)

9. "SALAFI" MELARANG SAMBUTAN MAULID MENGHADIAHKAN

10. DARUD ATAUPUN SELAWAT MENGGUNAKAN

11. KATA-KATA "ASSALAMU 'ALAIKA YA RASULULLAH"

12. Wahhabi merosakkan MUWAJAHA AL-SHARIFA (GERBANG MAQAM RASULULLAH s.a.w)

13. PENUTUP: SESEORANG TIDAK SEPATUTNYA MELARANG SAMBUTAN MAULIDURRASUL

PRAKATA


Segala puji dan puji hanya buat Allah, Tuhan seluruh alamraya dan selawat serta salam buat Nabi dan RasulNya Muhammad dan kaum keluarganya dan para sahabat. Didalam agama Islam terdapat dua perayaan besar yang disebut sebagai hari Raya ataupu 'Id iaitu, 'Idil-adha dan 'Idil-fitri. Perayaan lain yang terdapat didalam agama Islam, seperti Maulidurrasul bukan merupakan satu kewajiban tetapi ia tidaklah pula dilarang untuk menyambutnya. Pada zaman ini terdapat banyak suara-suara yang mempertikaikan tentang sambutan Maulidurrasul dan ia menjadi fokus perdebatan dan perbalahan, walaupun sebenarnya, banyak lagi isu penting yang perlu ditangani oleh umat Islam. Zaman ini merupakan zaman dimana musuh-musuh Islam sedang melakukan operasi besar-besaran untuk menghancurkan ummat Muhammad, daripada dalam mahupun daripada luar tanpa perasaan belas kasihan dan amat sedikit sekali bilangan orang-orang yang beriman yang dapat mempertahankan ummah ini daripada serangan-serangan ini. Zaman ini merupakan zaman jahiliyyah Ummat Islam, sehinggakan kebenaran amat jarang sekali dan kebatilan merupakan perkara yang biasa dan diterima umum. Firman Allah kepada orang-orang yang beriman,"Berpeganglah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai" (Ali-Imran: 103). Pada zaman ini serangan musuh bukanlah satu-satunya penyebab penderitaan ummat Islam. Dikalangan kita sendiri - ummat Islam - ada musuh dalam Islam, tidak perlulah kita sebut siapa mereka kerana ianya telah pun diketahui umum. Musuh dalam selimut ini, tidak pula suka untuk menyerang musuh-musuh Islam yang sebenar tetapi sebaliknya, mereka menyebarkan pula permusuhan dan perpecahan dikalangan ummat Islam diseluruh dunia. Oleh itu saya rasa ini merupakan tanggungjawab saya untuk melindungi mereka yang beriman daripada serangan mereka ini, yang tidak ada kerja lain, selain mencari kesalahan saudara sendiri. Mereka berkerja bertungkus lumus untuk menaikkan rasa syak wasangka dan was-was kepada perkara-perkara yang sahaja mereka timbulkan agar ianya menjadi satu yang kontroversi dan seterusnya, menuduh saudara sendiri sebagai musyrik, kafir, dan mubtadi'. Mereka pula dengan senang-senangnya merubah pendapat-pendapat ulama-ulama yang terdahulu, yang selama 1400 tahun dianggap sahih dan benar oleh semua ummat Islam dan menamainya sebagai bid'a, syirik dan kufur!

Membesarkan Maulidurrasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menuli didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"

Oleh itu, untuk melindungi orang-orang awam Muslim dan Mukmin daripada tuduhan-tuduhan yang tidak boleh diterima, terutama sekali di Amerika dan Kanada, yang tidak mempunyai ramai ulama' yang boleh menjawab orang-orang yang jahil ini adalah penting untuk mengetahui mengenai kedudukan keadaan yang sebenarnya. Sebenarnya kedudukan perkara ini melibatka persoalan khilaf (perbezaan pendapat para ulama') sahaja dan tiada siapa yang merubah pendapat para ulama' yang muktabar kecuali orang-orang yang jahil dan para pembuat bida'ah. Insyaallah, saya akan memberi fakta dan nas serta dalil yang berkaitan dengan Maulidurrasul yang berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah serta ijma' para ulama, agar dengan niat ini, semoga ianya menjadi jawaban kepada kritikan-kritikan dan persoalan-persoalan para "ulama" yang jahil yang berpura-pura mahir dalam agama dan semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama - ilmu yang Allah beri kepada ulama' yang benar dan semoga Allah merahmati para ulama' yang benar ini. Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi ingin saya kemukakan 3 kenyataan:

