Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Demam Batuk Dan Selsema

Nailah demam,batuk,selsema..

malam tadi jugak dari jam 8 mlm sampai kul 10.15 malam dia asyik menangis.Ibu pun nangis sekali sebab risaukan dia..

rasanya my baby kembung perut kot..nak kata ada kesilapan makan,benda yang lain makan malam tadi,sayur peria jelah.lepas tu puding roti.tapi hati berkata-kata macam ayam goreng spicy tu rasa macam tak kena..lepas tu peria tu terletak sambal sardin.disebabkan czer waktu nak lahirkan Nailah,sampai sekarang masih berpantang dari makan seafood dan termasuklah makanan yang leh menyebabkan gatal..

mulai hari ni memamg dah tekad nak makan lebih untuk sayur..walaupun memang dah makan lebih tapi kali ni memang nak berlebih-lebih,heheh..dan paling penting makanan berangin memang tak boleh makan lagi..coz Nailah BF dengan saya.

waktu tengah menaip ni,Nailah baru je tido,selepas terjaga dan merengek jam 10 pagi tadi..sekejap lagi kalau nafas dia masih bunyi krok2 memang saya akan bawa ke klinik untuk tindakan lanjut.kalau nak pergi sekarang ayahnya teng…

Kuih badak berendam MUDAH!

ha.. baru jap2 ni sy buat kuih badak berendam..bluehyppo..heheh..
sy share pic nya ya hihi..


senang je nak buatnya ni..okay mula2 prepair untuk doh nya..
tepung pulut sukatan mengikut kesukaan anda sendiri,macam saya,saya guna separuh dari bungkusan tu.masukkan air dan garam.uli sehingga menjadi doh dan tak melekat.
lepas tu standby untuk intinya .. kelapa parut,gula kabung,gula pasir  *masak dalam kuali,campurkan sekali + air / air kelapa tadi tu untuk lagi sedap ..
dan masak hingga kering ya..

lepas tu masukkan inti kedalam doh,dan bentukkan menjadi bentuk kesukaan anda,macam saya ada macam-macam bentuk..
kuah :-
saya guna santan kotak+air+garam..panaskan atas api
doh yang dah siap tadi celurkan dalam air mendidih dalam periuk..dan tunggu sehingga badak-badak tersebut timbul dipermukaan.setelah timbul,ambil doh tersebut masukkan kedalam kuah santan tadi...:)..yay dh boleh makan dah... kat bawah ni doh yang belum dimasak.

rasanya memang sangat mengancam,setelah boring asyik buat Cucu…

Kenanganku bersamamu 1

Entah kenapa malam ini terasa begitu dingin.Serasa bahagia melihat wajahmu tenang dalam lenamu.Cuma mungkin akan tersentak sedikit oleh bunyian yang datangnya dari kelilingmu.syukur ke hadrat Ilahi diatas kurniaan dariNya.

Pernah suatu hari,aku berasa sangat sepi.Sehingga aku sendiri berasa serba tidak kena.Sehingga aku berasa seperti aku tidak bahagia.Walhalnya akulah punca ketidak adanya bahagia itu.Sering memandang ke belakang.

Namun saat ini dan detik ini,aku berjanji pada Tuhan akan menjaga hartaku dengan sebaiknya.Hampir 2 tahun lebih kami menanti,akhirnya mimpi menjadi kenyataan.

Jika diingat kembali detik aku terlalu sakit pinggang dibahagian kanan,doktor mengesahkan aku ada pertumbuhan.Ketika itu memang datang bulanku tidak menentu.Sejak dari itu makanku dijaga,semuanya ku bataskan.Namun bukan penyakit itu yang ku risaukan tetapi kata-kata doktor pakar itu yang merumitkan.Doktor mengatakan aku tidak mungkin mengandung pada waktu terdekat ini.Dan mungkin juga langsung tidak bo…

Ayam Masak Merah dan Sawi dan Lobak Merah Tumis Lada Hitam

Tengahari ni saya masak ayam masak merah,manakala adik saya masak sayur.







