Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Aidilfitri 2013 - persiapan

untuk persiapan raya tahun ni, saya baru beli hijab je :) ... warna coklat huhuhu .. ntah knp terpanggil untuk memilih warna coklat ni ..kat sini nak kongsi hijab yg saya dh pun membelinya melalui online!.. heheh..sebelum ni pernah juga kena tipu dengan pembelian online ni, tapi tu tahun lepas hihihi.. tahun ni alhamdulillah .. dan saya dh buat siasatan secara sendirian selama 2 bulan sebelum membeli :) .. okies jom sy kongsikan pic nya  ...

sampai je dari kiriman poslaju beginilah rupanya ..


cantikkan kotak dia ? hihi
ok, lepas tu saya pun bukaklah isi dalamnya .. tara .. bungkusan nya pun menarik :)

ok last sekali ,saya pun mengironkan tudung tu supaya nnt takdelah tergopoh gapah bila dh nak dekat raya nanti, coz nak pakainya insyaAllah raya kedua :D

ha ... pic last ni adalah hasil selepas memakainya nanti , tapi model ni xpakai sekali ngn purdah .. tapi set tudung ni saya beli sekali dengan purdah :D .. hope saya secantik model nilah bila pakai nanti hihihi

ha .. pembaca yang terin…

Bab 2 - check list hospital

Orang lain sibuk buat persiapan raya ,saya sibuk pack barang2 yang perlu dibawa ke hospital nanti .. coz dah nak masuk 32 mggu 8 ogos ni ... alhamdulillah semua barang2 yang nak dibawa ke hospital, dah sy siapkan n pack ke dlm bag stitch transparent hihi ..


Baju Seluar - 2 - done
Mittens Booties - 2 - done
Receiving Blanket/ Blanket – 1- done
Towel/Small towel- 1 - done
Barut - 2 - done
Napkin kecil - 1 - done
Diaper - 1p - done
Baby Wipes - done
Minyak Telon/Minyak Yuyi - done
Toiletries - done


Set Bersalin Pilihan - Tanamera

2 hari lepas saya telah order secara online set bersalin yang telah saya pilih sejak kehamilan baru mencecah 4 bulan.Ini kerana saya telah melakukan survey set bersalin sejak tahun lepas lagi :) .. Set bersalin yang banyak diperbualkan tentang kelebihannya ialah Nona Roguy, Salindah, Am way, Tanamera, Shaklee dan banyak lagi.ContohnyaMustika Ratu, Nyonya Meneer, Set Air Mancur, Set Orang Kampung, HPA ataupun Jamu Afiat. (Set-set ini juga ada terdapat dalam set serbuk - perlu dibancuh dan minum, serta juga terdapat set pil / kapsul).

Dan saya telah memilih set bersalin Tanamera yang dibeli secara online di website mereka http://tanamerapostnatal.com/ memandangkan set ini agak sukar didapati di supermarket seperti set bersalin D'herbs, Orang Kampung, Mustika Ratu dan sebagainya.

Dalam masa sehari ianya telah sampai di depan pintu rumah melalui Pos Laju :) .. beginilah rupanya sewaktu ianya sampai dan sudah dibuka balutannya .. 



Saya pilih set bersalin Tanamera coz baca review2 cust yg …

Ayam Masak Kicap

Hari ni nampak gayanya saya perlu memasak untuk waktu berbuka nanti.Sebab mak mentua berada di Shah Alam melawat cucunya yang baru sahaja lahir 31 Julai 2013 yang lalu.Selalunya mak mentua yang akan memasak menu berbuka , dan saya hanya bantu menyelesaikan kerja2 akhir iaitu tanak nasi, buat air dan basuh segala barang2 yang telah digunakan.Selama hampir sudah 3 hari mak mentua di Shah Alam baru hari ini terfikir apa salahnya saya memasak menu berbuka hari ini.Masak simple2 je sebelum ni kami bertiga (saya,suami dan bapa mentua) makan bungkus je sejak hari pertama mak mentua di Shah Alam.

Resepi yang telah dipilih ialah ayam masak kicap .. memandang dalam peti ais ada banyak stok ayam ,udang, sotong dan ketam.Jadi saya memilih ayam dan sotong (sambil jerit,saya mesti pilih!) untuk dimasak hari ini.

sebenarnya mak mentua selalu buat ayam ni Masak Lemak Cili Api
resepi ayam masak kicap versi cik ayubalqishah ngeee ..




Bahan2 :-

ayam yang telah digoreng separuh masak ( ayam,garam,kunyit,s…

Baju baby siap untuk dibasuh :)

Sebelum tu saya nak kongsi tentang mengapa perlu basuh baju-baju bayi yang baru dibeli.Tip2 ni saya baca di drypersnya website :)

Kulit bayi sangat halus dan sensitif.Jadi kita perlu menitik beratkan tentang penjagaan kulit bayi kita :).

Perkara-perkara yang perlu difikirkan semasa membeli pakaian bayi: 1. Basuh semua pakaian baru sebelum digunakan. Ini dapat mengurangkan tahap kandungan toksik yang selalunya terdapat pada pakaian baru. 2. Sekiranya pakaian tersebut dibungkus di dalam beg polythene atau bungkusan lain, buka beg tersebut di luar rumah supaya wap bahan kimia formaldehyde dibebaskan di udara untuk mengelakkan anda dan bayi anda menghidunya. 3. Seboleh mungkin, elakkan daripada membeli pakaian bayi yang mempunyai corak huruf-huruf daripada bahan seperti getah kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia phthalates. Biasanya, corak huruf PVC yang mengandungi phthalates adalah lembut dan elastik. 4. Pastikan bayi anda tidak memegang atau menghisap corak huruf getah ini semasa m…