1. Kami mengatakan bahawa menyambut Maulidurrasul (s.a.w) adalah dibolehkan. Perkumpulan yang dilakukan untuk memperdengarkan Sirah (kisah hidup) dan 'Madh' (puji-pujian) buat Rasulullah (s.a.w) adalah juga dibenarkan, begitu juga dengan kebiasaan menjamu tetamu dan menggembirakan saudara seUmmah adalah dibenarkan dan digalakkan.

2. Meraikan Maulidurasul (s.a.w) bukan sahaja terhad pada 12 hb. Rabi'ul al-Awwal tetapi ianya patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan di setiap masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya Islam dan Shari'a didalam hati-hati mereka.

3. Majlis sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan peluang keemasan yang berkesan dan efisyen untuk menyebarkan Islam dan mendidik anak-anak kita, yang tidak patut diabaikan oleh para ulama dan da'I, untuk mengajar dan mengingatkan Ummah mengenai Rasulullah (s.a.w) dan akhlaq baginda yang mulia, cara baginda beribadah dan cara baginda baergaul dengan orang ramai. Cara ini boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasul (s.a.w) pada hati kanak-kanak. Pemberian makanan serta minuman dan hadiah juga akan membuatkan mereka merasa gembira menyambut hari tersebut.

Dalil daripada Al-Quran dan Sunnah yang Mengatakan bahawa Menyambut Hari Kelahiran (s.a.w) adalah diterima oleh Shari'a.


Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w). Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31)



2-1 Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w).


Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.

2-2 Rasulullah (s.a.w) menekankan bahawa hari Isnin sebagai hari Kelahiran Baginda


Abu Qatada al-Ansari meriwayatkan didalam Sahih Muslim, kitab as-siyam (puasa), bahawa Rasulullah (s.a.w) kenapa beliau berpuasa pada hari Isnin, dan baginda bersabda,"Itulah hari aku dilahirkan dan itulah juga hari aku diangkat menjadi Rasul." Daripada Mutawalli Sha'rawi:"Banyak peristiwa yang ajaib telah berlaku pada hari baginda (s.a.w) dilahirkan sebagai bukti bagi hadith dan sejarah bahawa malam Rasulullah (s.a.w) dilahirkan tidak seperti malam-malam manusia lain dilahirkan". Peristiwa yang termaktub didalam hadith termasuklah gegaran yang dirasakan di istana 'Chosroes' dan padamnya api yang telah menyala selama 1000 tahun di Parsi dan beberapa peristiwa-peristiwa lain yang ditulis didalam karangan Ibnu Kathir, al-Bidaya, Jilid 2, mukasurat 265-268. Daripada Kitab al-Madhkal oleh Ibnu al-Hajj (jilid 1, ms. 261) "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan salam. Apabila baginda ditanya mengapa baginda berpuasa pada hari Isnin, baginda bersabda,"Hari itu adalah hari kelahiranku". Oleh kerana itu, hari tersebut telah memberi satu 'penghormatan' kepada bulan tersebut, kerana hari itu merupakan hari Rasulullah (s.a.w) dan baginda bersabda,"Aku merupakan penghulu bagi anak cucu Adam dan aku tidak mengatakan ini kerana kesombongan …dan baginda bersabda: Adam dan anak cucunya akan bernaung dibawah panji-panjiku pada hari pembalasan kelak. Hadith-hadith ini merupakan riwayat 'Shaikhayn' Bukhari dan Muslim. Dan Muslim menulis didalam Sahih nya, Rasulullah (s.a.w) bersabda, Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku." Rasulullah (s.a.w) mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadith. Ini bermakna, Rasulullah (s.a.w) telah melahirkan dan menzahirkan perasaan gembira baginda dengan berpuasa pada hari tersebut - salah satu daripada bentuk ibadah khusus. Oleh kerana Rasulullah (s.a.w) sendiri mengutamakan hari tersebut, jadi sebagai mencontohi baginda, sambutan atau ibadah yang selaras dengan shari'ah adalah dibolehkan - walaupun mungkin kaedah menyambutnya mungkin boleh berubah mengikut keadaan dan tempat tetapi dzat/intipati sambutan itu tetap sama. Dan kerana itu, berpuasa, memberi makanan kepada orang fakir miskin, bersama-sama berselawat kepada Nabi (s.a.w), ataupun bersama-sama mengingati dan merenung akan akhlaq baginda yang terpuji lagi mulia - semuanya merupakan kaedah ataupun cara yang boleh dilakukan untuk mengutamakan dan menyambut hari tersebut. (Sila lihat hadith," Meninggal pada hari Isnin" dibawah)