Bahanygdiperlukan : ~ seekor ayam ~ potong ayam ikut citarasa yg korang nak.. basuh, lumur garam + kunyit dan goreng separuh masak.
Bahankisar 1 ( kisarhalus ) ~ 4 biji bawang besar ~ 5 biji bawang merah ~ 5 ulas bawang putih ~ 2 cm halia BahanKisar2 ~ 15 atau 20 tangkai cili kering.. di gunting, buang sikit bijinya.. rebus sebentar.. baru kisar.. Bahandihiris : ~ 3 biji bawang besar ( lagi sedap bwg holland) ~ 5 ulas bawang putih ~ 2 cm halia ( saya hiris jd 4 bahagian) ~ 2 kuntum bunga lawang ( jangan hiris pulak ya ) ~ seketul kayu manis ( jangan hiris pulak ya )

Bahantambahan ~ 2 sudu besar sos cili ~ 60 ml santan ( saya guna santan kotak je) ~ 250 ml air ( lebihkan sikit pun takpe) ~ 3 biji tomato yg di potong 4 bahagian ~ garam secukup rasa ~minyak utk menumis  cara masak :- Tumis bahan dihiris .. sampai bawang agak layu .. lepas tu masukkan bahan kisar halus,kacau rata dan baru masukkan bahan kisar 2 dan j…

Kuih Bijan Sedap

ha...
tetiba malam tadi saya begitu rajin nak buat kuih ni.. orang panggil kuih bom/bijan..bagi saya resepi dari ibu saya ni agak sedap..dan yang paling penting tak meletup bila goreng..nak tau resepinya?mudah je..tapi untuk sukatan tu,saya tak ikut sangat pun..saya main agak je..

ok untuk doh :-

tepung pulut lebihkan sikit + tepung gandum
air,santan ..
uli sampai jadi doh yang senang dibentuk nanti

 intinya pula :-


gula kabung
 kelapa parut,gula kabung,gula pasir
 *masak dalam kuali,campurkan sekali + air / air kelapa tadi tu untuk lagi sedap ..
dan masak hingga kering ya..




lepas tu masukkan inti,dan bentuk kan jadi bulat-bulat,lepas tu salutkan dengan bijan.
biarkan dalam sejam,baru goreng.jangan lupa untuk tutup doh yang dah siap tu sebelum digoreng,takut masuk angin nanti dia keras pulak..

SELAMAT MENCUBA!


harap faham lah ya hihihi .. tak faham leh tanya..

nak tengok tak kuih raya pertama yang saya buat ? klik di sini




Tempoh Berpantang - adakah perlu?

hari ni dah hari ke 45 untuk ayu .. bermakna semalam hari terakhir tempoh ayu berpantang.Tapi walaupun dah habis pantang,ayu tetap kena berhati-hati dalam memilih makanan,sebabnya ayukan bersalin secara czer,lagipun boleh lah maintain kan berat badan ayu ni hehhehe..sebelum pregnant berat 62 ke 63kg,waktu pregnant 64kg,last timbang 67.6kg.naik sikit je dari sebelum pregnant.lepas je bersalin,badan kembali ke berat sebelum pregnant iaitu 62kg.Hari ke 4 berpantang,berat badan terus turun 7kg,bermakna berat sekarang 55kg.Alhamdulillah rasa ringan sikit badan.

hari ni ayu dah boleh mandikan baby sendiri.Dah berani sikit :).Alhamdulillah.Kat sini ayu kongsikan tentang berpantang.Ayu google je and baca :),jadi ayu kongsikan apa yang ayu baca untuk kita semua.

TQ utk DEMC diatas perkongsiannya..

