Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Ngaku Chips ( Arrow Head chips )

kali ni saya kongsikan resepi kerepek paling sedap saya rasa.. lemak dia tu.. pergh.. kalau dah ngap-ngap memang tak hengat orang sebelah,tau-tau dah habis dah 1 bekas ..

ni adalah arrow head nya .. leh beli kat giant ada
BAHAN-BAHANNYA
arrow head garam minyak untuk menggoreng
cara-caranya
buang kulit,basuh bersih-bersih dan toskan sampai kering..lepas tu panaskan minyak..dan potong nipis arrow head dan goreng sehingga garing..lepas tu toskannya,dan taburkan garam sesedap rasa..dah siap .. mudahkan !

cucur sayur-sayuran

Bila saya imbas balik, sebelum ni selalu sangat dok menguli kuih bijan , petang tadi dengan rajinnya saya buat cucur ni.. bagi sy sedaplahkan.. dan baik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak ..
sebabnya bahan-bahan yang saya gunakan kebanyakkannya boleh menambahkan susu..insyaAllah

ok bahan-bahannya

tepung gandum
garam
telur 1 biji
air
cili kering+bawang merah+bawang putih
ikan bilis ditumbuk

sayur-sayuran :-

kucai+lobak merah+lobak putih+kobis+sedikit habbatussauda




canpurkan kesemua bahan,panaskan minyak,dan goreng hingga garing dan hidangkan bersama sos cili..dan makan panas-panas bersama teh hijau..pergh best..