2-3 Firman Allah: Bergembiralah dengan Nabi (s.a.w)


KETIGA: Untuk menyatakan kegembiraan kita untuk baginda Rasulullah (s.a.w) kerana Allah telah mengutuskan baginda kepada kita seperti firman Allah didalam al-Quran, " diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira" (Yunus:58).

Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur diatas rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain Rasulullah (s.a.w) sendiri, dan Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

Kerana Rasulullah (s.a.w) diutus sebagai rahmat untuk semua manusia, kegembiraan menyambut kelahiran baginda tidak tertakluk pada yang Muslim sahaja, bahkan seluruh manusia, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan tersebut. Malangnya, pada masa sekarang ramai Muslim yang beriya-iya menentang perintah Allah untuk bergembira dan menyambut hari NabiNYA.

2-4 Nabi (s.a.w) menyambut Hari-hari Bersejarah


KEEMPAT: Nabi (s.a.w), biasanya menghubungkaitkan ibadah dan sejarah dan kebiasaannya apabila tiba hari yang bersejarah tersebut, baginda mengingatkan kepada para sahabat akan hari tersebut dan supaya mereka menyambutnya walaupun peristiwa itu telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Dalil mengenai perkara ini dapat dilihat didalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan perawi-perawi yang lain ini, "Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadith ini merupakan hadith yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut ('Ashura) dan hari sebelumnya.


2-5 Allah Berfiman," Berselawatlah Kamu Kepada Nabi"


KELIMA: Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.



2-6 Kesan Memperingati Maulid untuk Orang Kafir


KEENAM: Apabila seseorang yang tidak beriman, bersama-sama menyatakan kegembiraan dan menyambut Maulidurrasul (s.a.w), atas rahmat dan kemurahan Allah, orang itu akan dapat manfaatnya. Perkara ini ada dinyatakan didalam sahih Bukhari. Bukhari meriwayatkan bahawa setiap Isnin, Abu Lahab akan dihentikan siksaan kubur yang diterimanya kerana beliau telah membebaskan hambanya, Thuwayba yang telah mengkhabarkannya kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad (s.a.w).

Hadith ini terkandung didalam kitab Nikah oleh Bukhari dan Ibnu Kathir pula membicarakannya didalam kitab-kitabnya Sirat al-Nabi Jilid 1: ms 124, Mawlid al-Nabi ms 21 dan al-Bidaya ms.272-273. Seorang hafiz (hafal al-Quran), Shamsuddin Muhammad ibn Nasiruddin ad-Dimashqi telah menulis didalam kitabnya Mawrid as-sadi fi Mawlid al-Hadi : "Jika seorang kafir yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal didalamnya" "hancur tangan-tangannya"; (surat 111) diizinkan untuk direhatkan daripada siksa kubur setiap hari Isnin kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad, inikan pula hamba yang seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan kehadiran Ahmad dan meninggal dengan menyebut "Ahad"? - [tentu lebih lagi ganjarannya - penterjemah]



2-7 Kewajiban Mengetahui Sirah dan Mencontohi Asas-asas Akhlaq Yang Baik


KETUJUH: Kita disuruh untuk mengenali Nabi kita, tahu akan kehidupan baginda, mengenai mukjizat baginda, kelahirannya , akhlaqnya, keimanan baginda, tanda-tanda kenabian beliau (ayat wa dala'il), khalwat yang baginda lalui, ibadah baginda lagipun bukankah perkara-perkara ini sepatutnya diketahui oleh setiap Muslim? Apakah cara yang lebih baik lagi selain daripada meraikan hari kelahiran baginda, iaitu hari permulaan kehidupan baginda, dan seterunya supaya kita terdorong untuk mengenali baginda dengan lebih mendalam lagi. Memperingati hari kelahiran baginda akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.