Dari segi perubatan moden, tempoh berpantang bagi ibu yang melahirkan bayi adalah selama enam minggu dan diklasifikasikan sebagai istilah tempoh puerperium atau confinement. Namun begitu, tempoh …

Menu dalam pantang

 Hari ini masuk hari ke 40 berpantang , di sini saya kongsikan sedikit menu sepanjang berpantang :)

-breakfast-
- biskut 4 segi
- white bread / wholemeal bread
- cereals (cornflakes with milk)
- milo suam /susu suam



-lunch-
- sup ikan haruan / tenggiri / bawal putih / merah
- steam ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- singgang ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- ikan panggang berkari - ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah
- daging goreng halia & black pepper
- ikan bilis goreng tumbuk dgn lada hitam
- isi ayam goreng halia & bijan
- kerabu pegaga
- sup sayur sawi bunga / lobak putih / kailan / carrot


-tea time-
- sama macam breakfast -


Dinner
- sama macam lunch -

Nailah genap sebulan

12 Nov 2013 hari tu bawak Nailah cucuk untuk 1 bulan.Alhamdulillah dia cuma menangis sekejap je. Timbang sekali beratnya dah cecah 4.66kg hampir 5kg! Nurse cakap kalau BF memang baby cepat naik badan. Apa pun alhamdulillah Nailah sihat,sakit matanya pun dah ok :) ..


apa pun kepada pembaca blog saya ni,jangan lupa ya doakan yang terbaik untuk kami :) .. ameen..

Pengalaman Pertama Kali - My Baby

Day - 1


Day -2

Day - 3

Day - 4
 Day - 5


Day - 6

Day - 7

Day - 11

Alhamdulillah saya selamat bersalin di Hospital Seri Manjung secara czer/pembedahan.

Nama : Nailah Al Farafishah Binti Shahrul Izhan
Tarikh Lahir : 12 Oktober 2013 / 06 : 56 pagi
Berat : 3.2 kg

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insa…

Aidilfitri 2013 - persiapan

untuk persiapan raya tahun ni, saya baru beli hijab je :) ... warna coklat huhuhu .. ntah knp terpanggil untuk memilih warna coklat ni ..kat sini nak kongsi hijab yg saya dh pun membelinya melalui online!.. heheh..sebelum ni pernah juga kena tipu dengan pembelian online ni, tapi tu tahun lepas hihihi.. tahun ni alhamdulillah .. dan saya dh buat siasatan secara sendirian selama 2 bulan sebelum membeli :) .. okies jom sy kongsikan pic nya  ...

sampai je dari kiriman poslaju beginilah rupanya ..


cantikkan kotak dia ? hihi
ok, lepas tu saya pun bukaklah isi dalamnya .. tara .. bungkusan nya pun menarik :)

ok last sekali ,saya pun mengironkan tudung tu supaya nnt takdelah tergopoh gapah bila dh nak dekat raya nanti, coz nak pakainya insyaAllah raya kedua :D

ha ... pic last ni adalah hasil selepas memakainya nanti , tapi model ni xpakai sekali ngn purdah .. tapi set tudung ni saya beli sekali dengan purdah :D .. hope saya secantik model nilah bila pakai nanti hihihi

ha .. pembaca yang terin…

Bab 2 - check list hospital

Orang lain sibuk buat persiapan raya ,saya sibuk pack barang2 yang perlu dibawa ke hospital nanti .. coz dah nak masuk 32 mggu 8 ogos ni ... alhamdulillah semua barang2 yang nak dibawa ke hospital, dah sy siapkan n pack ke dlm bag stitch transparent hihi ..


Baju Seluar - 2 - done
Mittens Booties - 2 - done
Receiving Blanket/ Blanket – 1- done
Towel/Small towel- 1 - done
Barut - 2 - done
Napkin kecil - 1 - done
Diaper - 1p - done
Baby Wipes - done
Minyak Telon/Minyak Yuyi - done
Toiletries - done


Set Bersalin Pilihan - Tanamera

2 hari lepas saya telah order secara online set bersalin yang telah saya pilih sejak kehamilan baru mencecah 4 bulan.Ini kerana saya telah melakukan survey set bersalin sejak tahun lepas lagi :) .. Set bersalin yang banyak diperbualkan tentang kelebihannya ialah Nona Roguy, Salindah, Am way, Tanamera, Shaklee dan banyak lagi.ContohnyaMustika Ratu, Nyonya Meneer, Set Air Mancur, Set Orang Kampung, HPA ataupun Jamu Afiat. (Set-set ini juga ada terdapat dalam set serbuk - perlu dibancuh dan minum, serta juga terdapat set pil / kapsul).

