27 Nov 2013

Tempoh Berpantang - adakah perlu?

hari ni dah hari ke 45 untuk ayu .. bermakna semalam hari terakhir tempoh ayu berpantang.Tapi walaupun dah habis pantang,ayu tetap kena berhati-hati dalam memilih makanan,sebabnya ayukan bersalin secara czer,lagipun boleh lah maintain kan berat badan ayu ni hehhehe..sebelum pregnant berat 62 ke 63kg,waktu pregnant 64kg,last timbang 67.6kg.naik sikit je dari sebelum pregnant.lepas je bersalin,badan kembali ke berat sebelum pregnant iaitu 62kg.Hari ke 4 berpantang,berat badan terus turun 7kg,bermakna berat sekarang 55kg.Alhamdulillah rasa ringan sikit badan.

hari ni ayu dah boleh mandikan baby sendiri.Dah berani sikit :).Alhamdulillah.Kat sini ayu kongsikan tentang berpantang.Ayu google je and baca :),jadi ayu kongsikan apa yang ayu baca untuk kita semua.

TQ utk DEMC diatas perkongsiannya..

Dari segi perubatan moden, tempoh berpantang bagi ibu yang melahirkan bayi adalah selama enam minggu dan diklasifikasikan sebagai istilah tempoh puerperium atau confinement. Namun begitu, tempoh berpantang kadangkala boleh menjangkau sehingga 100 hari bergantung kepada amalan budaya serta adat resam individu.
Secara umumnya amalan berpantang sebenarnya tidak hanya memfokuskan daripada segi sajian makanan serta minuman sahaja. Malahan ianya turut merangkumi hubungn kelamin, aktiviti harian seperti amalan mandi atau amalan berurut. Pada kebiasaannya, adalah tidak menggalakkan hubungan kelamin pada tempoh masa tersebut. Agama Islam contohnya mengharamkan hubungan kelamin bagi pasangan suami isteri sehingga isteri tersebut telah suci dan kering dari darah nifas ( darah yang keluar selepas melahirkan).
Daripada segi tempoh perubatan pula tempoh berpantang ini sebenarnya adalah tempoh rehat serta satu proses baik pulih tubuh badan seorang wanita bagi memastikan luka jahitan episitomi atau jahitan pembedahan (Caesarean) yang telah dijalani akan sembuh sepenuhnya. Apabila darah nifas telah kering dan tubuh badan kembali sihat, pada ketika inilah mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental untuk membahagikan masa bersama bayi dan suami. Selain daripada itu, sesetengah wanita akan mengalami trauma semasa kelahiran bayinya. Jadi mereka memerlukan masa bagi memulihkan tenaga dan kebiasaannya akan mengambil masa yang agak lama bagi mengatasi trauma tersebut.
Manakala daripada segi kesihatan pula, darah nifassebenarnya mengandungi bacteria dan juga lendiran daripada lapisan dinding rahim system peranakan. Keadaan anatomi salur kencing dan salur dubur yang berdekatan dengan salur faraj menyebabkan berkemungkinan jangkitan kuman mudah dihadapi. Luka jahitan episitomi juga mugkin boleh terbuka atau koyak jika berlaku tukusan semasa hubungan kelamin tersebut.
Jika dilihat dari segi aspek pemakanan, mengikut kepercayaan senarai makanan yang tidak digalakkan termasuk sayur-sayuran yang diklasifikasikan sebagai sayuran ‘sejuk’seperti kangkungserta jenis ikan yang boleh menyebabkan masalah ‘gatal’ seperti ikan kembung. Ibu yang sedang berpantang juga tidak digalakkan untuk mengambil makanan atau sjian yang pedas kerana dikhuatiri akan’disalurkan’ melalui susu ibu kepada bayi tersebut.
Kebanyakan kaum wanita, khususnya kaum melayu juga kurang meminum air walaupun dari segiperubatan amalan ini ada kesan negatifnya. Komplikasi yang sering terjadiakibat amalan ini adalah masalah sembelit serta dehidrasi. Penghasilan susu badan juga akan terjejas akibat kekurangan air dalam badan. Sebenarnya dari sudut perubatan moden, ibu-ibu yang berpantang adalah sangat-sangat digalakkan untuk meminum air masak atau air suam antara tiga hingga lima gelas sehari berikutan kehilangan banyak bendalir dalam badan semasa proses kelahiran bayi, pengeluaran darah nifas juga penyusuan ibu. Namun begitu, minuman berais ataubergas adalah tidak digalakkan dan perlu dielakkan.
Secara kesimpulannya contoh-contohyang disebutkan tadi hanya merupakan sebahagian amalan berpantang yang seringkali dipraktik dan diamalkan. Namun begitu, terdapat juga amalan-amalan berpantang yang tidak begitupopular yang sudah ketinggalan zaman kernan tidak sesuai dengan keadaan terkini dan tidak diwarisi lagi. Daripada huraian di atas boleh disimpulkan bahawa tidak semua amalan semasa berpantang itu membawa kesan negatif malahan ada juga yang secara logiknya memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.