2-8 Nabi Menerima Syair/Sajak Yang Berkaitan dengan Diri Baginda


KELAPAN: Pada zaman Nabi (s.a.w), terdapat ramai penyair yang terkenal dan hebat datang kepada baginda dan mempersembahkan kepada baginda rangkap-rangkap syair mereka yang memuji baginda, menceritakan mengenai dakwah dan peperangan yang baginda pimpin dan juga syair mengenai para sahabat. Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang disertakan di dalam Sirah Ibnu Hisham, al-Waqidi dan lain-lain. Rasulullah (s.a.w) amat menyenangi syair yang indah seperti yang tercatat didalam hadith riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam syair"; dan kerana itu bapa saudara Nabi (s.a.w) al-'Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap berikut:

Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu Dan kami dapat terus melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin [ bahasa mungkin tidak menepati kehendak penulis asal - penterjemah]

Petikan ini tercatat didalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al - Maqsid ms.5 dan didalam kitab Ibnu Kathir, Maulid ms.30 dan juga didalam kitab Ibnu Hajar, Fath al-Bari.

Ibnu Kathir menerangkan didalam kitabnya bahawa para Sahabat ada meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) memuji nama baginda dan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata,"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak 'Abd al - Muttalib!"

Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha kepada kita.



2-9 Menyanyi dan Membaca Syair


Telah diketahui, menurut riwayat 'A'isha bahawa Nabi (s.a.w), telah membenarkan beliau untuk mengundang dua orang perempuan untuk menyanyi pada hari Raya. Baginda memberitahu Abu Bakr,"Biarkan mereka menyanyi kerana untuk setiap ummat ada hari cutinya dan ini adalah hari cuti kita" [Muttafaqun 'alaih]. Didalam kitab Madarij al-salikin, Ibnu Qayyim menulis bahawa Nabi (s.a.w) memberi izin untuk menyanyi pada hari perkahwinan dan membenarkan syair dipersembahkan untuk baginda. Baginda mendengar Anas dan para Sahabat memuji baginda dan membaca syair ketika baginda sedang menggali parit semasa peperangan Khandaq dan mereka pernah berkata," Kamilah yang telah memberi bai'ah kepada Muhammad untuk berjihad selama kami hidup."

Ibnu Qayyim juga telah menceritakan mengenai 'Abdullah ibnu Rawaha telah membaca syair yang panjang memuji-muji Nabi Muhammad (s.a.w) semasa baginda menakluki dan memasuki Makkah, dan Nabi pun berdoa untuk beliau. Rasulullah (s.a.w) juga pernah mendoakan untuk Hassan ibnu Thabit agar Allah sentiasa memberi bantuan kepada beliau dengan ruh suci (the holy spirit) selama mana beliau memuji-muji baginda melalui syairnya. Nabi juga telah menghadiahkan Ka'b ibnu Zuhayr sepasang jubah apabila beliau membacakan syair memuji-muji baginda kepada baginda. Nabi juga pernah meminta Aswad bin Sarih untuk mengarang syair memuji-muji Allah dan baginda pula pernah meminta seseorang untuk membaca syair puji-pujian yang mengandungi 100 rangkap yang dikarang oleh Umayya ibnu Abi Halh. Menurut Ibnu Qayyim lagi, 'A'isha selalu membaca syair memuji baginda (s.a.w) dan beliau amat menyenanginya."

Tertera di batu nisan Hassan ibnu Thabit beliau menulis mengenai Nabi (s.a.w):

Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan didalam diriku Aku hanya seorang yang telah hilang segala deria rasa Aku tidak akan berhenti daripada memuji nya Kerana hanya dengan itu mungkin aku akan kekal didalam syurga Bersama-sama 'Yang Terpilih' yang daripadanya aku mengharapkan syafaat Dan untuk hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku kearah itu.