Dan saya telah memilih set bersalin Tanamera yang dibeli secara online di website mereka http://tanamerapostnatal.com/ memandangkan set ini agak sukar didapati di supermarket seperti set bersalin D'herbs, Orang Kampung, Mustika Ratu dan sebagainya.

Dalam masa sehari ianya telah sampai di depan pintu rumah melalui Pos Laju :) .. beginilah rupanya sewaktu ianya sampai dan sudah dibuka balutannya .. 



Saya pilih set bersalin Tanamera coz baca review2 cust yg …

Ayam Masak Kicap

Hari ni nampak gayanya saya perlu memasak untuk waktu berbuka nanti.Sebab mak mentua berada di Shah Alam melawat cucunya yang baru sahaja lahir 31 Julai 2013 yang lalu.Selalunya mak mentua yang akan memasak menu berbuka , dan saya hanya bantu menyelesaikan kerja2 akhir iaitu tanak nasi, buat air dan basuh segala barang2 yang telah digunakan.Selama hampir sudah 3 hari mak mentua di Shah Alam baru hari ini terfikir apa salahnya saya memasak menu berbuka hari ini.Masak simple2 je sebelum ni kami bertiga (saya,suami dan bapa mentua) makan bungkus je sejak hari pertama mak mentua di Shah Alam.

Resepi yang telah dipilih ialah ayam masak kicap .. memandang dalam peti ais ada banyak stok ayam ,udang, sotong dan ketam.Jadi saya memilih ayam dan sotong (sambil jerit,saya mesti pilih!) untuk dimasak hari ini.

sebenarnya mak mentua selalu buat ayam ni Masak Lemak Cili Api
resepi ayam masak kicap versi cik ayubalqishah ngeee ..




Bahan2 :-

ayam yang telah digoreng separuh masak ( ayam,garam,kunyit,s…

Baju baby siap untuk dibasuh :)

Sebelum tu saya nak kongsi tentang mengapa perlu basuh baju-baju bayi yang baru dibeli.Tip2 ni saya baca di drypersnya website :)

Kulit bayi sangat halus dan sensitif.Jadi kita perlu menitik beratkan tentang penjagaan kulit bayi kita :).

Perkara-perkara yang perlu difikirkan semasa membeli pakaian bayi: 1. Basuh semua pakaian baru sebelum digunakan. Ini dapat mengurangkan tahap kandungan toksik yang selalunya terdapat pada pakaian baru. 2. Sekiranya pakaian tersebut dibungkus di dalam beg polythene atau bungkusan lain, buka beg tersebut di luar rumah supaya wap bahan kimia formaldehyde dibebaskan di udara untuk mengelakkan anda dan bayi anda menghidunya. 3. Seboleh mungkin, elakkan daripada membeli pakaian bayi yang mempunyai corak huruf-huruf daripada bahan seperti getah kerana dikhuatiri mengandungi bahan kimia phthalates. Biasanya, corak huruf PVC yang mengandungi phthalates adalah lembut dan elastik. 4. Pastikan bayi anda tidak memegang atau menghisap corak huruf getah ini semasa m…

Lontong dan kawannya

Disebabkan terlalu teringin nak makan lontong daun pisang + rendang daging + sambal kacang , nampaknya tidak dapat menunggu lagi sehingga hari raya yang akan dibawa dari Johor .. keputusan muktamad adalah untuk buat sendiri mengikut resepi dari internet :) bersama en.hubby , kat sini nak kongsi resepinya :) , supaya saya juga sendiri ada note sendiri sekiranya terlupa ..