Yang ni pulak ayu baca di BabyCenter

Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka.

Sesungguhnya, amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu. Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah jika wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

Disamping itu, ada kajian moden yang menyokong peranan yang dimainkan oleh bidan kampung yang mendamping ibu selepas bersalin. Kajian juga mendapati bahawa beberapa amalan berpantang adalah berfaedah. Antaranya, perlanjutan tempoh penyusuan ibu, larangan atas pergerakan ibu yang berlebihan dan amalan mengurut.

Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang-larang kaum Melayu berlandaskan teori empat elemen berkurun-kurun lama dahulu. Elemen-elemen itu ialah:
  • tanah, yang bersifat kering;
  • api, bersifat panas;
  • udara, sejuk;
  • dan, air, bersifat basah.
Elemen-elemen ini mestilah berada dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.

Ilmu perbidanan juga dikatakan satu anugerah Tuhan bagi individu dan keluarga yang terpilih sahaja, dengan tujuan supaya mereka membantu wanita dari semua lapisan masyarakat. Bidan kampung dianugerahkan kebolehan ini bagi membantu wanita-wanita desa.

Kini, wanita Melayu di bandar tidak dapat melakukan kesemua amalan berpantang kerana tiada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling yang dapat memberi sokongan sebagaimana kehidupan masyarakat di kampung dahulu. Mengikut tradisi, ibu baru akan dibantu dan ditemani oleh:
  • bidan kampung;
  • pengasuh khusus;
  • emak sendiri atau ibu mertua.
Memang diakui bahawa tanpa orang lain membantu, ia akan sukar untuk mengamalkan pantang dengan lengkap dan sempurna selama 44 hari.

Namun begitu, beberapa amalan utama masih banyak dipraktikkan oleh wanita Melayu. Baca lebih lanjut mengenai:







20 Nov 2013

Menu dalam pantang

 Hari ini masuk hari ke 40 berpantang , di sini saya kongsikan sedikit menu sepanjang berpantang :)

-breakfast-
- biskut 4 segi
- white bread / wholemeal bread
- cereals (cornflakes with milk)
- milo suam /susu suam



-lunch-
- sup ikan haruan / tenggiri / bawal putih / merah
- steam ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- singgang ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- ikan panggang berkari - ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- daging goreng halia & black pepper
- ikan bilis goreng tumbuk dgn lada hitam
- isi ayam goreng halia & bijan
- kerabu pegaga
- sup sayur sawi bunga / lobak putih / kailan / carrot


-tea time-
- sama macam breakfast -


Dinner
- sama macam lunch -



15 Nov 2013

Nailah genap sebulan

12 Nov 2013 hari tu bawak Nailah cucuk untuk 1 bulan.Alhamdulillah dia cuma menangis sekejap je. Timbang sekali beratnya dah cecah 4.66kg hampir 5kg! Nurse cakap kalau BF memang baby cepat naik badan. Apa pun alhamdulillah Nailah sihat,sakit matanya pun dah ok :) ..


apa pun kepada pembaca blog saya ni,jangan lupa ya doakan yang terbaik untuk kami :) .. ameen..


 
Copyright @2019 Ayu Balqishah | All Right Reserved
Designed By SF Design Lab | Powered By
Blogger.com