2-10 Menyanyi dan Membaca al-Quran


Seperti yang ditulis oleh Ibnu Qayyim didalam kitabnya, " Allah memberi keizinan kepada Nabi (s.a.w) agar membaca al-Quran dengan berlagu . Pada suatu hari Abu Musa al-Ash'ari sedang membaca al-Quran dengan berlagu dan suara yang merdu dan ketika itu Nabi (s.a.w) sedang mendengar bacaan beliau . Setelah beliau selesai mengaji, Nabi (s.a.w) mengucapkan tahniah kepada beliau kerana bacaan beliau yang begitu merdu dan baginda bersabda," Engkau mempunyai suara yang merdu " Dan baginda (s.a.w) bersabda lagi bahawa Abu Musa al-Ash'ari telah dikurniakan Allah 'Mizmar' (seruling) diantara mizmar-mizmar Nabi Daud. Dan Abu Musa pun berkata,"Ya Rasulullah jika aku tahu yang engkau sedang mendengarkan bacaanku nescaya aku akan membaca dengan suara yanglebih merdu dan lagu yang lebih enak lagi yang engkau belum pernah dengar lagi."

Ibnu Qayyim menulis lagi,"Nabi (s.a.w) bersabda ," Hiasilah al-Quran dengan suara kamu," dan "Siapa-siapa yang tidak melagukan al-Quran bukanlah dari kalangan kami." Ibnu Qayyim pula memberikan komentar, "Untuk menyenangi suara yang merdu adalah dibenarkan seperti juga kita menyenangi pemandangan yang indah, gunung-ganang, alam semulajadi ataupun harum-haruman dan wangi-wangian ataupun hidangan yang lazat selama mana ianya tidak melanggar batas-batas shari'a. Jika mendengar suara yang merdu itu haram, maka haram jugalah perkara-perkara yang telah disebutkan tadi.

2-11 Nabi Membenarkan Permainan Gendang Yang disertai Niat Yang Baik


Seorang Muhaddith, Ibnu 'Abbad telah memberikan fatwa berikut didalam kitabnya 'Letters'. Beliau memulakan dengan sebuah hadith," Seorang wanita telah datang menemui Nabi dikala baginda baru pulan daripada medan peperangan, dan wanita itu pun berkata," Ya Rasulullah , aku telah bernazar jika sekiranya, Allah menghantar engkau kembali dalam keadaan selamat, aku akan bermain gendan disebelah mu." Nabi pun bersabda," Tunaikanlah nazar mu." Hadith ini terdapat didalam riwayat Abu Dawud, Tirmidhi dan Imam Ahmad.

Ibnu 'Abbas pula menulis, " Tidak dinafikan bahawa memain gendang merupakan salah satu cara hiburan walaupun Nabi membenarkannya untuk memenuhi nazarnya. Ini adalah kerana baginda niat wanita itu adalah untuk meraikan kepulangan baginda dan beliau mempunyai niat yang baik bukannya dengan niat untuk melakukan sesuatu yang tidak baik ataupun menyia-nyiakan waktu. Oleh itu, jika kita meraikan hari kelahiran Nabi dengan niat yang baik, dengan membaca sirah dan memuji baginda, ianya diterma dan dibenarkan.

2-12 Nabi (s.a.w) Meraikan Hari lahir Nabi-nabi Yang lain [The Prophet Emphasized the Birthday of Prophets]

KESEMBILAN: Nabi (s.a.w) telah bersabda didalam hadith mengenai hari dan dan tempat kelahiran Nabi-nabi yang terdahulu. Baginda (s.a.w) juga membesarkan hari Jumaat kerana pada hari itu menurut baginda," Hari itu merupakan hari Allah mencipta Nabi Adam (a.s)." Ini bermakna, hari Jumaat dimuliakan kerana ianya merupakan hari dimana Allah mencipta Adam dan hari itu juga dibesarkan kerana ia merupakan hari penciptaan Nabi dan Bapa kepada seluruh Ummat Manusia. Bagaimana pula dengan hari kelahiran Nabi Besar dan Insan Kamil (sempurna) yang diciptakan?Nabi bersabda,"Sesungguhnya Allah menjadi aku sebagai Penutup (Khatam) Semua Nabi-nabi dan Rasul tatkala Adam masih lagi merupakan sesuatu antara tanah dan air." Hadith ini adalah riwayat Ahmad dalam Musnad, Bayhaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah dan kitab-kitab besar yang lain dan ianya merupakan hadith yang hasan lagi sahih.