Lontong daun pisang - saya ambil dari blog ( http://rasa.karangkraf.com )


Waktu memasak : 4 Jam Saiz hidangan untuk : 10 orang BAHAN-BAHAN: 500gm beras                           | dibasuh dan ditoskanDaun pisang secukupnyaLidi sate secukupnya CARA MEMASAK: Gulung daun pisang untuk dijadikan kelongsong.Kemudian sematkan lidi di hujung kelongsong daun pisang tadi.Masukkan beras ¾ penuh ke dalam kelongsong.Akhir sekali, rebus lontong selama empat jam atau sehingga masak.Angkat, toskan dan sedia untuk dihidangkan.
Rendang Daging ( http://www.myresipi.com/top/detail/133 )
1kg daging- potong kecik-kecik2 peket kecik rempah kurma1/4…

Bab1 - Bag untuk dibawa ke hospital

Hari ni 18 Julai 2013 .. dh 29 mggu , mula2 mcm malas nak checkup lgi coz 19 Jun ritu dh checkup kat Hospital Klangkan ,dah alang2 masuk ward .. tetiba teringat doc pesan suh jumpa dia balik 4 mggu lepas tu , jdi esknya insyaAllah kalau xde aral melintang , nak g klinik yg bese sy cek kat cni je .. :D .. n nak kompemkan jantina baby , sebelum ni dikatakan girl , jdi esk nak kompemkan lg sekali insyaAllah :) .. 

Minggu Kedua Puluh Sembilan :
Posisi bayi saat ini mempersiapkan diri seperti posisi lahir dengan kepala ke arah bawah. Selain itu, jaringan lemak terus terbentuk.


ha..this is my hospital bag's list,google kat tenet je , wat masa ni yg ada sy dh tanda star kat tepi , yg lain lum beli lg,insyaAllah pas raya , cuma xpasti nak beli di Perak / KL / Shah Alam atau lain2 hihi :-

BABY

Baju Seluar - 2 - done
Mittens Booties - 2 - done
Receiving Blanket/ Blanket – 1- done
Towel/Small towel- 1 - done
Sock -1
Barut - 1 - done
Napkin - 1
Diaper - 1p - done
Baby Wipes - done
Minyak Telon/Minyak Yuyi …

Selamat Hari Lahir Ibu Mertuaku

Selamat Hari Lahir Ibu Mertuaku yang ke 67 tahun :) ..
Semoga mak panjang umur dimurahkan rezeki , dirahmati , dan diberkati Allah SWT :) ameen ..

Mula2 cuma nak beli barang mandi , tapi bila fikirkan semula lebih baik belikan sekali kek dan hadiah hari lahir mak setelah berbincang dengan suami :)

Dekat sini sy kongsikan beberapa pic untuk tatapan pembaca dan untuk rujukan saya dihari tua hihi .. insyaAllah .. blog ni kiranya dh macam diari .. cuma tak leh la nak kongsi semua luar dalam kan .. mana yang boleh dikongsikan setiap kenangan yang tak sesuai xyah letak , tulis je utk simpanan sendiri :)




       beselah umh tukang jahit , belakang tu penuh ngn bantal kekabu n kain2


abaikan abah yg seksi  .. jenuh motong keknya .. keras betul .. rupanya kena tggu dlm 10 minit baru snng nak potong .







Tak semua kau rancang akan berlaku

19 Jun 2013 - 01.20 pagi , Hospital Tengku Ampuan Rahimah
2 hari sebelum tu aku dah diserang demam yang agak kuat , mungkin akibat memakan beberapa ulas durian sebelum bertolak ke Ampang . Esoknya di Ampang adikku Tamar membelikan nasi lemak pagi tu . Dengan sedaya upaya aku menghabiskan hingga ke butir nasi yang terakhir . Malam tu bertolak ke Shah Alam , perut terasa begitu senak dan terasa seperti hampir putus nyawa :( .. Dan diriku telah mengambil keputusan untuk menelefon ambulance saja , tapi anak saudara mempelawa dirinya untuk bawa ke hospital .
Malam itu juga doc masukkan air dan mengatakan terpaksa menahan ku untuk dimasukkan ke wad . Sangat menakutkan tapi waktu tu tiada kudrat untuk bersuara . Doc mengatakan aku dehidrasi , gastrik pain ( pelik rasanya tak de gastrik dalam kamus hidupku ) .. dan air kencing dijangkitan kuman :( .. Dan tangan ku telah dicucuk untuk dimasukkan air :(


selama 4 hari di wad hampir 28 botol air telah dimasukkan :( , dan juga 1 pint darah .. bel…