2-13 Mengapa Bukhari Mengutamakan Meninggal Pada Hari Isnin


Imam Qastallani menulis didalam komentarnya mengenai hadith riwayat Bukhari: "Didalam kitab, Jana'iz (Pengkebumian), Bukhari mengkhususkan satu topik yang membicarakan tentang 'Keutamaan meninggal pada hari Isnin'; didalam topik tersebut tercatat, hadith daripada A'isha yang menceritakan mengenai pertanyaan ayahandanya, Abu Bakr as-siddiq," Pada hari apa Nabi (s.a.w) wafat?" Beliau menjawab," Hari Isnin" Beliau bertanya lagi, "Hari apakah hari ini?" A'ishah pula menjawab,"Wahai ayahanda, hari ini hari Isnin." Lalu beliau pun mengangkat tangan dan berdoa ,"Aku memohon Ya Allah, agar mematikan aku pada hari Isnin sama seperti hari wafatnya Nabi (s.a.w)."

Imam Qastallani menyambung lagi, "Mengapakah Abu Bakr menginginkan agar kematiannya jatuh pada hari Isnin? Supaya hari meninggalnya sama seperti hari kewafatan Rasulullah (s.a.w) agar mendapat barakah pada hari tersebut. Adakah siapa-siapa yang ingin menolak ataupun menghalang keinginan Abu Bakr untuk meninggal pada hari tersebut semata-mata mengharapkan barakah hari tersebut? Kenapa sekarang ramai orang yang menolak keutamaan menyambut atau mengutamakan hari kelahiran Nabi (s.a.w) untuk mendapatkan barakah?"

2-14 Nabi Sentiasa Menekankan dan Mengingati Tempat Kelahiran Para Nabi


Didalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh seorang 'hafiz', al-Haythami didalam kitab Majma' al-zawa'id menceritakan bahawa pada malam Israk dan Mikraj, Nabi (s.a.w) telah diperintahkan oleh Jibril untuk solat 2 rakaat di Baitul Laham (Bethlehem) dan Jibril pun bertanya kepada baginda (s.a.w),"Tahukah kamu dimana kamu telah bersolat sebentar tadi?" Apabila Nabi bertanya kepada Jibril,"dimana?"Jibril pun menjawab,"Kamu telah bersolat ditempat 'Isa dilahirkan."



KESEPULUH: Mengingati hari kelahiran Nabi, merupakan satu 'ibadah yang diterima oleh semua 'ulama diseluruh dunia Islam, samada dulu mahupun sekarang. Ini menunjukkan bahawa Allah redha terhadap perbuatan tersebut. Di dalam kitab Musnad, Imam Ahmad menulis kata-kata Ibnu Mas'ud (yang diterima melalui perantara-perantara yang dipercayai), "Apa-apa yang dianggap benar/haq oleh sebilangan besar umat Islam itulah yang diredhai Allah dan apa-apa yang dianggap batil/salah oleh sebilangan besar umat Islam ianya juga salah/batil disisi Allah."


Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.

Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.


Keterangan Mengenai Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) yang terawal secara Beramai-ramai

Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), didalam bab Perjalanan (ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul (s.a.w) secara beramai-ramai didalam suatu kelompok masyarakat.

"Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi [s.a.w] ) dibuka dan setiap lelaki dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah daripadanya (mutabarrikin bihi) pada setiap hari Isnin didalam bulan Rabi'al al-Awwal kerana pada hari dan bulan terssebut, Nabi telah dilahirkan."

Ahli sejarah abad ke-7 hijrah, Abul 'Abbas al-'Azafi dan anaknya Abul Qasim al-'Azafi telah menulis didalam kitab (tidak pernah diterbitkan), ad-Durr al-Munazzam, "Mereka yang menunaikan 'ibadah haji dan mereka yang sedang melakukan pengembaraan menyaksikan bahawa tiada jual-beli ataupun sebarang perbuatan lain dilakukan pada hari Maulidurrasul di Makkah, melainkan mereka berpusu-pusu memenuhi tempat kelahiran Nabi yang diberkahi. Pada hari itu juga, Ka'bah dibuka dan orang ramai dibenarkan untuk menziarahinya."


Penulisan Ibnu Battuta Mengenai Maulidurrasul (s.a.w)

Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur dan beliau telah menulis didalam kitabnya, Rihla (Jilid 1,ms.309 dan 347) bahawa pada setiap hari Jumaat, selepas solat dan pada hari kelahiran Nabi, pintu Ka'bah akan dibuka oleh ketua Banu Shayba, pemegang kunci pintu Ka'bah. Pada hari Maulidurrasul (s.a.w) juga, Qadi yang bermazhab Shafi'i (Ketua Hakim, Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam Muhyiddin al-Tabari, membahagi-bahagikan makanan kepada shurafa' (keturunan Nabi [s.a.w]) dan juga kepada kesemua penduduk Makkah.


Tiga Rakaman Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) Pada abad ke - 10 Hijrah

Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita mereka yang melihat sambutan Maulidurrasul (s.a.w). Catatan ini bersumber daripada 3 ahli sejarah abad ke -10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tiada tandingannya pada zaman tersebut, Ibnu Huhayra didalam kitabnya al-Jami' al-Latif fi Fasl Makkah wa ahliha (ms.326), al - Hafiz Ibnu Hajar al-Haytami didalam kitabnya al-Mawlid ash-Sharif al-Mu'azzam dan al-Nahrawali didalam kitabnya al-I'lam bi-a'lam Bayt Allah al-Haram (ms.205).

Pada 12hb Rabi'al al-Awwal setiap tahun selepas solat al-Maghrib keempat-empat (wakil keempat-empat mazhab) Qadi kota Makkah dan sekumpulan besar orang yang terdiri daripada para fuqaha' (ulama) dan fudala' (mereka yang utama) kota Makkah, Shaykh-shaykh, pemimpin-pemimpin zawiyah dan murid-murid mereka , para ru'asa' (hakim-hakim) dan para muta'ammamin (ulama) meninggalkan masjid dan pergi secara beramai-ramai untuk menziarahi tempat kelahiran Nabi sambil berdzikir dan membaca tahlil (LA ILAHA ILLALLAH). Rumah-rumah terletak sepanjang jalan tersebut diterangi dengan lampu-lampu dan lilin-lilin besar dan ramai daripada penghuni-penghuni rumah-rumah tersebut memenuhi jalan tersebut. Mereka semua memakai pakaian baru dan membawa anak-anak mereka bersama-sama. Setibanya ditempat kelahiran Nabi (s.a.w) doa khas pun dibacakan dan karamah-karamah yang berlaku semasa kelahiran Nabi (s.a.w) pun dibacakan. Seterusnya doa untuk Sultan, Amir Makkah dibacakan dan Qadi yang bermazhab Shafi'i dibacakan dan kesemua mereka berdoa dengan penuh merendah diri. Sebelum solat al-'Isha, rombongan tadi pun kembali ke Masjidil Haram yang dipenuhi oleh manusia dan mereka mengambil tempat dan membentu saf dikawasan Maqam Ibrahim. Di Masjidil Haram, seorang penyeru akan bertahmid (AL HAMDULILLAH) dan bertahlil dan sekali lagi berdoa untuk Sultan, Amir dan Qadi yang bermazhab Shafi'i. Seterusnya, azan untuk solat 'Isha dilaungkan. Selepas solat al-'Isha, mereka pun bersurai. Peristiwa yang serupa ini juga dirakamkan oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam kitabnya Ta'rikh al-Khamis.


Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) di Negara-negara Islam Pada Zaman Sekarang

Pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam dinegara-negara Islam meraikan Maulidurrasul (s.a.w). Antara negara-negara tersebut termasuklah: Mesir, Syria, Lebanon, Jordan, Palestine, Iraq, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi (tidak secara rasmi - penduduk menyambutnya sendiri dirumah-rumah mereka), Sudan, Yemen, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mauritania, Djibouti, Somalia, Turkey, Pakistan, India, Sri Lanka, Iran, Afghanistan, Azerbaidjan, Uzbekistan, Turkestan, Bosnia, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan kebanyakan negara Islam yang lain. Dikebanyakan negara Arab Maulidurrasul (s.a.w) merupakan hari cuti umum. Kesemua negara-negara ini Wahai Ummah, meraikan hari tersebut. Namun begitu kenapa masih lagi ada segelintir dari kalangan kita yang mengatakan ianya haram? Siapakah mereka ini untuk dibandingkan dengan para huffaz (ahli hadith) dan ' Ulama Ummah seperti Abu Shama, 'Asqalani, Suyuti, Sakhawi, Haytami, Shawkani dan al-Qari yang mana mereka semua mengatakan bahawa sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan suatu perbuatan yang terpuji?Mengapakah mereka yang menggelarkan diri mereka Salafi ini mengharamkan sesuatu perkara yang mana Ibnu Taimiyyah (antara ulama yang begitu tegas) sendiri, membenarkannya? Ibnu al-Jawzi dan Ibnu Kathir pula menggalakkannya dan masing-masing-masing mereka menulis kitab Maulid yang mengandungi syair dan rangkap-rangkap daripada Sira


8-2 Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir [Ibnu Taimiyyah's Opinion on the Meetings of Dhikr]

Berikut merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis dzikir. Ianya boleh didapati didalam kitab Majmu 'at fatawa Ibnu Taimiyyah edisi King Khalid ibn 'Abd al-Aziz. Ibnu Taimiyyah telah ditanya mengenai pendapat beliau mengenai perbuatan berkumpul beramai-ramai berdzikir, membaca al-Quran berdoa sambil menanggalkan serban dan menangis sedangkan niat mereka bukanlah kerana riak ataupun menunjuk-nunjuk tetapi hanyalah kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Adakah perbuatan-perbuatan ini boleh diterima? Beliau menjawab,"Segala puji hanya bagi Allah, perbuatan-perbuatan itu semuanya adalah baik dan merupakan suruhan didalam Shari'a (mustahabb) untuk berkumpul dan membaca al-Quran dan berdzikir serta berdoa."



8-3 Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang Muhaddith dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Mawlid Rasul Allah di penghjung hidupnya dan kitab ini telah tersebar dengan meluas dan keserata tempat. Didalam kitab ini. (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan dan menggalakkan sambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis," Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai."



8-4 Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul ['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid]

Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis:

Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar shari'a maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah.

Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (s.a.w), hadith dibawah ini boleh digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim . Semasa Nabi berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum Yahudi berpuasa pada hari kesepuluh Muharranm ('Ashura) dan baginda (s.a.w) bertanya akan perbuatan mereka, kata mereka, mereka berpuasa kerana pada hari tersebut, Nabi Musa telah diselamatkan dan Firaun telah ditenggelamkan. Kami berpuasa untuk menyatakan kesyukuran kami. Perkara ini menjadi dalil bagi kita untuk menyatakan kesukuran kita kerana Dia telah merahmati hari tersebut dan menjauhkan bala, seseorang sepatutnya bersyukur akan datangnya hari tersebut pada setiap tahun, bersyur melalui berbagai jenis 'ibadahseperti solat, memberi sedekah, membaca Quran …… JUSTERU ITU RAHMAT APAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA KELAHIRAN NABI, RASUL YANG MENJADI RAHMAT PADA HARI INI?SUDAH SEPATUTNYA HARI KELAHIRAN BAGINDA DISAMBUT DAN DIBESARKAN APABILA TIBA HARI TERSEBUT, JIKA KITA MENGAMBIL DALIL HADITH YANG TERSEBUT DIATAS. TETAPI ADA JUGA MEREKA YANG MENYAMBUT KELAHIRAN BAGINDA (S.A.W) TANPA MENGIRA BATAS WAKTU PADA MANA-MANA BULAN ATAUPUN ADA YANG MENYAMBUTNYA SEPANJANG TAHUN. ITU TIDAK MENGAPA.



sumber : http://sunnah.org/publication/malay/maulid.htm

wallahualam ... sama2 kita berkongsi pembacaan insyaAllah


 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com